Part 107

862 22 0
                                    

Ayra melangkah ke dapur setelah mendodoikan Haikal. Bayi tersebut tidur lena di dalam buaian di ruang tamu. Shahin Adiy juga tertidur di kusyen. Dia kepenatan memandu hampir dua jam.

"Mak masak apa?"

"Goreng sayur saja. Ada ikan dalam peti ais, sekejap lagi aku mau masak kicap."

Tangan Ayra pantas mencapai pisau lalu membantu Mak Siti menyediakan masakan tengah hari.

"Si Ayza kawin sama siapa mak?"

"Dengan Khairi. Anak Pak Mail."

"Oh, dengan Khairi. Dulu kuat bergaduh, sekarang sudah jadi isteri. Ayza muda lagi. Kenapa dia ndak sambung belajar?"

"SPM lingkup. Asyik bercinta saja, mana mau lulus. Bila Khairi masuk meminang, mak sama bapak kau terima sajalah. Buat kenduri kecil-kecil saja."

"Sudah jodoh mak. Janji mereka bahagia. Mereka tinggal di mana sekarang?"

"Di rumah Pak Mail. Pak Mail pun tinggal sorang saja sejak isterinya meninggal."

"Mak cik Nisah sudah meninggal?"

"Ya. Bengkak hati. Ndak sempat tengok anak tunggalnya berkahwin, Allah sudah jemput dia dulu."

"Ajal sudah sampai. Ndak boleh ditangguh lagi. Si Ayza di mana? Ayra rindu sangat pada dia ba."

"Si Ayza dengan suaminya pergi kebun, bantu bapak kau. Dapatlah sikit duit buat menyara keluarga."

"Aydil ke mana?" soal Ayra. Sudah hampir dua jam dia di rumah, bayang Aydil belum kelihatan.

"Ke kebun jugak. Cuti sekolah, dia ikut bapak kau."

"Bapak ndak jaga vila lagi?"

"Sudah lama kena pecat dengan Datin Fadhilah. Orang lain yang jaga vila tu sekarang. Sudah lama keluarga arwah ndak datang bermalam di vila tu. Nanti kau suruh Adiy pergi tengok. Kata bapak kau, orang yang jaga vila tu ndak jaga sungguh-sungguh. Lalang pun sudah meninggi ba."

"Baik mak. Nanti aku sampaikan pada Adiy. Dia ada jugak sebut mau tengok vila keluarga dia tu. Katanya sudah tiga tahun dia tak ke sana. Datin Fadhilah pun sejak berpindah ke semenanjung, sudah ndak datang sini lagi ya mak?"

"Mana ada. Tiada siapa pun yang datang. Bila kau mau pindah ke KL?"

"Insya-Allah kalau dapat, dua tahun lagi aku pindah KL."

"Tinggal sama ibu mentua kaukah?"

"Ndak pasti lagi. Kalau Datin sudah okey, sudah boleh terima aku, kami tinggal dengan dialah. Tapi kalau masih ndak okey, Adiy cadang mau beli rumah."

"Susah Datin mau terima kau. Dia orang berada. Kita ini siapa."

"Biarlah mak. Ndak ke mana harta menggunung yang diagung-agungkannya tu. Di sisi Allah, kita semua sama saja. Ndak ada yang bertaraf lebih tinggi dari yang lain kecuali ketakwaan."

"Walau macam mana Datin layan kau, jangan sesekali kau balas perbuatan dia tu dengan kejahatan. Kau kena buat baik dengan dia. Datin sudah jadi mak kau sekarang. Seteruk mana pun sikap Datin, dia tetap mak kau. Kau kena hormat pada dia. Aku doakan hatinya akan terbuka suatu hari nanti untuk menerima kau sebagai menantunya."

"Terima kasih mak."

"Ingat pesan aku tu."

"Baik mak."

* * *

Pak Sudin melangkah masuk ke dalam rumah. Hatinya tertanya-tanya milik siapakah Pajero yang tersadai di depan rumahnya. Dia tidak pernah melihat kereta tersebut sebelum ini. Aydil juga tertanya-tanya sama sepertinya.

"Siti, kereta siapa..."

Belum sempat menghabiskan soalan, mata Pak Sudin tertancap pada sesusuk tubuh terbaring di atas kusyen. Pajero tersebut milik menantunya.

Shahin Adiy terus terjaga dari tidur apabila terdengar suara bapa mentuanya. Pak Sudin dan Aydil tercegat di ruang tamu. Shahin Adiy terus bangun meninggalkan kusyen.

"Bapak sihat?"

Shahin Adiy terus bersalam dengan Pak Sudin dan Aydil.

"Alhamdulillah. Bila kau sampai?"

Shahin Adiy membelek jam tangan. "Dalam pukul sembilan pagi tiba di sini. Aydil apa khabar?"

"Sihat abang."

Aydil tersengih. Gembira dia dapat berjumpa dengan abang iparnya yang sudah lama tidak berkunjung. Dia sukakan abang iparnya itu kerana setiap kali balik, Shahin Adiy pasti akan membelikannya sesuatu. Dia suka dengan baju T, seluar jean, kasut dan raket badminton yang dihadiahkan oleh Shahin Adiy.

"Bapak!"

Ayra terus meluru keluar dari dapur apabila terdengar suara Pak Sudin. Lama menunggu kepulangan Pak Sudin, Ayra hampir mahu ke kebun namun dihalang oleh Mak Siti.

"Kau? Kau buat apa di sini?"

"Aku mintak maaf bapak."

Ayra memegang tangan Pak Sudin namun Pak Sudin lebih pantas menarik tangannya. Dia melemparkan pandangannya keluar, tak sanggup hendak melihat anak yang ditatangnya bagai minyak yang penuh telah berubah sikap sebaik sahaja berkahwin dengan lelaki kaya. Terus lupa asal usul.

"Bapak, kami ada hal nak cakap dengan bapak," ujar Shahin Adiy yang cuba menenangkan keadaan.

"Aku ndak mahu dengar. Kau bawak perempuan ni keluar dari sini segera."

"Abang, jangan halau anak kita." Mak Siti cuba membela. Dia tidak mahu kehilangan Ayra sekali lagi.

"Dia bukan anak kita. Anak sulung kita sudah mati."

"Bapak... jangan buat aku macam ni," rayu Ayra.

Shahin Adiy menarik tangan Ayra keluar dari rumah tersebut. Pak Sudin tengah naik angin. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku. Pak Sudin masih marah kerana dia menganggap Ayra sudah melupakannya. Sedangkan semua itu tidak pernah berlaku.

Shahin Adiy membawa Ayra ke VilaCahaya. Mereka akan tinggal di situ sehingga keadaan kembali tenang. ShahinAdiy berharap agar Mak Siti dapat menerangkan perkara sebenar kepada Pak Sudindan merungkai salah faham yang berlaku.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now