Ayra membisu seribu bahasa. Shahin Adiy juga langsung tidak membuka mulut sejak mula bertolak. Senyap kedua-duanya. Masing-masing melayani perasaan. Shahin Adiy yakin Ayra merancang bersama keluarganya untuk mencapai keinginan mereka; hidup mewah dengan jalan singkat.
Dia menumpukan perhatian pada pemanduannya. Jalan Kundasang menuju ke Kota Kinabalu agak berbahaya. Lalai seketika, kereta mungkin akan terbabas. Otaknya ligat berfikir bagaimana mahu memberi pengajaran pada Ayra dan keluarga Pak Sudin.
Ayra hanya mampu mengucap panjang. Shahin Adiy memandu laju walaupun jalan bengkang-bengkok. Terjerut tali perut Ayra. Shahin Adiy seperti mahu menempah maut.
Kundasang sudah ditinggalkan jauh di belakang. Setiap kali wajah keluarga bermain di ingatan, air matanya terus mengalir. Lalu cepat-cepat dikesatnya. Kerinduan keluarga dan kampung halaman sudah mula menyeksa jiwa walaupun baru beberapa jam dia meninggalkan mereka. Tak pasti bila dia akan kembali ke kampung halamannya lagi. Terasa seolah-olah dia akan meninggalkan Kndasang untuk selamanya...
Shahin Adiy tiba-tiba menekan brek secara mengejut hingga membuatkan tubuh badan Ayra tersorong ke depan. Ayra terpinga-pinga. Shahin Adiy melemparkan renungan tajam. Mukanya bengis seperti singa yang dalam kemarahan.
"Kau dengan keluarga kau yang rancang semua ni!" bentak Shahin Adiy sambil menghempuk stereng kereta bagi melepaskan geram dan rasa marah yang terbuku di hati sejak semalam.
Tersentak Ayra bila mendengar tuduhan Shahin Adiy. Matanya terkebil-kebil.
"Kau ingat aku tak tahu kau dan keluarga kau berangan nak jadi orang kaya? Sampai sanggup menggadaikan maruah anak sendiri!"
"Jangan fitnah keluarga aku! Kami ndak tahu apa-apa! Entah-entah kau yang rancang!"
Menggelegak otak Ayra dengan tuduhan Shahin Adiy. Berkerut-kerut dahi Shahin Adiy mendengar kata-kata Ayra yang langsung tak masuk akal. Dia tergelak. Lucu!
"Aku yang rancang?" Adiy menuding jari ke batang hidungnya.
"Mungkin kau berpakat dengan orang kampung! Kalau bukan kau yang merancang semua ni, mesti kau ndak setuju dengan permintaan bapak!"
"Kau dengar sini baik-baik! Tak ingin aku kawin free dengan kau. Kau ingat aku bodoh sampai sanggup rancang benda tak guna ni? Tolonglah! Orang macam kau, aku tak ingin jadikan isteri! Kau tak ada apa-apa. Harta? Pelajaran? Budi pekerti jauh sekali!"
Shahin Adiy melepaskan geram. Perasaan marah yang sedang menguasai dirinya membuatkan dia melontarkan kata-kata tersebut. Ayra harus sedar kedudukannya.
Ayra terpaksa menelan cacian Shahin Adiy walaupun pahit. Sampai begitu sekali Shahin Adiy menghinanya. Saat itu, barulah dia sedar akan sikap Shahin Adiy yang sebenar, lelaki yang dipuja dan disanjung sebelum mereka ditangkap!
"Kau dah tak sabar sangat nak duduk kat rumah besar, kan? Okey, aku akan bawa kau tinggal di rumah besar aku nanti. Tinggallah kau di situ sepuas-puasnya, selama-lamanya."
Shahin Adiy menekan pedal minyak. Kereta meluncur laju.
"Kau ingat aku ni gila dengan kekayaan kau dan keluarga kau? Kau salah. Kalau aku mau, aku akan usaha sendiri. Bukan dengan cara ni!"
Adiy tersenyum sinis.
"Tangkap basah, bapak kena strok! Semua ni usaha kau dan keluarga kau! Perancangan yang sungguh rapi."
Ayra telan air liur. Perit!
"Ceraikan aku! Aku mau balik sekarang!"
Itulah jalan yang terbaik. Ayra tak kisah bergelar janda muda. Yang penting, tiada ikatan lagi antara dia dan Shahin Adiy. Ayra sudah tidak sabar hendak kembali ke pangkuan keluarga tersayang.
"Buat apa nak minta cerai pulak. Kau dan keluarga kau jugak yang nak semua ni, kan? Apa yang kau nak, aku akan bagi. Kau tengoklah nanti."
Ayra gusar. Rasa tak sedap hati bila mendengar kata-kata Shahin Adiy. Dia yakin Shahin Adiy telah merancang sesuatu ke atasnya.
TQ YG SUDI BACA DAN VOTE ;-)
Follow my ig : karya_zz
Like my FB Page : Karya ZZ
YOU ARE READING
Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)
RomanceAyra dihantui mesej misteri dari seseorang yang tak dikenali. Namun pengirim mesej tahu kisah silamnya. Kisah silam yang ingin dilupakan Ayra sehingga membawa dia merantau dari Sabah ke Semananjung, dengan harapan dapat memulakan hidup baru. Adiy ya...