Part 44

824 24 0
                                    

Ayra terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi bising di luar. Dadanya berombak. Dia memasang telinga. Kedengaran suara Shahin Adiy sedang bertekak dengan seseorang.

Mak? Suara tersebut persis suara seorang wanita yang amat dirinduinya. Ayra segera mencapai getah rambut atas katil. Rambutnya yang lurus dan panjang melepasi bahu segera diikat kemas. Ayra berlari menuruni tangga. Dia sudah tidak sabar lagi hendak bertemu dengan emak. Pasti emak tidak datang bersendirian. Hatinya berbunga-bunga.

Namun, sebaik sahaja kakinya memijak anak tangga terakhir, sepasang mata memandang tepat ke mukanya. Keadaan menjadi senyap sunyi tiba-tiba.

"Kau siapa?"

Wanita yang sudah berumur namun bergaya sakan mengajukan pertanyaan. Ayra kaget. Mana pergi suara emak? Ayra mengetap bibir.

"Kenapa diam? Kau?"

Ayra terkulat-kulat memandang wanita itu. Dia pernah melihat wanita itu, tapi di mana? Otakknya ligat berfikir.

Shahin Adiy yang sedang duduk di sofa tertunduk ke lantai. Dia menyeka rambutnya. Habis!

Kau bawa perempuan tinggal dengan kau?"

Suara wanita tersebut bernada tinggi. Mukanya serius. Matanya bulat memandang ke arah Shahin Adiy.

'Ya Allah, baru aku ingat! Mama Adiy!' Ayra sudah cam wajah wanita itu. Dia pernah melihat wajah Datin Fadhilah. Semasa di vila untuk makan malam, Datin Fadhilah turut ada ketika itu. Secara luarannya, Datin Fadhilah seorang yang kurang mesra. Dia tak banyak cakap. Senyuman juga sukar terukir di bibirnya.

"Dia... dia..."

Adiy bingung. Dia tidak berani untuk berterus-terang pada Datin Fadhilah. Ibunya pasti mengamuk jika tahu perkara sebenar. Datin Fadhilah bukan seorang ibu yang boleh menerima apa sahaja yang dilakukan anaknya. Dia suka mengatur kehidupan anak-anaknya.

"Kenapa kau cari perempuan lain? Kau kan dah ada Elisya. Kalau Elisya tahu kau ada perempuan simpanan, tentu dia kecewa. Hubungan mama dengan Puan Jenny juga akan renggang!"

"Saya bukan perempuan simpanan!"

Ayra terus membela diri. Berdesing telinganya dengan tuduhan Datin Fadhilah yang tak berasas. Datin Fadhilah terkulat-kulat memandang ke arah Shahin Adiy. Dia menagih kepastian. Shahin Adiy hanya menggarukan kepalanya. Datin Fadhilah bingung.

"Anak Datin yang kurung saya di sini!"

Ayra berterus-terang. Inilah peluang untuk melepaskan diri, dengan berterus terang pada Datin Fadhilah tentang tindakan Adiy yang tak masuk akal dengan mengurungnya di situ.

"Kau diam!" bentak Adiy yang naik berang dengan mulut lancang Ayra. Habis rancangannya kalau Datin Fadhilah masuk campur.

"Aku cakap yang betul!"

Ayra membela diri. Datin Fadhilah harus tahu perkara yang sebenar.

"Kau masuk bilik sekarang!"

"Datin harus tahu hal ni!"

"Marcos, bawak perempuan ni ke bilik!"

Marcos muncul dari luar rumah. Dia terus menarik tangan Ayra. Ayra meronta. Namun dia tidak mampu melawan kekuatan Marcos.

"Anak Datin jahat! Dia kurung saya di sini!"

Ayra masih sempat bersuara ketika Marcos mengheretnya di tangga. Marcos terus mengheretnya hingga ke bilik. Badannya di tolak ke katil. Belum sempat bangun, pintu sudah ditutup dan dikunci dari luar.

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now