Part 76

808 31 0
                                    

Ayra membuka pintu bilik perlahan-lahan. Dia tidak mahu Shahin Adiy terkejut dari tidur. Shahin Adiy keletihan. Dia masih lena di katil. Dengkuran yang perlahan kedengaran.

Sunyi. Itulah yang dirasa Ayra apabila berjalan-jalan di dalam rumah besar tersebut. Bilik banyak. Ruang tamu, ruang makan dan ruang rehat selesa dan luas. Perabot disusun kemas, hiasan yang menghiasi dinding juga menarik.

Ayra melangkah ke dapur. Dia terdengar bunyi bising dari dapur. Mak Onah sedang masak sesuatu. Ayra menghampiri wanita yang berusia pertengahan 50-an itu.

"Mak Onah masak apa?" sapa Ayra.

"Eh, Puan Ayra." Mak Onah tersengih. "Mak Onah masak kari kepala ikan."

"Wah, sedapnya. Mesti Mak Onah pandai masak, kan? Boleh la Ayra belajar memasak dari Mak Onah."

"Bolehlah sikit-sikit. Puan Ayra lapar ke?"

"Kenyang lagi. Mak Onah tak payahlah nak berpuan pulak dengan Ayra. Panggil saja Ayra. Mak Onah dah lama kerja sini?"

"Lama jugak. Sejak Adiy kanak-kanak lagi. Nakal tu kecik-kecik dulu." Mak Onah tergelak kecil mengenangkan kenakalan Shahin Adiy.

"Ye ke? Ceritalah sikit."

"Suka sangat menyakat Mak Onah. Yang Mak Onah tak boleh lupa, Adiy pernah suruh Mak Onah cerita hantu kat dia. Malam tu, dia pakai topeng hantu, datang mengusik Mak Onah kat bilik. sudahnya, kena ketuk dengan penyapu." Mak Onah ketawa besar bila teringatkan kenakalan Shahin Adiy.

"Tak sangka nakal jugak Adiy kecik-kecik dulu. Er... Mak Onah dah kenal lama ke dengan Datin?"

"Kalau dengan Datin, Mak Onah dah kenal lama. Sejak kecik lagi berkawan. Bapak dan Mak Mak Onah kerja dengan keluarga Dato' Hamzah, bapak Datin Fadhilah. Mak Onah tinggal di rumah arwah Dato' Hamzah kat Taman Melawati sejak kecik sampai la besar. Bila Datin kawin, Mak Onah ikut dia sampai sekarang."

Ayra mulai faham kenapa Datin Fadhilah tidak menyukainya. Wanita itu memang asal orang kaya. Datin Fadhilah pasti mahu menjaga statusnya. Tentu dia malu kalau saudara mara dan rakan-rakan dapat tahu dia mempunyai menantu orang miskin.

"Er, Adiy ke mana?" soal Mak Onah.

"Rehat kat bilik. Penat memandu."

"Cantik Ayra ni. Patutlah Adiy separuh gila masa Ayra tinggalkan dia dulu."

"Mak Onah pun tahu ke kisah tu?"

"Tahulah jugak sikit-sikit. Masa tu Mak Onah hanya dengar nama Ayra saja. Adiy yang selalu ceritakan pasal Ayra ni pada Mak Onah."

"Cerita pasal Ayra? Yang buruk ke baik?"

"Mestilah yang baik-baik. Dia tak pernah memburukan Ayra tau. Bertuah Ayra dapat memiliki hati Adiy. Kalau Ayra nak tahu, Adiy warisi perangai arwah Dato' Jamil."

"Ayra pernah sekali jumpa arwah. Orangnya baik. Tak sombong."

Mak Onah tersenyum. Patutlah Shahin Adiy cinta mati pada Ayra. Orangnya rendah diri, tak sombong dan pandai menghormati orang tua. Berbeza dengan calon tunangnya. Nadira bukan main sombong lagi. Mujurlah hubungan mereka sudah putus sekarang. Kalau tidak, meranalah Shahin Adiy mempunyai isteri seperti Nadira.

"Kak Onah, apa perempuan ni buat kat sini?"

Ayra dan Mak Onah dikejutkan dengan suara kasar Datin Fadhilah yang sedang bercekak pinggang. Panas hati Datin Fadhilah bila melihat Ayra berada di rumahnya. Matanya bulat mencerlung tepat ke wajah Ayra.

