Part 81

799 26 0
                                    

Ayra melangkah keluar dari bilik. Tekaknya terasa haus. Jika tiada sebab, Ayra lebih selesa berkurung dalam bilik. Dia hanya keluar untuk ke tandas dan ke dapur sahaja. Itu pun jika Nadira tidak berada di luar. Jika kelibat Nadira kelihatan di ruang tamu mahu pun di dapur, Ayra segera kembali ke bilik. Dia tidak mahu menjadi penyebab untuk Nadira memulakan sindiran.

"Kak Ayra, mai la duduk sini. Dah lama Iqa tak borak dengan Kak Ayra."

Syafiqah menepuk-nepuk sofa, mengajak Ayra duduk.

"Kak Ayra nak ambil air dulu."

Matanya liar memerhati kelibat seseorang. Tidak kelihatan bayang Nadira di dapur. Dia menoleh ke kanan. Pintu bilik Nadira tertutup rapat.

"Kak Dira tidur."

Syafiqah seolah-olah tahu apa yang bermain di fikirannya. Ayra menarik nafas lega. Ayra terus ke dapur. Dia mengisi bekas airnya yang telah kosong dengan air masak.

"Kak Ayra ke mana hari minggu lepas?"

Syafiqah terus mengajukan pertanyaan sebaik sahaja Ayra duduk di sofa. Jarang Ayra keluar hujung minggu. Dia biasanya berkurung di rumah sewa.

"KL." Balas Ayra sepatah.

Matanya tertancap ke skrin televisyen. Sudah lama dia tidak menonton berita atau drama. Nadira tentu tidak suka kalau dia tumpang meneonton televisyen miliknya.

"Rumah Abang Adiy ye?"

"Aah." 'Aik, dah tahu tapi buat-buat tanya pulak.'

"Mesti besar dan cantik rumah Abang Adiy, kan? Bertuah Kak Ayra jadi menantu keluarga mereka. Kak Dira selalu cerita pada Iqa. Dia selalu ke sana. Kata Kak Dira, mak Abang Adiy baik dengan dia. Sayang dia. Kakak Abang Adiy pun baik dengan Kak Dira. Kalau Kak Dira ke sana, mereka mesti melayan dia bagai puteri."

Syafiqah sudah mula mencucuk jarum. Nadira yang memintanya untuk bercerita hal tersebut kepada Ayra. Mereka berpakat hendak menyakitkan hati Ayra sebagai balasan kerana menjadi perampas. Dulu, dia hormat pada Ayra. Dia sangkakan Ayra baik orangnya. Rupa-rupanya semua itu satu lakonan. Bila di belakangnya, Ayra selalu mengumpat mengenainya. Ayra juga jaja cerita kononnya dia berkawan dengan syaitan. Setiap malam Jumaat, dia dituduh menjalankan upacara memuja syaitan di dalam bilik. Syafiqah tidak akan tahu semua itu kalau bukan Nadira yang menceritakan kepadanya.

"Mereka mesti melayan Kak Ayra lebih lagi, kan? Maklum la, Kak Ayra tu menantu tapi Kak Dira sekadar bekas kekasih Abang Adiy."

Ayra hanya mampu bersabar mendengar kata-kata Syafiqah. 'Aku bukan menantu pilihan Datin Fadhilah.' Ayra sedar kedudukannya. Datin Fadhilah mahu menjodohkan Shahin Adiy dengan Nadira. Gadis itu adalah menantu pilihannya. Tentulah Nadira dilayan bagai puteri bila berkunjung ke rumahnya. Sedangkan dia pulak bukan setakat tidak diterima, malah terus dihalau keluar!

"Kenapa Kak Ayra diam. Mereka tak layan Kak Ayra dengan baik ke?" soal Syafiqah.

Nadira telah memaklumkan kepadanya tindakan yang telah dilakukan oleh Datin Fadhilah terhadap Ayra.

"Tak adalah."

