Syamila Aqilah menghampiri Datin Fadhilah yang sedang termenung jauh di tempat rehat kegemarannya. Jika ada masalah, di situlah tempat dia selalu menenangkan diri.
"Assalamualaikum mama."
Syamila Aqilah mencium tangan Datin Fadhilah.
"Eh, dah sampai. Mana Chitah dengan Haziq?"
Datin Fadhilah tercari-cari cucu kesayangannya, Masyitah dan Haziq. Tiga hari mereka balik kampung, rumahnya terus jadi sepi tanpa suara kanak-kanak menangis dan menjerit-jerit keriangan.
"Tidur dalam kereta. Abang Syam angkat sorang-sorang bawa masuk."
"Cucu mama sihat?"
"Chitah sihat. Haziq selsema. Baru kena." Syamila Aqilah melabungkan punggung di kerusi bersebelahan Datin Fadhilah.
"Dah bagi makan ubat?"
"Dah mama. Adiy belum balik?" soal Syamila Aqilah. Tidak kelihatan Honda Jazz di garaj.
Raut wajah Datin Fadhilah terus berubah. Hatinya sayu bila teringatkan perbuatan Shahin Adiy yang menyebelahi Ayra.
"Betul ke dia nak balik hari ni?"
"Betul ma. Dia cakap dengan Sya hari ni nak balik. Agaknya dia pergi hantar Ayra balik Kuala Kangsar dulu."
"Elok-elok dah berkawan dengan Dira, putus! Nak jugak perempuan tak guna tu." Datin Fadhilah membebel.
Dia masih belum dapat menerima perbuatan Shahin Adiy yang memutuskan hubungannya dengan Nadira, anak kawan baiknya semasa di universiti. Malu dia hendak bersemuka dengan Puan Haslina. Dia yang beria-ia hendak menyatukan anak-anak mereka, alih-alih Shahin Adiy buat perangai saat pertunangan hendak dilangsungkan. Pada mulanya Datin Fadhilah sendiri tidak tahu penyebab Shahin Adiy menarik diri. Setelah Nadira menghubunginya, barulah dia tahu punca sebenar. Sudah dua kali rancangannya hendak menyatukan Shahin Adiy dengan anak teman baiknya gagal. Pertama sekali, dia cuba menyatukan Shahin Adiy dengan Elisya, anak Datin Jenny. Tapi bila Elisya dapat tahu Shahin Adiy sudah bernikah, dia lantas menarik diri. Elisya terus ke luar negara kerana kecewa dengan tindakan Shahin Adiy.
"Ye ke mama halau perempuan tu?"
"Perempuan macam tu mana boleh tinggal sini. Mama bimbang nanti kita semua terkena ilmu dia."
"Tapi ma, Adiy sayang sangat dengan dia. Tengoklah, dia sanggup tinggalkan mama demi perempuan tu."
"Mama pun tak faham dengan perangai adik kau tu. Dia lupa terus apa yang perempuan tu dah buat pada dia."
"Betul ke mama nak singkir perempuan tu?"
"Betullah. Kau ingat mama main-main ke?"
"Sya ada caranya."
Syamila Aqilah terus memberitahu rancangannya. Dia berharap Datin Fadhilah akan setuju dengan rancangan yang telah diaturnya.
"Kau yakin menjadi ke?"
"Mesti menjadi ma."
Datin Fadhilah menarik nafas. Gembira! Dia sudah dapat jalan hendak menghalau menantunya dengan cara yang tak akan disedari oleh Shahin Adiy. Syamila Aqilah akan membantunya menjayakan rancangan tersebut.
* * *
"Dira ada kat rumah. Kalau tidak, boleh abang singgah." Ujar Ayra.
Kereta Nadira tersadai di garaj. Dia tidak mahu menimbulkan perbalahan dengan menjemput Shahin Adiy ke dalam.
"Abang faham. Abang gerak dulu."
"Abang hati-hati memandu."
"Insya-Allah. Ayra carilah rumah sewa cepat ye. Mintak bantuan cikgu-cikgu kat sekolah. Dah ada rumah sewa sendiri, senang."
"Susah nak dapat rumah dekat dengan sekolah abang."
"Jauh pun tak apa. Soal kenderaan jangan risau. Ayra ada lesen memandu, kan?"
"Ish, mana ada."
"Tak pelah, nanti abang daftar Ayra kat sekolah memandu. Ada kenderaan sendiri senang nak ke sekolah. Tak payah nak menumpang dah."
"Dah, dah. Kita bincangkannya nanti." Ayra sudah lama berhajat hendak memiliki lesen memandu. Namun keadaan belum mengizinkan.
"Abang geraklah sekarang. Mama tengah tunggu abang tu."
Ayra mencium tangan suaminya. Sedih pula rasa di hati bila mahu berpisah dengan Shahin Adiy. Dia tidak pernah merasai perasaan sedemikian sebelum ini. Mereka akan berpisah selama seminggu. Hari Jumaat depan barulah mereka akan berjumpa semula.
p/s : psst.. apakah rancangan syamila aqilah dan datin fadhilah?
20 vote please... :)
YOU ARE READING
Mak Datin, Isteri Cikgu (Tajuk Asal : Sebalik Senyuman)
RomanceAyra dihantui mesej misteri dari seseorang yang tak dikenali. Namun pengirim mesej tahu kisah silamnya. Kisah silam yang ingin dilupakan Ayra sehingga membawa dia merantau dari Sabah ke Semananjung, dengan harapan dapat memulakan hidup baru. Adiy ya...