Ayra segera menghampiri Datin Fadhilah. Ayra menghulurkan tangan.

"Tak payah nak tunjuk baik depan aku. Aku tahu kau ni berlakon saja. Sebab nak pikat hati anak lelaki aku tu."

"Ayra bukan seperti yang mama fikirkan."

Mak Onah tidak mampu membela Ayra. Dia faham sangat dengan perangai Datin Fadhilah. Dia memang tak sebulu dengan orang yang tak sama taraf dengannya. Dia sering memandang rendah pada mereka. Tapi tidak pulak dengannya. Datin Fadhillah melayannya dengan baik.

"Aku dah bagitahu, jangan panggil aku mama. Aku tak pernah terima kau sebagai menanti aku."

Terkedu Ayra dengan cemuhan Datin Fadhilah. Hati wanita itu masih keras.

"Aku nak kau keluar sekarang dari rumah ni. Aku tak nak tengok muka kau lagi."

Ayra telan air liur. Shahin Adiy tiba-tiba muncul. Tidurnya terganggu bila terdengar suara bising dari tingkat bawah.

"Mama, Ayra ni isteri Adiy. Kalau mama halau Ayra, bererti mama juga halau Adiy. Kalau mama tak suka kami berada di rumah ni, baik, kami akan keluar sekarang!"

Terdiam Datin Fadhilah bila melihat kesungguhan Shahin Adiy membela Ayra. Dia tidak menyangka Shahin Adiy akan membela perempuan yang telah memerangkapnya dulu dan seterusnya membuatkan hidupnya sengsara.

Shahin Adiy terus menarik tangan Ayra ke bilik. Datin Fadhilah terduduk. Dia memandang Ayra dengan perasaan marah dan benci.

"Sabar Datin. Minum dulu. Biar sejuk hati tu." Mak Onah menghulurkan secawan teh kepada Datin Fadhilah.

"Aku tak sangka Adiy dah pandai melawan cakap aku." Datin Fadhilah mengurut dada, terkejut dengan tindakan Shahin Adiy.

"Datin halau isteri dia. Tentulah dia marah Datin. Ayra tu gadis yang sangat dicintainya. Datin pun tahu kan, macam mana keadaan Shahin Adiy dulu bila dia kehilangan Ayra. Dah macam orang separuh gila."

"Aku pun hairan, macam mana dia boleh sayang sangat dengan perempuan yang perangkap dia, yang cuba bunuh dia. Kalau bukan kerana ilmu hitam aku yakin Adiy tak akan pandang sebelah mata pun dengan perempuan tu."

Datin Fadhilah teringat cerita yang disampaikan Nadira. Dia yakin Nadira bercakap benar. Dia sudah menyaksikan perubahan sikap anaknya sekarang. Ayra dah buat Shahin Adiy tak hormat pada ibu sendiri.

"Datin, bukan Ayra yang perangkap Adiy. Mereka berdua jadi mangsa. Adiy ada beritahu pasal seorang perempuan yang merancang semua ni. Perempuan tu pun dah mengaku."

"Huh! Aku tak percaya. Ayra dan keluarga dia yang perangkap Adiy."

Mak Onah menghela nafas. Datin Fadhilah keras hati. Kalau dia dah benci seseorang, dia akan benci orang tu selama-lamanya.

"Janganlah sampai menghalau mereka. Benarkanlah mereka duduk di sini."

"Aku tak halau Adiy, aku halau perempuan tu saja. Aku tak mahu dia tinggal sini. Aku takut dia guna ilmu hitam atas kita semua pulak. Sudahnya, semua akan ikut cakap dia nanti."

"Entahlah. Tapi Datin sendiri dah dengar kan, kalau Datin halau Ayra, Adiy pun akan ikut sekali. Datin sanggup ke kehilangan satu-satunya anak lelaki Datin?"

Datin Fadhilah memicit-micit dahinya. Sakit kepalanya dengan sikap Shahin Adiy. Dia menyangka masalah dengan perempuan kampung itu sudah selesai. Tekaannya salah. Cerita antara mereka masih belum selesai. Datin Fadhilah tidak akan membiarkan Ayra merampas Shahin Adiy daripadanya.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now