Part 50

950 42 6
                                    

"Ayra! Ayra!"

Kuatnya suara dan ketukan Nadira. Ayra terus meninggalkan meja dan menuju ke pintu. Hari minggu, dia lebih selesa berkurung dalam bilik sambil menyiapkan tugasan dan kerja-kerja sekolah. Hendak duduk di ruang tamu, dia rasa bosan. Nadira tak pernah ada di rumah setiap hujung minggu. Syafiqah pulak sering keluar dan balik tak tentu masa. Bila tiba di rumah, Syafiqah jugak gemar berkurung di dalam bilik.

"Ayra..."

Nadira terus memeluk Ayra sebaik sahaja pintu bilik dibuka.

"Kenapa ni?"

Ayra terpinga-pinga melihat keadaan Nadira. Mata dan hidungnya merah. Air mata bercucuran di pipinya. Nadira meraung dalam pelukan. Ayra terus membawa Nadira ke katil. Katil pelamin yang baru dibeli Nadira sejak dia berpindah ke situ bulan lepas. Nadira bukan setakat membeli katil, dia juga membeli TV LCD, mesin basuh, peti ais dan sofa.

Nadira masih menangis di bahu Ayra.

"Kenapa ni Dira..."

Ayra bertanya dengan lembut setelah tangisan Nadira semakin perlahan.

"Adiy... Adiy dah putuskan hubungan kami."

Tersentak Ayra mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nadira. Berkerut dahinya. Jantungnya mula berdenyut pantas. 'Kenapa tiba-tiba Adiy putuskan hungannya dengan Dira?'

Ayra turut resah. Dia tidak mahu dikaitkan dengan perbalahan Nadira dan Shahin Adiy. Nadira pasti tidak akan memaafkannya andai dia adalah punca Shahin Adiy mengambil keputusan berpisah dengannya.

"Kami bertengkar. Adiy terus ambil keputusan putuskan hubungan kami. Aku merayu, tapi dia tak peduli."

Nadira teresak-esak kembali.

"Maafkan aku. Boleh tak aku tahu apa punca korang bertengkar sampai dia ambik keputusan ni?"

"Dia dah jarang mesej aku, apa lagi call aku. Ajak jumpa, dia asyik bagi alasan sibuk. Balik sekolah Jumaat kelmarin, aku terus drive ke KL. Nak tunggu dia datang jumpa aku, jangan haraplah! Aku tunggu dia di pejabat dari petang sampai ke malam, baru nampak batang hidung dia. Aku syak dia ada perempuan lain. Aku suruh dia mengaku kalau betul dia ada perempuan lain. Dan aku jugak desak dia beritahu aku siapa perempuan tu."

Perempuan lain? Ayra telan air liur. Dia tak suka dengar kalau itulah punca pergaduhan Nadira dan Shahin Adiy. Dia tak mahu terlibat. Kalau memang Shahin Adiy ada perempuan lain, dia tak kisah. Jangan babitkan dirinya sudahlah.

Tapi... Shahin Adiy memang ada datang menemuinya petang Jumaat!

"Dia bengang bila aku terus desak. Masa tengah bincang tu, dia terima panggilan tapi dia tak jawab. Aku syak perempuan simpanan dia yang telefon masa tu. Aku cuba rebut handphone Adiy. Tapi tak dapat. Adiy cakap dia tak suka dengan apa yang aku buat tu. Dia tuduh aku kuat cemburu dan syak yang bukan-bukan. Lepas tu dia terus putus hubungan dengan aku."

"Dia tengah marah tu. Sabarlah. Tunggulah perasaan dia kembali tenang. Aku yakin dia tak maksudkan apa yang dia cakap tu."

"Dia tetap dengan keputusan dia. Aku dah cuba rayu. Aku mohon maaf berkali-kali. Langsung dia tak peduli."

Nadira menangis kembali. Sukar menerima keputusan Shahin Adiy memutuskan perhubungan mereka. Dia terlalu mencintai lelaki itu. Hubungan mereka hanya tinggal beberapa bulan saja lagi sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan, tapi ini pulak yang terjadi.

"Kau kenal tak perempuan yang kau syak ada hubungan dengan Adiy?"

Nadira geleng kepala.

"Tak tahu. Langsung tak tahu. Tapi aku akan siasat. Aku takkan biarkan perempuan tu rampas Adiy. Adiy milik aku!"

Terpancar kemarahan pada raut wajah Nadira. Dia tidak akan membiarkan perempuan lain merampas Shahin Adiy daripadanya.

"Er... kau ada bukti ke Adiy ada hubungan dengan perempuan lain?"

Nadira menggeleng. Dia tak ada bukti kukuh. Hanya perubahan sikap Shahin Adiy yang menjadi bukti sekarang.

"Mungkin Adiy benar-benar sibuk. Tapi kau pulak syak yang bukan-bukan. Kau ni kuat cemburu."

"Entahlah Ayra. Dulu dia lain, sekarang dah lain. Kalau orang lelaki tiba-tiba berubah sikap, tentu tak ada sebab lain. Sebab perempuanlah tu!"

Kelu lidah Ayra. Dia terdiam, mati kata-kata.


## Terima kasih sudi layan kisah cinta Ayra dan Adiy. Please vote untuk bab seterusnya. 12 vote boleh?  

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now