"Hani..."
"Hani..."
"Hani..."
"Apa dia Cik Nasuha Cassandra oiiii???!!!" tanya Hani Wardina kepada kawan baiknya itu dengan nada kegeraman.
"Lek-lek lah Hani..." gadis berpurdah itu tersenyum manis di sebalik purdah yang dipakainya.
"Kau nak apa Suha? Hah? Tak penat ke asyik panggil nama aku ni? Aku tahulah nama aku sedap disebut. Hani Wardina gituu" tanya Hani acuh tak acuh. Buku-buku dimasukkan ke dalam beg sandangnya.
"Hari ni kita balik lewat eh? Kau teman aku" pinta Suha.
"Apasal pulak?"
"Aku nak pergi library kejap. Nak siapkan assignment. Esok dah kena hantar" balas Suha seraya mengemas buku-bukunya lantas dimasukkan ke dalam begnya.
"Tapi hari ni aku nak-"
"Kau nak pergi Baskin Robbins kan?" tebak Suha dengan nada yang mendatar. Tahu sangat yang Hani peminat setia Baskin Robbins.
"Bingo!!!"
"Alah hari ni je...kau ni lebihkan Baskin Robbins lagi daripada kawan baik kau ni. Sampai hati..." Suha seperti berjauh hati dengan Hani. Hakikatnya tak pun.
"Eh eh kau ni! Hmmm...yelah yelah tapi hari ni je" akur Hani. Tanpa menunggu lama Suha terus menarik Hani ke perpustakaan.
Mereka telah berkawan sejak sekolah rendah lagi jadi tidak pelik untuk melihat mereka yang sentiasa bersama.
"Hi Suha!"
Suha dan Hani yang berada dalam kedai Baskin Robbins itu kelihatan terkejut melihat kehadiran jejaka kacak itu. Suha mengundurkan ke belakang. Dia berasa agak tidak selesa dengan kehadiran jejaka itu.
"Assalamualaikum" sindir Hani.
"Waalaikumussalam" jejaka itu berdecit perlahan sebelum matanya terarah pada gadis berpurdah itu.
Bersinar-sinar mata jejaka itu memandang Suha. Suha terus melarikan matanya ke arah lain. Tidak selesa.
"Suha...kenapa abi awak tak terima pinangan saya?" lirihnya.
"Maaf"
"Awak tak suka saya ke?"
"Faris Qairil, kau dengar sini eh...Kalau kau nak dia, ubahlah perangai kau yang tak guna tu. Kau ingat abi Suha akan terima kau ke kalau perangai kau still lagi teruk. Mak bapak mana yang boleh terima menantu kaki perempuan? Kaki club malam?" sinis Hani.
"Lepas kahwin aku berubahlah" balas Faris selamba.
Apa dia ingat kahwin ni benda main-main ke bahalul?
"Aku bukan kenal kau sehari dua Faris. Aku kenal kau sejak sekolah rendah lagi. Kalau perangai pun tak semengah jangan mimpilah nak perempuan macam Suha jadi bini kau" bidas Hani.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...