"Manalah tahu kan... Kak Aya nikah mengejut dengan Abang Adiy. Mungkin keluarga Abang Adiy masih terkejut dengan pernikahan Kak Ayra dengan Abang Adiy."

Daripada Nadira juga, Syafiqah mendapat tahu pernikahan Ayra dan Shahin Adiy berlaku di sempadan. Datin Fadhilah tidak bersetuju dengan pilihan Shahin Adiy. Keluarga Ayra juga tidak setuju. Lalu mereka berkahwin di sempadan.

"Sebenarnya banyak yang Iqa tak tahu. Jadi akak rasa, lebih baik Iqa diam saja. Cakap banyak pun buat apa, menambahkan dosa saja."

Ayra terus bangun meninggalkan sofa. Kata-kata Syafiqah menyakitkan hatinya. 'Ke mana hilangnya kelembutan Syafiqah apabila bercakap dengan orang yang lebih tua daripadanya?'

Ayra menutup pintu bilik. Rapat! 'Aku nak keluar dari sini segera!' Dia memberontak dalam hati.

* * *

"Jumaat ni Adiy ke Kuala Kangsar ke?" tanya Datin Fadhilah ketika Shahin Adiy sedang memakai kasut.

"Ye ma. Ahad baru balik sini."

"Kat Kuala Kangsar tu Adiy tinggal kat mana? Rumah Ayra ke?"

"Tak ma. Kami menginap di hotel je." Terang Shahin Adiy yang agak terkejut bila ibunya memanggil Ayra dengan namanya, bukannya 'perempuan tu.'

"Membazir je. Baik Adiy bawak Ayra ke sini."

Teringa-pinga Shahin Adiy mendengar kata-kata Datin Fadhilah. Dia merenung wajah ibunya. 'Bawak Ayra ke sini? Mama tengah bermimpi ke?'

"Mama yang bersalah. Mama tak seharusnya halau Ayra. Dia tak buat salah dengan mama."

Berkerut dahi Shahin Adiy. Dia masih tak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Datin Fadhilah.

"Betul tu Adiy. Mama dah menyesal." Syamila Aqilah mencelah.

"Betul ke ni ma?"

Terpancar kegembiraan di raut wajah Shahin Adiy yang sejak kebelakangan ini kelat semacam. Dia masih memprotes tindakan Datin Fadhilah yang menghalau isterinya. Sudahnya, banyak masanya dihabiskan di pejabat. Tengah malam baru balik ke rumah. Bangun pagi, bersiap dan terus keluar ke pejabat. Dia yang biasanya bersarapan di rumah menukar rutin dengan bersarapan di gerai mamak berhampiran dengan syarikat.

"Kak Sya kau ni yang mengubah mama. Dia minta mama beri peluang pada diri mama untuk mengenali lebih jauh isteri Adiy tu."

Shahin Adiy terus menggenggam tangan Syamila Aqilah.

"Terima kasih kak."

"Sama-sama. Kakak sendiri pun sebenarnya dah tak sabar nak jumpa dengan adik ipar kakak tu. Masa korang nikah dulu, akak kat London."

Syamila Aqilah teringat lagi panggilan yang diterima dari ibunya. Datin Fadhilah mengadu kepadanya tentang pernikahan Shahin Adiy dan Ayra yang berlaku di Kundasang. Mereka telah ditangkap basah.

"Insya-Allah Jumaat ni Adiy bawak dia jumpa Kak Sya. Dia peramah kak. Mesti Kak Sya suka dia."

"Kalau Adiy call Ayra, jangan lupa sampaikan salam mama. Suruh dia datang jugak Jumaat ni. Mama nak mohon maaf atas kekasaran mama tempoh hari."

"Baik ma. Adiy ke office dulu."

Adiy mencapai beg hitam di sebelahnya lalu terus melangkah ke kereta. Hatinya berbunga-bunga. Dia sudah tidak sabar hendak berkongsi rasa gembiranya dengan Ayra.

"Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah."

Shahin Adiy menghidupkan enjin kereta.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now