Part 106

876 24 0
                                    

"Eh, atas tu dulu hutan. Sekarang dah ada hotel." Ayra teruja melihat tempat kelahirannya yang pesat membangun.

"Kali terakhir abang ke sini, hotel atas tu masih dalam pembinaan."

Shahin Adiy gembira melihat keterujaan Ayra pada perubahan kampung kelahirannya. Sepanjang perjalanan ke Kundasang, Ayra langsung tidak melelapkan mata. Mulutnya asyik menyuarakan rasa tidak sabar hendak menjejakkan kaki ke kampung halamannnya dan bertemu keluarga tersayang.

"Hotel arwah papa dah siap?"

"Tak jadi. Lepas papa meninggal, tak ada sesiapa yang nak uruskan perniagaan papa. Abang pun masa tu masih belajar. Perniagaan papa kat KK lingkup. Sebab tu kami berhijrah ke semenanjung. Papa ada cawangan kat KL. Sikit demi sikit, abang dengan Abang Syam bangunkan semula syarikat papa." Jelas Shahin Adiy.

Perjalanan semakin hampir ke destinasi. Rasa tak sedap hati bila teringatkan keluarga mentuanya. Dia berharap agar Pak Sudin dan Mak Siti dapat menerima Ayra. Dia sudah memaklumkan kepada Ayra mengenai kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku.

Kata Ayra, dia tidak akan kembali ke semenanjung selagi orang tuanya tidak menerima permohonan maafnya kerana meninggalkan mereka begitu lama. Dia sanggup dihukum apa saja asalkan mereka dapat menerimanya kembali.

Shahin Adiy memberhentikan Pajero yang disewanya betul-betul di hadapan rumah Pak Sudin. Rumah tersebut mengalami sedikit perubahan berbanding tiga tahun lalu. Ada tambahan di bahagian hadapan. Cat sudah berubah warna. Pokok-pokok bunga juga semakin bertambah menghiasai halaman rumah.

Shahin Adiy melangkah keluar dari kereta. Dia meminta agar Ayra menunggu di dalam kereta. Kejutan yang akan dilakukannya mungkin akan menggembirakan hati keluarga mentuanya atau mungkin juga menambah duka di hati mereka.

Shahin Adiy memberi salam. Tiga kali memberi salam barulah terdengar salamnya dijawab. Sebentar kemudian pintu rumah dibuka. Mak Siti terkulat-kulat memandang Shahin Adiy. Ada bayi yang sedang merengek dalam dukungannya.

"Apa khabar mak?" Shahin Adiy terus bersalam dengan Mak Siti.

"Baik. Ya ampun, sudah lama kau ndak datang. Apa khabar kau?"

"Baik-baik saja mak. Bapak mana?"

"Ke kebun. Tengah hari nanti baru balik. Bila kau sampai dari KL?"

"Semalam sampai. Bermalam kat hotel di KK dulu. Pagi ni terus bertolak ke sini. Anak siapa ni mak?" Shahin Adiy mencut pipi bayi yang sedang didukung Mak Siti.

"Anak Si Ayza ba. Dia sudah kawin. Ini anaknya, Haikal. Baru tiga bulan."

Shahin Adiy terus mendukung Haikal. Dia tidak menyangka Ayza sudah berkahwin dan sudah pun mempunyai seorang anak lelaki.

"Marilah masuk ke dalam."

"Adiy tak balik sorang mak."

Shahin Adiy terus memberi isyarat kepada Ayra. Ayra yang sudah lama menanti di dalam kereta terus melangkah keluar. Dia meluru ke arah Mak Siti lantas memeluk wanita yang semakin bertambah kedut di wajahnya itu. Air mata berjurai-jurai keluar membasahi pipinya.

Mak Siti terkasima dipeluk anak sulungnya. Dia masih dalam keadaan terkejut. Dia langsung tidak menyangka Shahin Adiy pulang bersama isterinya. Sudah bertahun-tahun dia tidak bertemu Ayra dan sekarang anak sulungnya itu berada dalam pelukannya.

Agak lama membiarkan Ayra memeluknya, barulah Mak Siti mengangkat tangan lalu membelai badan Ayra.

"Ke mana kau? Lama kami tunggu kau."

"Mak, maafkan aku."

Hanya itu yang berulang kali diucapkan Ayra. Shahin Adiy memujuk Ayra agar bertenang. Mereka melangkah masuk ke dalam rumah.

Melihat Ayra di depan mata, rasa terkilan Mak Siti terhadapnya sebelum ini terus lenyap. Ayra dan Shahin Adiy silih berganti bercerita mengenai dugaan demi dugaan yang menimpa mereka. Bermula rasa syak wasangka mengenai peristiwa ditangkap basah sehinggalah Ayra melarikan diri. Mereka bertemu semula dan dugaan menimpa lagi apabila Datin Fadhilah tidak dapat menerima mereka sehinggalah membawa kepada kemalangan yang menimpa Shahin Adiy. Semuanya diperjelaskan satu demi satu.

"Adiy pun nak minta maaf pada mak sebab Adiy dah bohong pada mak. Masa tu, Adiy pun bingung ke mana nak cari Ayra. Kalau Adiy ceritakan perkara sebenar, tentu mak akan bencikan Adiy sebab Adiylah punca Ayra membawa diri."

"Aku sudah faham sekarang. Kau buat semua tu sebab ndak mau hati kami risau. Kalau kau ceritakan perkara sebenar, sudah tentu aku tambah susah hati."

Shahin Adiy bersyukur kerana Mak Siti menerima segalanya dengan hati terbuka. Dia turut menerima kepulangan Ayra. Tengah hari nanti, Pak Sudin akan pulang. Shahin Adiy berharap agar Pak Sudin jugak dapat menerima kepulangan Ayra seperti mana Mak Siti.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now