Part 58

786 30 0
                                    

Tugasan kumpulan akhirnya siap. Ayra, Suhaila, Aisyah dan Dean berkumpul di Laman Budaya, pinggir sungai Perak untuk menyiapkan tugasan. Masing-masing bawa maklumat yang diperlukan. Bila berkumpul, hanya tinggal menyusun dan menaip saja. Setelah siap, mereka berborak.

"Dengar khabar Dira putus cinta? Betul ke?"

Aisyah membuka cerita. Dean dan Suhaila tercengang-cengang. Mereka memandang Ayra, mengharapkan penjelasan. Hanya Ayra yang dapat mengesahkan berita yang baru didengar dari mulut Aisyah.

"Kau dengar dari siapa?" Ayra tuju balik soalan kepada Aisyah. Tiada sesiapa yang tahu mengenainya.

"Fiza, yang tinggal blok aras dua tu. Dia mengajar satu sekolah dengan Dira. Dialah yang beritahu aku. Kata Fiza, Dira malas nak masuk kelas sejak putus cinta. Tugas-tugasnya sebagai AJK dan Setiausaha juga banyak yang tak siap. Sampai guru besar terpaksa panggil dia."

Ayra baru dengar berita tersebut. Dia tak menduga Nadira mengabaikan tugas-tuganya di sekolah. Sampai macam tu sekali penangan putus cinta.

"Tengoklah sekarang. Dia satu kumpulan dengan kita. Tapi penglibatannya..."

"Dia ke KL. Ada hal. Sebab tu dia tak boleh datang."

"Aku pun ada hal jugak hari ni. Tapi bila ingat hari ni ada perbincangan kumpulan, aku tunda ke hari lain."

"Biarlah dia. Dia ada masalah tu. Biar dia tenangkan perasaan dulu."

Aisyah mencebik. Ikutkan hati, dia tak mahu letak nama Nadira dalam tugasan.

"Aku balik dulu. Ada kerja nak buat kat sekolah."

Dean meminta diri. Malas hendak sertai gosip kaum hawa.

"Rajin Dean tu. Hari Sabtu pun ke sekolah."

Suhaila menukar tajuk perbualan. Nadira ditolak ke tepi. Bertekak pun tak jadi apa. Tak ada yang menang dan tak ada yang kalah.

"Entah kerja apa yang dia buat. Tiap kali hari Sabtu, dia mesti ke sekolah."

"Dengar-dengar, dia sibuk menghias kelas. Persediaan sebelum pensyarah datang memantau."

"Dah, dah! Kita kembali ke tajuk utama kita. Pasal Dira. Betullah dia dah putus cinta? Kenapa?" Aisyah tak puas hati selagi belum tahu kedudukan Nadira.

"Aku pun tak tahu."

"Tipulah kalau kau tak tahu. Macamlah aku tak kenal dengan Dira tu. Masa tinggal sekali dulu, ada saja cerita yang keluar dari mulutnya. Pasal mak dengan bapak dia bergaduh pun dia cerita jugak."

"Dia cakap Adiy ada perempuan lain."

"Siapa?"

"Manalah aku tahu."

"Entah betul entah tidak Adiy ada perempuan lain. Aku rasa Dira yang kuat cemburu. Suka mengongkong boyfriend dia tu. Susah kalau dapat pakwe handsome."

"Lelaki mana suka dikongkong."

Suhaila bercakap berdasarkan pengalaman. Tapi bila tak dikongkong, lain pulak jadinya. Liar tak kena tempat!

"Bagus jugak Dira putus cinta dengan Adiy sebab secara kasar, aku nampak mereka memang tak sepadan langsung. Adiy tu budak baik. Tak padanlah dengan Dira tu. Tapi, kalau dengan kau aku rasa padan sangat."

Tergamam Ayra mendengar kata-kata Aisyah. 'Kenapa Aisyah tiba-tiba gandingkan aku dengan Adiy? Dia pernah nampak aku keluar dengan Adiy ke?'

Haru!!!

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now