Part 85

911 52 1
                                    

"Apa khabar? Lama tak jumpa." Suhaila menghubungi Ayra.

"Alhamdulillah. Sihat, kau?"

"Sihat jugak. Bila kita boleh jumpa?" tanya Suhaila.

"Bila-bila pun boleh. Tapi, kena dapat keizinan Adiy dulu. Dia kat KL sekarang."

"Yelah, dah jadi isteri orang, kenalah dapat keizinan suami bila nak buat sesuatu. Aku dengar kau dah pindah rumah sewa, betul ke?"

"Kau tahu dari mana?"

Ayra kehairanan. Berita dia pindah rumah sewa sudah sampai ke telinga Suhaila. Cepat betul angin bertiup.

"Dean. Aku jumpa dia petang semalam masa taklimat kat PPD."

"Dean? Aik, dia tahu mana aku dah pindah?" Ayra menggaru-garu kepala.

"Siapa lagi, Dira la tu. Dira cakap kat Dean, kau pindah rumah sewa sebab kena halau dengan dia orang. Tak eloklah kalau aku ceritakan pada kau kat telefon. Kalau boleh aku nak jumpa kau sendiri. Dira dah makin menjadi-jadi sekarang ni."

"Kau datang rumah akulah. Kau ada kereta, senang."

"Adiy bagi ke?"

"Aku telefon Adiy dulu. Lepas tu aku call kau balik."

Ayra mematikan panggilan. Dia mendail nombor telefon Shahin Adiy. Ayra meminta izin Shahin Adiy untuk menjemput Suhaila ke rumah sewa. Mujurlah Shahin Adiy tidak banyak soal. Shahin Adiy terus beri keizinan.

Ayra menghubungi nombor telefon Suhaila. Peta secara lisan diberikan.

Sebentar kemudian, Suhaila sudah tercegat di depan rumah sewa Ayra. Dia membuka pintu pagar. Suhaila memandu ke tempat parkir.

"Wah, cantik rumah kau."

Itulah yang keluar dari mulut Suhaila sebaik sahaja dia melangkah masuk ke ruang tamu yang bercat merah jambu itu.

"Rumah sewa je."

"Rumah sendiri nanti mesti lagi besar dan cantik." Usik Suhaila.

Ayra tergelak. Gembira hatinya kerana Suhaila sudi bertamu ke rumah sewanya. Sudah lama mereka tidak bersua muka.

"Duduklah atas tikar ni. Maaflah, rumah aku ni tak ada kusyen. Kerusi pun tak ada."

"Kau bukannya nak duduk sini pun. Nanti nak pindah jugak, kan? Tak payahlah bazir duit beli perabot rumah. Susah nak angkat pindah nanti." Suhaila duduk bersila atas tikar buluh.

"Itulah. Dapat berlindung dari hujan dan panas pun dah cukup. Kau duduklah dulu ye, aku nak ke dapur kejap."

"Kau nak buat apa tu? Kalau nak buat air, tak payahlah. Aku baru minum kat rumah tadi."

"Tu kat rumah kau. Tak sama dengan kat rumah aku."

Ayra terus menghilang diri di dapur. Sebentar kemudian Ayra keluar dengan menatang dulang. Satu teko kopi panas, dua cawan kosong dan sepiring kuih. Dia meletakkan dulang di atas tikar.

"Cepatnya kau masak."

"Air aku dah jerang awal. Goreng pisang aku masak kat depan tu."

"Gerai mak cik depan tu ye. Tiap-tiap petang ke dia jual?" Suhaila mencapai goreng pisang.

"Aah, setakat ni aku nampak tiap-tiap petang dia buka."

"Senanglah. Petang-petang kalau lapar pergi beli kat mak cik tu je."

Ayra tersenyum. Itulah salah satu kelebihan rumah sewa barunya. Dia menuang kopi ke dalam cawan.

"Best tinggal sini kan. Tenang je aku rasa." Ujar Suhaila.

"Kadang-kadang bosan jugak. Housemate tak ada. Sunyi aku rasa."

