Part 23

866 24 0
                                    

"Maaf, saya tak kenal awak."

Ayra terus menutup paip air. Dia cuba mengatur langkah. Shahin Adiy harus ditinggalkan segera. Lelaki itu adalah lelaki sama yang pernah muncul dalam hidupnya. Beberapa tahun dia menyembunyikan diri, akhirnya mereka bertemu juga. Sesuatu yang tak dijangka akan berlaku kerana mati-mati dia menyangka lelaki itu sudah tidak bernafas lagi.

Langkah Ayra terhenti apabila tangan kanannya dipegang!

"Kau dah tak kenal aku?"

Shahin Adiy ketawa menyindir. Tangan Ayra digenggam erat. Sudah lama dia menantikan detik pertemuan ini.

"Tak! Lepaskan tangan saya sekarang! Kalau tidak saya akan menjerit sekuat hati."

Ayra cuba melepaskan pegangan kuat Adiy. Dia enggan mengaku. Kalau dia mengaku, padah akan menantinya nanti. Shahin Adiy mungkin akan membalas dendam ke atasnya.

"Aku takkan lepaskan kau kali ni."

Shahin Adiy tetap yakin Ayra adalah wanita yang sama yang telah ditakdirkan untuknya. Walaupun Ayra cuba menukar perwatakan dan gaya bahasanya, Shahin Adiy langsung tidak tertipu dengan penyamaran Ayra itu. Ayra tak mungkin dapat mengelakkan diri daripadanya lagi. Dia juga akan pastikan Ayra takkan mampu menyembunyikan dirinya lagi.

"Apa masalah awak? Saya tak kenal awaklah!"

Ayra masih ber'awak' dan 'saya' walaupun Adiy ber'aku' 'kau' saja. Sama seperti dulu. Ayra terus berusaha melepaskan diri daripada Adiy. Pelanggan yang hendak mencuci tangan terpinga-pinga melihat adegan yang sedang berlaku. Mereka berbisik-bisik. Tak kurang jugak yang memandang sinis dengan ekor mata. Meluat mungkin!

"Aku tak kisahlah kau kenal aku ke tak. Yang penting aku dah jumpa kau. Dan aku tak akan lepaskan kau kali ni. Dan kau jangan harap dapat lepaskan diri dari aku kali ni!"

"Maaflah, saya tak kenal pun awak ni siapa!"

Shahin Adiy hanya ketawa dengan lakonan Ayra.

"Mudahnya kau lupa semua yang dah berlaku."

Shahin Adiy mencerlung tajam. Dia yakin Ayra hanya berpura-pura tidak mengenalinya. Mungkin Ayra ada sebab tersendiri untuk tidak mengaku. Biar apa pun alasan Ayra, dia takkan mudah percaya. Sebab dia yakin seratus peratus, insan yang dicarinya selama ini kini berdiri di depan mata.

"Dira datang tu! Lepaskan tangan aku!"

Ayra mengetap gigi. Shahin Adiy segera melepaskan cengkamannya bila melihat Nadira sedang menghala ke arah mereka. Dia tidak mahu mengundang masalah dengan Nadira. Kalau dijelaskan kedudukan sebenar antara dia dan Ayra, pasti Nadira tidak menerima takdir yang sudah tertulis itu.

Ayra cepat-cepat meninggalkan Shahin Adiy. Dia berselisih dengan Nadira. Mereka sekadar membalas senyuman. Ayra terus kembali ke tempatnya. Dean masih menjamu selera.

"Muka pucat je. Kenapa?"

Dean menyentuh dagu Ayra. Ayra segera menepis tangannya. Tiada senyuman di bibir gadis itu. Mukanya kelat.

"Jom."

Ayra mencapai tisu atas meja. Dia mengelap tangannya yang basah.

"Banyak lagi ni. Tak elok membazir. Makan dulu."

"Aku tak ada selera."

"Tapi aku masih berselera."

Dean nganga mulut. Dia menggigit ayam goreng penuh berselera. Ayra pandang saja. Langsung tak ada selera. Dia mengerling ke tempat mencuci tangan. Nadira sedang berbual dengan teman lelakinya.

"Kau makanlah. Aku nak ke Giant dulu."

Ayra berdiri. Dia mengambil beg tangan.

"Tunggulah aku dulu."

"Giant dah nak tutup ni. Kau makanlah dulu."

Ayra tergesa-gesa meninggalkan restoran KFC. Dia terus menuju ke ruang masuk Giant. 

p/s : please read, voted and share. TQ :)

Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)Where stories live. Discover now