Part 2

3.7K 38 1
                                    

"Kenapa dengan kau ni? Macam tak sihat aje," tegur Suhaila.

"Muka aku macam orang tak sihat ke?"

Ayra meraba pipi dan dahinya. Cepat-cepat dia menghadap cermin bulat atas meja. Dia membelek-belek wajahnya. Nampak biasa saja!

"Lain macam aje kau sejak petang semalam. Tapi aku takut nak tegur. Kau ada masalah ke?"

Suhaila dapat membaca reaksi Ayra yang tampak kurang bercakap sejak petang semalam. Dia juga asyik mengelamun, seolah-olah ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya.

"Tak adalah. Aku okey apa."

Ayra membetulkan selendang yang dipakai. Beg galas dan fail atas meja segera dicapai.

"Jomlah. Dah pukul 7.30 ni."

Ayra terus menuju ke muka pintu, enggan mengulas komen yang baru keluar dari mulut Suhaila. Walaupun mereka baru saja kenal, hanya beberapa bulan sahaja, namun Suhaila sudah pandai meneka apa yang bermain jauh di sudut hatinya. Suhaila seolah-olah tahu yang dia sedang menyembunyikan sesuatu.

Suhaila cepat-cepat menyapu gincu di bibirnya yang mungil.

"Tunggu aku kat luar."

Ayra menarik daun pintu. Matanya terus melekat pada pintu bilik yang bertentangan dengan biliknya. Pintu bilik penghuni di hadapan dan di kiri tertutup rapat.

Ayra menyandar di dinding konkrit asrama. Fail kemas dalam pelukan. Matanya terpejam rapat. Sepotong ayat yang mengganggu hati dan perasaan terus berlegar di kepala. Siapakah yang menghantar komen tersebut? Ayra terus berteka-teki. Dia menggigit bibir. Langsung tak boleh meneka pengirim komen misteri itu.

Bingung! Semalaman dia sukar tidur memikirkan komen tersebut!

Ayra tidak mampu menolak ke tepi atau membiarkan sahaja komen tersebut. Dia telah cuba untuk tidak mengingati komen tersebut namun gagal. Sebaik terbaca komen tersebut, dia cepat-cepat memadamkannya dan terus menutup komputer riba. Keresahan bermain di fikiran. Dia terus meninggalkan tepian tasik dan kembali ke asrama.

Sampai sahaja di bilik, Ayra terus merebahkan diri atas katil. Rakan sebiliknya, Suhaila masih belum pulang. Suhaila dan rakan-rakan yang lain ke pasaraya Giant berhampiran The Lost World Of Tambun untuk membeli barang keperluan. Elaun baru masuk. Kursus interaksi pula baru bermula. Selama dua minggu semua guru LPBS (Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah) akan berkampung di institut perguruan ketika semua guru-guru dan murid-murid sedang menikmati cuti persekolahan.

Terasa kepala otaknya seperti hendak pecah memikirkan komen yang melampau itu. Dia amat berharap pengirim komen tersebut tersilap menghantar komen ke blog Mawar.

Ayra menghela nafas berat.

"Eh Ayra, mengantuk lagi ke?" sapa Aisyah yang menghuni bilik bertentangan.

Aisyah tertunduk-tunduk di muka pintu. Dia sedang menyarung kasut. Calon-calon guru tidak boleh memakai kasut sembarangan. Mereka harus memakai kasut yang bertutup depan dan belakang.

Mata Ayra terus terbuka.

"Tak adalah. Saja berangan. Dira dah siap?"

"Tengah bersolek lagi tu ha... Ila?"

"Nak siap dah. Kejap lagi keluar la tu."

"Eh, Iqa dah bangun ke?" soal Aisyah.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now