"Aik, kau nak lagi ke housemate macam Dira tu?"

"Tak nak. Aku nak yang macam kau."

Suhaila tersengih. Dia menghirup kopi. Memang kena goreng pisang dengan kopi. Tadi, bukan main dia menghalang Ayra menyediakan minuman. Sekarang, kopi dan goreng pisang dan tinggal separuh.

"Dira makin menjadi sekarang." Suhaila membuka cerita.

"Dia benci aku. Dia masih belum dapat menerima hubungan aku dengan Adiy."

"Setakat dia sorang benci sudahlah. Yang aku geram ni, dia nak heret semua orang supaya bencikan kau. Iqa dah jadi best friend dia sekarang. Aisyah pulak macam dah termakan dengan fitnah Dira tu. Beria-ia Aisyah kutuk kau dan bela Dira. Tapi aku diam je. Kalau kau bagi kebenaran, aku akan ceritakan hal sebenar pada Aisyah."

"Tak payahlah. Kau taulah perangai Aisyah tu. Kalau kau bagitahu, dia mesti akan selidik lebih banyak lagi. Kalau boleh, kisah silam tu aku dah tak nak ingat lagi."

"Aku pun sebenarnya fikir macam tu jugak. Aisyah memang suka kalau bergosip. Aku dah nasihatkan dia, kurangkanlah hobi dia tu. Tapi tak boleh. Dia tak boleh hidup tanpa gosip."

Terhambur ketawa dari mulut Ayra bila Suhaila memberi komen tentang hobi Aisyah.

"Kau kata Dean pun dah termakan tipu helah Dira."

"Inilah aku nak cakap ni. Masa kat PPD semalam, Dean duduk sebelah aku. Dia tanya aku, betul ke kau kena halau dari rumah sewa. Aku terkejut bila dia tanya sebab aku tak tahu apa-apa. Aku tanya la dia balik kenapa kau kena halau pulak sedangkan kau yang mula-mula sewa rumah tu. Dua hari kemudian baru Iqa masuk, kan?"

Ayra mengangguk kepala.

"Dira bagi tahu Dean, kau dihalau sebab buat perangai tak senonoh dengan Adiy. Dira reka cerita kononnya Iqa tangkap kau dengan Adiy dalam bilik. Kau fahamlah maksud aku tu. Malu kena tangkap, kau dengan Adiy pun cepat-cepat nikah kat sempadan." Suhaila terpaksa menceritakan apa yang didengarnya dari mulut Dean walaupun dia tahu cerita tersebut pasti akan mengganggu Ayra.

"Astaghfirullah... sampai ke situ sekali Dira mereka-reka cerita. Dean percaya ke?"

"Dean ni pun satu. Dia boleh percaya dengan cerita karut Dira tu. Dia cakap kau dah berubah sejak kenal Adiy."

Ayra menghela nafas berat. Nadira tak habis-habis memburuk-burukkan namanya. Mungkin, bila dia dan Shahin Adiy berpisah, barulah Nadira akan berhenti mereka cerita buruk mengenainya.

"Aku cakap kat Dean, jangan percaya apa yang dia dengar. Tapi dia macam was-was saja. Nasib baiklah kau tak jalin hubungan dengan dia. Tak sagka perangai dia macam tu. Mudah percaya cakap orang."

"Dia kecewa dengan aku. Sebab tu dia percaya bila Dira buruk-burukkan aku."

"Tapi kau kena hati-hati dengan Dean. Aku rasa... dia masih ada hati pada kau."

"Hah! Ye ke?"

Suhaila mengangguk kepala. Dia membuat andaian berdasarkan apa yang dia nampak pada skrin telefon bimbit Dean. Gambar Ayra menjadi walpaper.

'Mak Onah mengingatkan aku supaya berhati-hati dengan Datin Fadhilah dan Syamila Aqilah. Dan sekarang, Suhaila pula meminta aku berhati-hati dengan Dean.' Ayra merengus. Kebahagiaan bukan senang untuk dikecapi. 


P/S : 20 VOTED UTK NEXT CHAPTER

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now