Ayra berteleku atas katil, menghadap ke tingkap. Hujan masih turun. Dia menggosok-gosok lengan. Fikirannya melayang ke kampung. Dia terlalu merindui emak, bapak, Ayza dan Aydil.
Sudah sebulan dia meninggalkan keluarga dan kampung halaman. Dalam tempoh tersebut, dia tidak mendengar khabar mereka lagi. Sukar untuk menghubungi mereka kerana dirinya terpenjara di dalam rumah besar.
Air mata yang setia menemaninya segera disapu. Dia tidak pernah berpisah lama dengan keluarga. Paling lama hanya setakat tiga hari. Ketika itu, dia berada di tingkatan empat. Dia telah terpilih untuk mengikuti perkhemahan Kadet Remaja Sekolah di Ranau. Ketika itulah dia terpaksa berpisah dengan keluarga dalam satu jangka masa yang agak panjang. Semasa mengikuti perkhemahan, fikirannya sentiasa melayang ke kampung. Dia mengharapkan perkhemahan segera selesai kerana sudah tidak sabar untuk kembali ke pangkuan keluarga.
Kerinduan pada keluarga sukar dibendung lagi. Pernah dia cuba melarikan diri dari rumah tersebut. Tepat jam tiga pagi, Dia melangkah perlahan-lahan menuruni anak tangga satu demi satu. Dilihatnya Marcos, pekerja yang setia itu sedang lena di atas sofa.
Ayra terus menuju ke pintu.
"Mau ke mana kau?"
Tersentak dia bila mendengar suara Marcos. Beg pakaian yang berada di tangan terus terlepas dari pegangan. Jantungnya juga seperti melayang jatuh.
"Er, tandas."
Ayra mengawal rasa takut. Takut dengan tindakan Marcos bila dapat tahu niatnya untuk melarikan diri.
"Di atas pun ada tandas."
"Er... pintu tandas terkunci dari dalam." Ayra mereka alasan.
"Tandas sebelah sana." Marcos menghala telunjuknya ke kiri.
Ayra terus memusing badan. Bagai seorang tawanan yang sedang diacukan senapang, dia melangkah ke tandas. Marcos memegang beg pakaiannya. Jantungnya berdegup kencang.
Masuk sahaja ke tandas, Ayra terus mengunci pintu. Dia mengurut dada. Dia yakin Marcos sudah dapat membaca tujuannya. Mujurlah Marcos tidak mengambil sebarang tindakan ke atasnya.
Dunianya kini tertutup. Dia langsung tidak tahu perkembangan luar. Tiap kali siaran berita, Marcos akan tukar ke rangkaian lain. Marcos tidak suka dengan siaran berita. Hendak bertekak, siapalah dirinya. Marcos lebih berkuasa dalam segala hal.
Dunianya berlegar-legar di dalam bilik dan di ruang tamu sahaja. Marcos sentiasa di sisinya, mengawasi setiap gerak-geri. Dalam tempoh sebulan, Marcos tidak pernah lagi meninggalkan rumah. Dia begitu patuh dengan arahan Shahin Adiy. Ayra sentiasa menantikan saat Marcos keluar, mungkin ke kedai untuk membeli rokok atau apa saja. Malangnya, Marcos tidak pernah langsung meninggalkan rumah tersebut.
Makanan dihantar setiap hari oleh seorang lelaki. Dia menghantar sarapan, makanan tengah hari dan malam. Ayra yakin lelaki itu juga turut menerima upah daripada Shahin Adiy.
"Kenapa Adiy kurung aku di sini?"
Persoalan itu saban hari menerjah kotak fikiran. Shahin Adiy benci padanya. Sepatutnya, Shahin Adiy tidak perlu susah-susah menghabiskan duit dengan mengupah orang untuk menjaganya. Biarkan sahaja dia pergi dari rumah itu dan seterusnya daripada hidup Shahin Adiy.
Tapi, lain pula keinginan Shahin Adiy. Lelaki itu lebih suka menyeksa jiwa dan raganya dengan mengurungnya di situ.
TQ YG SUDI BACA. PLEASE VOTE UTK PART SETERUSNYA ;-)
Follow my ig : karya_zz
Like my FB Page : Karya ZZ
YOU ARE READING
Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)
RomanceAyra dihantui mesej misteri dari seseorang yang tak dikenali. Namun pengirim mesej tahu kisah silamnya. Kisah silam yang ingin dilupakan Ayra sehingga membawa dia merantau dari Sabah ke Semananjung, dengan harapan dapat memulakan hidup baru. Adiy ya...