"Baby,cepatlah keluar.Mama nak tengok muka baby.Mesti comelkan macam mama"perutnya yang masih kempis itu diusap perlahan.
Secara perlahan-lahan Suha mencuba untuk menerima janin yang sedang membesar dalam rahimnya itu.
"Ke muka baby ikut muka papa?"Suha mengeluh berat.Sakit hati mula menerpa dirinya.
"Siapa pun dia,aku tak nak kenal dia"monolog Suha perlahan.
Sebenarnya sudah hampir seminggu Suha tidak datang ke universiti.Esok dia akan flight ke Kanada.Pakaian semua sudah dikemaskan.Sayu pula terasa kerana dia akan meninggalkan Malaysia buat sementara waktu.
"Kakak..."pintu biliknya dibuka oleh Naura.Tanpa was-was Naura melangkah ke katil kakaknya sebelum merebahkan badannya di sebelah kakaknya itu.
"Ni dah kenapa?Tiba-tiba datang bilik akak?Selalunya duk lepak dalam bilik Abang Yad"tanya Suha kepelikkan.
"Adik nak tidur dengan akak.Esokkan akak dah kena flight ke Kanada so biarlah adik spend time dengan akak.Ni anak buah adik sihat tak??"telapak tangan Naura melekat pada permukaan perut Suha.
Suha tersipu malu.
"Sihat je..."balas Suha seraya ketawa kecil.
"Adik... kakak mintak maaf ye.Mesti adik susahkan kat sekolah"pohon Suha tiba-tiba.
Naura tersenyum kecil."It's okaylah.Biarlah orang nak mengata pun yang adik tahu kakak tak salah.Adik percayakan kakak so stop lah rasa bersalah"tutur Naura dengan lembut seraya mencium sekilas pipi kakaknya.
Suha tersenyum manis.
"Thanks adik.Kakak sayang adik sangat-sangat"
"Adik pun sayang kakak jugak.Dahlah jom tidur.Ibu mengandung tak elok tidur lambat"usik Naura.
Naura menyuruh kakaknya agar segera tidur memandang sekarang sudah lewat.
"Yelah yelah"alah Suha.
*****
Jimin memandang permandangan di luar kota.Dia mengeluh lemah.Entahlah...dia cuma rasa yang hatinya kosong.
"Jimin,sebelum kita balik ke Korea,kita akan ambil flight ke Malaysia dulu.Sebab flight ke Kanada terus dah habis"beritahu Taehyung kepada Jimin. Sebenarnya sekarang mereka berada di Paris kerana ada urusan kerja dan esok mereka akan berangkat ke Kanada untuk dua hari sahaja.
"Emm...ok"balas Jimin perlahan.
"Kau ni dah kenapa? Serabut semacam je aku tengok kau ni?Kau ada masalah ke?"tanya Taehyung risau.
Taehyung melabuhkan punggung di sebelah kawan baiknya itu.
"Aku...aku..."
Taehyung setia menunggu bicara dari bibir Jimin.
"Perempuan tu.Perlu ke aku cari dia?"Jimin meraup kasar wajahnya tanda dia betul-betul serabut.Dia cuba untuk tidak memikirkan perempuan itu namun bayangan perempuan itu terus menghantui hari-hatinya.
Rasa macam bersalah pun ada sekarang ni.
"Macam nilah Jimin...Aku rasa kau kena cari dia.Selagi kau tak jumpa dia...aku tak rasa kau akan tenang.So ada baiknya kau pergi cari dia"nasihat Taehyung seraya menepuk perlahan bahu jejaka kacak itu.
"Tapi...kalau aku jumpa dia nanti,apa yang aku kena buat?Mintak maaf?Kau rasa dia nak ke maafkan aku ni?Aku yang rosakkan masa depan dia.Nak ke dia maafkan ni?Konfemlah dia dah benci aku"
"Kau tak takut ke?"
Tiba-tiba sahaja Taehyung tersenyum nakal.Dia siap menyongol lagi lengan Jimin.
"Takut? Takut sebab?"
"Andai kata sebab perbuatan kau,dia mengandung macam mana?"
Jantung Jimin ibarat berhenti berdegup.Jika perempuan itu mengandung apa yang harus dia lakukan.
Menjadi seorang bapa pada usia muda bukanlah pilihannya.
*****
"Kalau dia betul-betul mengandung,apa aku perlu buat?"permandangan awan tingkap kapal terbang dipandang tanpa jemu.
"Jimin,cuba kau rilex sikit.Aku cakap andai kata bukannya betul pun.Dahlah kua tak payah pikir apa yang aku cakap semalam"kata Taehyung.
Menyesal pulak dia kerana membawa naik persoalan itu.
"Masalahnya kalau betul lah dia mengandung...aku nak buat apa?Dengan aku tak pakai protection haihhhh memang risaulah aku!Aku taknak jadi ayah lagi.Aku masih muda"rengus Jimin.Selalunya setiap kali dia bersama dengan mana-mana perempuan,dia akan memakai protection tapi kali ni kes lain pulak.
"Kau ni kan.Kalau kau rasa nafsu kau tu tak boleh nak kawal sangat...silalah kahwin cepat-cepat"ujar Taehyung selamba.
Yelah Jimin punya nafsu tu dah macam....hah sambung sendiri.
"Kahwin?Awal lagi untuk aku kahwin.Lagipun aku nak enjoy dulu"getus Jimin.
Apa kes aku nak kahwin dengan aku yang masih muda tang-tang.
"Enjoy kepala hotak kau!Enjoy ke benda kau duk tidur dengan perempuan-perempuan tu.Eii geli tau tak"tempelak Taehyung.
Taehyung menggelengkan kepalanya.Dia hanya pergi ke kelab malam dan minum tetapi dia memang tidak pernah meniduri mana-mana perempuan.
"Tu orang panggil nikmat dunia"Jimin tersenyum nakal.
"Nak sangat nikmat dunia? Pergilah kahwin"gelak Taehyung.
"Emm Tae,kalau betul dia mengandung macam mana?Takkan aku kena tanggungjawab?"
"Kau suruhlah dia gugurkan kandungan tu"cadang Taehyung selamba.
"Kau nikan nak kata bodoh kang... kau bijak!Tae,aku tak gila lagi nak bunuh bayi tu.Lagi satu...aku tak rasa yang dia akan gugurkan bayi tu"dengus Jimin.
Terdengar kekehan dari bibir Taehyung."Mana kau tahu?And one more thing...sayang jugak kau kat bayi tu"sakat Taehyung.
"Kau ni kan!Ye aku tahu yang aku ni bukanlah baik sangat tapi... gugurkan?? Totally not.Lagipun bayi tu tak salah apa-apa pun.Aku yang salah..."balas Jimin.
"Yeke?Ke kau dah tangkap cintun kat perempuan tu?"sakat Taehyung lagi.
"Hoi cerdik!Kau jangan nak mengarut Tae.Cinta?Weii aku sendiri pun tak kenal sape dia kau nak cakap yang aku dah jatuh cinta kat perempuan tu?Aduh kau ni.Nama dia pun aku tak tahu.Apalah kau ni"entah kenapa dia berasa lucu dengan soalan kawan baiknya itu.
"Dah ah!Aku nak tidur.Nanti sampai kau kejutkan aku"pinta Jimin sebelum berlayar ke alam mimpi.
K done😆
Tak lama lagi Jimin akan berjumpa dengan Suha...😈😈😈
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...