Ayra menoleh ke belakang. Nadira masih belum berhenti bercakap di telefon. Semalam, lepas balik dari Kedai Buku Popular, Nadira sudah tidur. Pagi tadi pula, kelas penuh. Langsung tiada waktu terluang untuk Ayra berbual dengan Nadira.
Dia sebenarnya sudah tidak sabar hendak tahu siapa nama bakal tunang Nadira serta dari mana lelaki itu berasal.
Nadira akan bertunang tidak lama lagi. Ayra rasa seperti tidak percaya. Nadira bukanlah seorang gadis yang ingin terikat dengan seseorang dalam usia yang masih muda. Sebelum ini pun, Nadira pernah beritahu pada Ayra yang dia akan memikirkan soal kahwin apabila usianya mencecah ke angka 30-an. Nadira ingin menikmati zaman bujang terlebih dahulu sepuas-puasnya. Kemudian barulah dia bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan seterusnya menjadi ibu.
Kenapa Nadira tiba-tiba sahaja berubah hati? Ayra ingin mengajukan segera soalan tersebut pada Nadira. Dan dia juga tidak sabar lagi ingin tahu sejak bila Nadira mengenali lelaki itu...
Aisyah dan Suhaila belum tahu rakan serumah mereka akan bertunang dalam waktu terdekat. Mereka sekadar melihat gambar lelaki itu di telefon bimbit Dean. Kecoh Aisyah bila melihat raut wajah tunang Nadira. Katanya, lelaki itu langsung tak padan dengan Nadira.
Dean juga langsung tak menyentuh berita terkini yang telah didengarnya. Ayra juga tutup mulut. Baginya, biarlah Nadira sendiri beritahu berita tersebut kerana dia yang empunya diri.
Nadira masih belum berhenti bercakap.
Telefon bimbit Ayra pulak tiba-tiba berdering. Panggilan dari Dean. Dia terus menjawab panggilan dari Dean. Dean mengajaknya keluar makan. Ayra terpaksa menolak dengan baik kerana jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Selain perutnya sudah kenyang, dia juga tak suka keluar lewat malam.
Sudah heboh satu kelas kononnya dia dan Dean bercinta. Puas dia menerangkan kedudukan sebenar; dia dan Dean hanya teman biasa namun rakan sekelas menjuih bibir. Malah mereka menuduhnya teman tapi mesra. Bercinta tapi segan nak mengaku.
"Tahu-tahu terima kad jemputan nanti," usik Mira.
"Habis je kursus, mesti terus kawin," usik pula Jaya, salah seorang pelajar India di kelas.
"Jangan tunggu lama-lama Dean, nanti dikebas orang." Zali juga sudah pandai bergurau.
Ayra terpaksa pekakkan telinga. Malas hendak menafikan tuduhan rakan-rakan kerana mereka semua tidak akan percaya kata-kata yang keluar dari mulutnya. Mereka lebih suka buat andaian sendiri daripada apa yang mereka lihat menggunakan mata kasar.
Dean pula hanya sengih bila kena usik. Langsung tidak cuba menafikan gosip tersebut. Ayra dapat membaca hati lelaki itu yang bertambah suka dengan gosip percintaan mereka.
"Aduh! Habis kredit pulak!"
Ayra tenung Nadira yang sedang tertekan kerana kehabisan kredit.
"Baru cakap kejap, dah habis kredit aku."
Nadira membaling telefon bimbitnya ke atas katil.
"Sekejap apa, dari magrib kau bercakap tak henti-henti."
"Ye ke?"
Nadira mencapai telefonnya kembali dan melihat jam yang tertera. Dia tersengih.
"Aku nak tukar pakai postpaidlah. Senang sikit."
"Melambung bil kau nanti."
YOU ARE READING
Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)
RomansaAyra dihantui mesej misteri dari seseorang yang tak dikenali. Namun pengirim mesej tahu kisah silamnya. Kisah silam yang ingin dilupakan Ayra sehingga membawa dia merantau dari Sabah ke Semananjung, dengan harapan dapat memulakan hidup baru. Adiy ya...