Part 46

812 25 0
                                    

Usaha untuk melepaskan diri gagal lagi. Ayra meratap kesedihan. Peluang keemasan terlepas begitu saja.

'Mungkin aku ditakdirkan mati di sini.'

Semangatnya semakin hari semakin lemah. Terasa sudah putus asa kerana setiap kali mencuba, dia pasti gagal. Ayra bingung dengan apa cara lagi dia dapat keluar dari rumah besar tersebut.

Shahin Adiy! Semuanya di tangan Shahin Adiy. Selagi Shahin Adiy berkeras mengurungnya di situ, maka dia akan terus di situ selamanya. Perbuatan Shahin Adiy tidak akan dimaafkan selama-lamanya. Andai suatu hari nanti, Shahin Adiy sudah berubah sikap, menjadi lebih baik dari sekarang, pun dia tidak akan memaafkan Shahin Adiy yang telah menyeksa jiwa raganya. Hampir membuatkannya jadi gila!

Ayra berteleku di katil. Dia tidak pernah merancang untuk memerangkap Shahin Adiy. Dia tidak pandai hendak merancang perkara yang tak senonoh. Keluarganya juga tidak pernah merancang seperti mana yang dituduh Shahin Adiy. Namun, lelaki itu tetap beria-ia mempertahankan dakwaannya, konon semua ini adalah rancangan keluarganya untuk menjadi senang dengan jalan singkat.

Tak masuk akal! Ayra merengus! Dia membaling bantal ke dinding.

Hanya Raymond yang tahu perkara sebenar. Lelaki itulah yang telah datang ke rumah Ayra lalu melaporkan berita palsu konon Pak Sudin diserang angin ahmar di vila. Raymond pemegang segala rahsia! Pasti dia tahu perancang utamanya!

Ayra pejam mata. Dia tak bermusuh dengan sesiapa seingatnya. Dengan rakan sekelas hubungan mereka baik-baik saja, dengan jiran-jiran pun dia tak pernah bermasam muka.

Mungkin semua ni rancangan orang kampung. Menurut Mak Siti, dirinya sering menjadi bahan bualan orang kampung kerana rapat dengan Shahin Adiy. Mereka tidak suka dengan sikapnya itu. Mungkin, ada juga yang cemburu kerana dia berkawan dengan orang kaya.

'Tapi, takkanlah kerana itu sampai nak perangkap aku? Tak masuk akal!'

Hatinya melonjak-lonjak, tidak sabar hendak mencari Raymond! Sebaik sahaja dapat membebaskan diri, dia akan segera mencari lelaki itu untuk merungkai kemusykilan.

* * *

Ayra capai tuala yang tersangkut di balik pintu. Dia terus melangkah ke bilik air. Badan yang tidak bermaya harus disegarkan kembali dengan air.

Air yang jatuh di kepala menyegarkan seluruh tubuhnya. Agak lama dia duduk di bawah pancuran air sambil memikirkan nasib diri yang tiada kesudahan. Setelah badan menggigil kesejukan, barulah dia kembali ke bilik. Dia tarik baju yang terlipat kemas di dalam almari. Sehelai baju T dan seluar track dikeluarkan dari lipatan.

"Turun makan."

Suara Marcos kedengaran terlalu dekat ketika Ayra sedang menyarung baju. Ayra cepat-cepat membetulkan baju lalu menoleh ke belakang.

"Siapa benarkan kau buka pintu tanpa kebenaran?"

Ayra tidak suka dengan sikap Marcos yang menerjah masuk ke biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Pintu sudah terbuka."

Panas hati Ayra mendengar jawapan Marcos.

"Kejap lagi aku turun."

Marcos melangkah keluar. Ayra terus menutup pintu rapat lalu mengunci dari dalam. Geram campur marah!

Ayra yakin dia mengunci pintu sebentar tadi. Sebaik sahaja dia masuk ke bilik, pintu terus ditutup lalu dikunci. Itulah yang sering dilakukannya. Dia sentiasa berwaspada di dalam rumah memandangkan hanya dia dan Marcos sahaja yang ada.

Sesudah mengenakan tudung, Ayra terus melangkah keluar dari bilik. Perut sudah berkeroncong. Dia tak boleh biarkan perut kosong. Dia perlukan tenaga yang cukup. Tenaga untuk melepaskan diri.

Sebaik sahaja pintu dibuka, Ayra terdengar suara perempuan sedang berbual dengan Marcos. Suara tersebut cukup dikenalinya. Suara milik Datin Fadhilah.

Ayra melangkah menuruni tangga perlahan-lahan. Dia harus dengar isi perbualan mereka dengan lebih jelas. Namun belum sempat menjejakkan kaki di anak tangga, Datin Fadhilah sudah meminta diri.

Ayra terus berdiri kaku di situ, menanti Datin Fadhilah bergerak pergi. Dia berharap Datin Fadhilah mengarahkan Marcos supaya membebaskannya.

"Kenapa Datin datang?"

"Dato' kemalangan."

"Kemalangan? Di mana? Macam mana keadaan Dato' Jamil'?"

"KL. Datin fikir Adiy ada di sini."

"Adiy di KL, kan?"

Marcos mengangkat bahu.

Ayra hanya mampu berdoa agar kemalangan yang menimpa Dato' Jamil tidaklah seteruk mana. Walaupun dia membenci Shahin Adiy, namun tidaklah sampai dia ingin mendoakan keburukan ke atas keluarga mereka.

* * *

Sebelum Marcos mengetuk pintu menjemputnya turun sarapan, dia yang terlebih dulu meninggalkan bilik. Khabar Dato' Jamil dinanti sejak petang semalam.

Marcos tidak kelihatan di ruang tamu. Pintu utama terbuka. Marcos sedang berdiri di pintu pagar. Ada seorang lelaki bermotosikal menghantar makanan.

Sebentar kemudian Marcos melangkah masuk dengan dua bungkus makanan di tangan.

"Kau dapat khabar keadaan Dato' Jamil?"

"Dato' sudah meninggal ba malam tadi."

"Innalillah..."

Ayra terkasima dengan berita yang baru didengar. Dia menenangkan diri di sofa. Dato' Jamil telah pergi ke rahmatullah.

"Bila jenazahnya mau dibawa pulang?"

Marcos menjongket bahu. Dia sedang bersarapan dengan lahapnya seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. 

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now