96🌺

8.7K 337 88
                                    

"Sayang~janganlah tinggalkan abang kat sini"cebik Ian.

"Abang...jarak kita tak jauh mana pun.Saya nak masak.Kalau saya tak masak kita nak makan apa?"Suha bercekak pinggang sambil memandang suaminya.

"Tak payahlah masak.Kita makan kat luar jelah"balas Ian selamba.

"Kalau makan makanan luar abang jugak yang muntah-muntah.So baik saya masak je"

"No.Sayangkan tengah pregnant sekarang.Janganlah masak"ditarik tangan isterinya dengan lembut agar mendekatinya.

"Ya Allah abang!Saya boleh masak lagilah.Bukannya saya tengah sarat sekarang"Suha tersenyum nipis.

"No tak boleh jugak!"dipeluk pinggang Suha itu seperti tidak mahu lepas.Please jangan manja sangat Ian...#sisjealous

"Takpelah kakak.Biar adik yang masak.Akak rehat je tengok-tengokkan hero akak ni"diserahkan Ayden kepada kakaknya.

"Adik pandai masak ke?"terpancul soalan itu dari mulut Ian.

Naura membalas dengan jelingan tajam.

Suha tergelak melihat wajah Ian yang berubah menjadi kelat.

"Jangan pandang adik dengan sebelah mata.Adik pandai je masak cuma malas nak masak je"balas Naura selamba sambil memakai apron pada tubuh langsingnya.

"Dah dah.Pergilah keluar.Adik nak masak ni.Abang dengan akak dipersilakan keluar.Duduk kat ruang tamu tu ke"halau Naura selamba.

*****

"Sayang..."

Ian yang membaringkan kepala di atas pahanya dipandang dengan renungan lembut.

"Ada apa abang?"

"I love you"

Dahi Suha berkerut-kerut.Dah kenapa ni?Tiba-tiba je cakap I love you ni?

"Tiba-tiba je..."

Ian tersengih."I love you so much!"Ian memusingkan kepalanya menghadap perut Suha.Dilabuhkan ciuman di situ.

Ayden yang sedang bermain bersama permainannya memandang papanya yang sedang bermanja dengan mamanya.

Dia segera merangkak menuju ke arah ibu bapanya.

Suha memandang Ayden yang berada di kakinya.Dia tersenyum manis melihat anaknya itu.

"Nak apa sayang?'

Ayden memegang kaki Suha untuk berdiri.Dengan beberapa kali percubaan bayi yang berusia setahun itu berdiri walaupun sambil memegang kaki mamanya.

Ayden tersengih menyerlahkan gigi-gigi kecilnya.

Pakk!

Ditampar muka Ian dengan menggunakan tangan kecilnya tanpa rasa bersalah.

"Aduh!"

Walaupun tangan Ayden masih kecil tapi sakit woii!

Melihat papanya menyeringa kesakitan membuatkan Ayden meletuskan tawa comelnya.

"Sampai hati Ayden buat papa macam ni"dicubit pipi gebu anaknya itu dengan perasaan geram.

Tangan kecil Ayden cuba menolak kepala papanya dari paha mamanya.Ian tercengang.Ehh anak aku ni!

Dengan terpaksa Ian mengalihkan kepalanya.Serentak itu juga Ayden cuba untuk naik ke atas riba mamanya.

"Like a seriously Ayden Mikael?!"Ian menarik muncung panjang.

Ayden yang telah berada di atas riba mamanya terus tersengih memandang wajah papanya yang tidak berpuas hati itu.

Suha tergelak melihat mereka berdua.

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now