33🌺

10.1K 337 57
                                    

"Halo my beloved cousin~~"

Yuhanis memasuki rumah banglo dua tingkat milik bapa saudaranya itu.Suha yang sedang bermain dengan bayinya terus tersentak melihat sepupunya berada di situ.

Dia berasa tidak sedap hati melihat kehadiran Yuhanis.Dengan hanya dia dan Ayden sahaja di rumah pada ketika itu menambahkan lagi perasaan bimbang di hatinya.

Semua orang pergi ke rumah Mak Ngah kerana ada majlis makan-makan.Suha tidak pergi kerana keadaannya yang masih tidak mengizinkan.

"Kau nak apa?"

"Amboii tak suka ke aku datang melawat kau kat sini?Kau tak rindu aku ke,Suha?"Yuhanis duduk di sebelah bayi Suha dengan selambanya.

Nasib baik tak diduduk atas Ayden.Minah senget ni bukan boleh jangka sangat.Kepala otak tak center so paham-paham jelah.

Suha hanya diam sahaja.Malas nak bertekak dengan Yuhanis.

"Ni ke anak haram kau tu?"Yuhanis mencengkam kepala Ayden.Lalu digoyangkan ke kiri dan kanan.

"Ya Allah!Kau ni dah kenapa Anis?!"Suha menolak kasar tangan Yuhanis yang mencengkam kepala anaknya.Ayden mula menangis kerana terkejut dengan perlakuan mamanya.

Yuhanis hanya berlagak biasa.Seperti tidak kasihan langsung melihat bayi kecil itu.

Dengan pantas Suha meletakkan Ayden di pangkuannya.Dipeluk erat tubuh kecil Ayden yang mula menangis kuat.

"Anak haram kau ni macam manusia jugak eh?Boleh nangis?Aku ingatkan tak boleh tu yang aku nak test sikit"tutur Yuhanis selamba.

"Oh ya!Sebelum aku terlupa ye.Nanti 'kawan-kawan' kita nak datang melawat kau.Maybe esok pagi.Yelah 'kawan' dah dapat anak ekspres kan...takkan tak nak datang melawat"sinis sahaja Yuhanis berbicara.

"And one more thing... Faris pun nak datang jenguk kau jugak.Btw Faris Qairil dah jadi milik aku.Kau, perempuan kotor jangan berani nak rampas Faris daripada aku.Kalau tak mampus anak haram kau ni aku kerjakan!"cerlung Yuhanis.

"Kalau kau dah takde apa-apa nak cakap,sila angkat kaki kau dari rumah aku sekarang jugak!"tegas Suha.

Sungguh hatinya bagai disiat-siat mendengar gelaran yang diberikan kepada anaknya itu.ANAK HARAM?

Memang Ayden anak yang tak sah taraf tapi dia tak salah... Tolong jangan panggil Ayden anak haram.Hatinya sangat sakit mendengar perkataan hina itu.

"Laaaa marah ke?Aku cakap je...Lagipun memang betul yang anak kau ni anak haram!!!"kata Yuhanis dengan kuat.

"Get out from my house right now!!!"

Dengan muka yang kemerah-merahan gara-gara menahan marah,Suha menghalau Yuhanis dari rumahnya.Lantas gadis seksi itu melangkah pergi seraya melemparkan senyuman sinisnya ke arah Suha.

"Anak mama...maafkan mama"tangis Suha.Dia cuba menenangkan Ayden yang semakin kuat menangis itu.

*****

Seperti yang sudah diberitahu oleh Yuhanis,'kawan-kawan'nya sudah tiba.

Kalau diikutkan mahu sahaja Suha menghalau mereka semua namun mereka ialah tetamu.Tetamu tidak elok dihalau sebaliknya mesti dihormati.

"Hi Suha...bersalin jugak kau eh?"Qyra bersuara.Gadis berambut perang itu tersenyum sinis.

"Ni haa aku ada beli barang baby kat kau.Yelah takkan nak datang dengan tangan kosong kan"Erin meletakkan barang-barang bayi yang dibelinya ke atas meja.

"Tu anak kau ke?"mata Suri terpaku pada bayi comel di pangkuan Suha.Mata galak milik okAyden yang berwarna kelabu itu menikam mata Suri.

"Wehhh comelnya anak kau Suha!"tiba-tiba sahaja Suri menjerit teruja.Lebih-lebih lagi apabila Ayden tersengih.Fangirl terus si Suri ni!

"Suri... behave"Yuhanis menjeling tajam ke arah Suri.Suri terus terdiam.Kalau Suri ni duk fangirling kat bayi tu rosaklah rancangan dia nak sakitkan hati Suha.Busuk betul hati kau Yuhanis.Bilalah kau nak mampus?Cepat-cepatlah mampus!

"Sayang...I rasa nak kahwinlah cepat-cepat.Nak baby jugak.Tapi yang sah lah.Tak naklah yang #haram punya macam Suha tu"rengek Yuhanis seraya memeluk erat lengan Faris yang asyik memandang ke arah Suha sejak daripada tadi.

"Hah?Hah?"Faris terpinga-pinga.

"You ni kan!"

"Apa I dengar lah.You nak kahwin cepat-cepatkan.Tapi tunggu kita habis belajar lah dulu.Ye sayang?"pujuk Faris sambil mencuit dagu Yuhanis.

Geli geleman Suha mendengar butir bicara mereka berdua.Eiii geli lah!

"Aku dengar kata yang kau akan kahwin lepas habis pantang.Betul ke?"Erin dah start dah dia punya kepochi.




















K done🌸
Ada sesape yg rasa nak bunuh Yuhanis tak?

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now