Part 100

923 31 2
                                    

Terjaga sahaja dari tidur, Ayra nekad untuk melakukan sesuatu. Dia akan ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan khabar Shahin Adiy daripada Mak Onah. Terlalu lama menunggu, tiada apa-apa yang berlaku. Tiada sesiapa yang datang mencarinya. Ayra amat mengharapkan kehadiran Shahin Adiy. Dia merindui suaminya.

'Salah aku juga. Aku sekarang menumpang di rumah Ila. Mungkin Adiy ada datang mencari aku di rumah sewa. Mungkin Adiy juga turut cuba menghubungiku namun aku sudah menukar nombor telefon.'

Ayra memujuk hati. Dia memberi harapan kepada dirinya sendiri. Dia tidak boleh lagi buat-buat tak peduli dengan apa yang telah berlaku. Dia tak boleh mulakan hidup baru selagi belum bersua muka dengan Shahin Adiy.

Andai benar lelaki itu tidak menginginkannya lagi dalam hidupnya, Ayra pasrah. Dia rela undur diri.

Suhaila mencadangkan agar Ayra membuat kad SIM baru dengan nombor lama. Ayra enggan sebab nombor telefon tersebut turut disimpan Nadira. Kalau boleh, Ayra tidak mahu nombornya jatuh ke tangan Nadira. Dia tidak mahu ada kaitan lagi dengan bekas teman baiknya itu yang tidak pernah berputus asa untuk meruntuhkan rumah tangganya.

Selesai bersiap, Ayra mencapai beg tangan. Dia memeriksa isi di dalam. Dompet ada. Yang tak ada telefon bimbit. Ayra memusing mencari telefon bimbitnya. Telefon yang jarang digunakannya itu berada di atas meja makan.

Tergerak hatinya untuk menghubungi nombor Shahin Adiy. Lama dia menggenggam telefon bimbit. Akhirnya dia memasukkan telefon ke dalam beg tangan. Dia tidak jadi menghubungi Shahin Adiy.

Sudah banyak kali dia menghubungi Shahin Adiy namun tidak berjaya. Mungkin Shahin Adiy sudah menukar nombor telefonnya, Ayra membuat andaian. Atau mungkin juga Shahin Adiy masih belum memperbaharui kad SIM.

Pintu bilik Suhaila tertutup rapat, begitu juga dengan bilik Aisyah. Ayra tidak bercadang hendak mengejutkan mereka. Dia lalu menulis nota, memaklumkan pemergiannya ke Kuala Lumpur. Nota tersebut diselitkan di bawah pasu bunga atas meja makan.

Ayra mencapai topi keledar lalu melangkah keluar. Dia menuruni anak tangga menuju ke tingkat bawah dan seterusnya ke tempat parkir motosikal. Dia menunggang motosikal menuju ke stesen bas.

Ayra meninggalkan topi keledar dan motosikalnya di stesen bas. Tiket bas sudah dibeli. Sebentar lagi, tepat jam 12.00 tengah hari, bas akan mula bergerak menuju ke Kuala Lumpur. Bas pukul 10.00 pagi sudah kehabisan tiket. Ayra berharap agar perjalanannya selamat. Dia juga berharap agar misinya untuk bertemu dengan Mak Onah akan berjaya.

Bas hampir penuh dengan penumpang. Hanya tinggal beberapa tempat duduk sahaja yang kosong. Sebentar kemudian bas mula bergerak.

Tol Kuala Kangsar baru ditinggalkan...

Mimpi semalam menjengah di ingatan. Ayra mimpikan Shahin Adiy. Suaminya itu terlantar sakit di hospital. Raut wajahnya lesu. Mak Onah memberitahunya yang Shahin Adiy rindukannya.

Itu semua hanyalah mimpi. Ayra sendiri tidak tahu keadaan sebenar, apakah Shahin Adiy merinduinya atau membencinya. Dia berharap agar Mak Onah dapat memberikan jawapan kepadanya seperti mana yang berlaku dalam mimpinya.

Kerana mimpi itulah dia ambil keputusan untuk ke Kuala Lumpur. Tiga jam kemudian, bas yang dinaii tiba di Hentia Duta. Ayra terus ke kaunter teksi lalu membeli kupon.

Ayra sengaja meminta pemandu teksi menurunkannya agak jauh dari rumah Datin Fadhilah. Dia tidak mahu keluarga mentuanya terutama Datin Fadhilah ternampak kelibatnya di situ. Setelah teksi berlalu, Ayra mula menapak.

Dari luar pagar, Ayra mengintai ke dalam. Dia mencari-cari seorang. Mak Onah tidak kelihatan. Nun di sebelah kanan, kawasan halaman yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan hutan dan air terjun buatan, dia dapat melihat seseorang. Seseorang yang amat dirinduinya. Seseorang yang telah hadir dalam mimpinya semalam.

Shahin Adiy sedang berjalan sambil berpaut pada kerusi. Bersyukur Ayra bila melihat keadaan Shahin Adiy. Lelaki itu sudah semakin pulih. Sebelum ini, khabar dari Nadira mengatakan Shahin Adiy lumpuh. Kakinya tidak dapat bergerak. Namun, bila melihat keadaan Shahin Adiy hari ini, hatinya merasa lega.

Leka Ayra memerhati dari luar. Setelah kepenatan, Shahin Adiy duduk di kerusi. Dia mengipas-ngipas badannya dengan tuala. Terasa ingin mendekati lelaki itu. Tapi Ayra bimbang dengan penerimaan Shahin Adiy ke atasnya. Dia takut andai Shahin Adiy benci kepadanya dan terus menghalaunya pergi dari situ. Shahin Adiy pasti menaruh benci kepadanya kerana kes gambar tempoh hari. Shahin Adiy juga mungkin membenci dirinya kerana dia tidak pernah melawat Shahin Adiy semasa lelaki itu terlantar di hospital. Bukan dia tidak mencuba, tapi... Ah, Ayra malas memikirkannya lagi.

Hatinya membuak-buak ingin memberitahu Shahin Adiy tentang layanan Datin Fadhilah dan Syamila Aqilah ke atanya. Dia mahu menceritakan segalanya bagaimana dia dihalang daripada melawat Shahin Adiy dan bagaimana dia telah diperangkap seperti mana yang diceritakan Dean.

Namun, Shahin Adiy mungkin tidak percaya andai dia berterus terang. Ini soal maruah ibu kandungnya dan kakak dari darah dagingnya sendiri. Datin Fadhilah juga pasti tidak akan membiarkan Shahin Adiy percaya dengan cerita yang disampaikannya.

Bukankah Datin Fadhilah, Syamila Aqilah serta Nadira pelakon yang hebat? Shahin Adiy pasti lebih mempercayai mereka berbanding dirinya.

Seorang gadis menghampiri Shahin Adiy dengan segelas air. Nadira! Dia menghulurkan air kepada Shahin Adiy. Dia juga membantu Shahin Adiy dengan mengelap peluh di dahi lelaki itu. Kelihatan mereka sedang berbual-bual. Ayra tidak dapat mendengar isi perbualan mereka. Dia hanya memerhati dari jauh. 

Shahin Adiy dan Nadira ketawa mengekek. Entah apa yang lucu! Ayra ketap gigi.  Terpancar sinar bahagia di wajah Adiy dan Nadira. 

Ayra terus melangkah meninggalkan tempat tersebut... hatinya bagai ditusuk sembilu. 

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now