Selesai sahaja menyarungkan jubah yang blouse itu,Suha mengunakan hair dryer untuk mengeringkan rambut panjangnya.Nanti lepas solat jumaat barulah dia pakai jubahnya.
Sedang Suha mengeringkan rambutnya,bunyi pintu bilik air dibuka.Terjegul kepala Ian yang baru selesai mandi.
Mata Suha membulat apabila melihat Ian hanya mengenakan tuala yang dililit pada pinggangnya.Dengan rambutnya yang masih belum kering sepenuhnya...Ian nampak emm seksi.
Mata mata!marah Suha kerana ralit memerhati suaminya itu.
Dia terus mengalihkan matanya ke arah lain tatkala matanya bertembung dengan mata suaminya itu.
Pipi membahang panas.Malu.Lebih-lebih lagi lepas apa yang berlaku semalam.Aduhh malu lah!
"Sayang~"pinggang Suha dipeluk daripada belakang oleh Ian.Suha meneguk beberapa kali air liurnya.Berdebar kerana Ian memeluk erat pinggangnya sambil meletakkan dagunya di atas bahu Suha.
"Pergilah pakai baju"suruh Suha tanpa memandang Ian yang asyik merenungnya melalui biasan cermin di hadapannya.Tangannya cuba merungkaikan pelukan pada pinggangnya namun tidak berjaya.
Akhirnya Suha mengalah.Hanya dibiarkan Ian memeluk erat pinggangnya.
Leher Suha yang terdedah itu dicium sekilas.Eiii geram nak gigit.
"Ahh sakit lah!"tangan Suha melekat pada tempat yang dicium oleh Ian.
"Hah?Sakit?"tangan Suha dialihkan.Kelihatan leher Suha yang dipenuhi dengan lovebite yang kemerahan-merahan.Ian tersengih tidak bersalah.Padahal dia yang buat.Dasar suami.
"Sorry sayang..."dikucup sekilas pipi Suha.
"Sokaylah..."lengan sasa Ian dielus lembut.
"Kesian sayang abang ni.Mesti sakitkan"orang gila je cakap tak sakit.Aduhh apa punya soalan lah Ian oii😒
"Nanti saya sapulah ubat.Hilanglah nanti"balas Suha.Mata Suha melihat merah-merah pada lehernya.Dia menelan air liurnya.Ni kalau ada orang nampak ni mati aku.Aduhh nasib baik aku pakai tudung kalau tak memang konfem kena bahan.
Ian merenung manja wajah Suha.Dia mengukirkan senyuman manisnya.
"Kenapa awak senyum ni?"
"Thanks"
"Thanks?For what?"tanya Suha polos.Ian menahan diri daripada ketawa.
"For last night"pipi Suha dikucup lama."Last night?Ouhhh...okay"bodohlah kau ni Suha.Dia baru teringat pasal hal semalam.Ishhh buat malu je.
Wajah Suha mula membahang kerana malu.Ian tersengih melihat Suha sedemikian."Eiii sayang ni comel tau tak!"pipi Suha dikucup berulang kali.Geram.
"Ehh stop lah.Abang pergilah pakai baju.Saya nak keluar dah ni.Dah lewat sangat ni.Apa pulak kata orang kampung nanti"pelukan Ian dirungkaikan.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...