100🌺

8.2K 325 36
                                    

"Aku terima nikahnya Hani Wardina binti Malik dengan mas kahwin 200 ringgit dibayar tunai"

Dengan tenang Qayyum melafazkan kata-kata tersebut.

"Sah?"

"Sah!"

"Alhamdulilah..."doa dibaca.Sambil itu Qayyum mengerling sekilas pada Hani yang telah sah menjadi isterinya.

Selepas itu Qayyum menuju ke arah Hani  untuk proses pembatalan air sembahyang.Jejaka kacak itu melulut di hadapan gadis yang baru sahaja dinikahinya itu.

Hani pula cuba untuk menenangkan hatinya yang berdegup kencang.Rasa macam tak percaya yang dia telah bergelar isteri orang.

"Tangan"Qayyum bersuara.

"Hah?"Hani terpinga-pinga.

"Tangan.Tu suami Hani nak sarungkan cincin"Datin Khalida menahan gelak melihat anaknya yang sempat lagi termenung.

Berderau darah Hani tatkala tangannya disentuh lembut oleh Qayyum.

Tanpa menunggu lama cincin yang bertahtakan berlian itu tersarung cantik pada jari manis Hani.Qayyum tersenyum sedikit.

Dia kenal Hani.Hani pun kenal dia cuma pelik je macam mana Hani boleh terima pinangan mummynya sedangkan Hani tahu soal dirinya dan Suha.

"Mama,kena salam ke?"bisik Hani sambil matanya melirik pada tangan Qayyum yang seperti menanti tangannya disambut.

"Salamlah.Dah halal dah pun"jeling Datin Khalida.

Dengan sepantas kilat dia menyalami tangan suaminya itu.Qayyum manahan gelak melihat gelagat Hani.Macam-macamlah dia ni.

"Salam semula boleh tak?Cepat sangat tak sempat nak snap gambar"pinta jurugambar sambil tersengih.

Hani mencerlung tajam kepada jurugambar tak berbayar itu.

Abang Hani,Haziq hanya tersengih tidak bersalah.

Qayyum tersenyum nipis sebelum menghulurkan tangannya sekali lagi kepada Hani.Diikutkan sahaja permintaan abang iparnya itu.

Dengan terpaksa dia menyalami tangan lelaki itu.Eiii tak sukalah!

Selepas itu Qayyum terus melabuhkan satu kucupan lembut pada ubun-ubun isterinya itu.Terus terkaku gadis itu gara-gara perbuatannya.

Sanak saudaranya yang turut berada di situ meletuskan tawa mereka kerana melihat Hani yang terkaku di situ.

Terbeliak mata Hani memandang Qayyum.Qayyum hanya tersenyum sahaja.

"Errr saya ada benda nak tanya awak sebenarnya"Hani bersuara kekok.Sebenarnya dia tidak tahu hendak memanggil Qayyum apa.Nak panggil abang ke?

"We have a lot of time after this.Tanya je nak tanya apa pun.Tapi nanti-nantilah"balas Qayyum lembut.

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam"

Semua mata memandang ke arah pintu masuk.Kelihatan Suha bersama Ian datang bersama.

Kelihatan Suha bersama Ian datang bersama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now