"Naura!"
"Naura!"
Naura tidak menghiraukan panggilan Taehyung.Dia terus menonong masuk ke dalam rumah lantas menuju ke dapur.Kelihatan Suha,Ian dan Ayden berada di dapur.
Plastik yang berisi ayam bakar itu diletakkan di atas meja tanpa berbicara.
"Adik naik dulu"pamit Naura dengan raut muka yang agak tegang.
Ian dan Suha saling berbalas pandangan.Pelik.Itu yang mereka rasa sekarang.
Taehyung yang masuk ke ruangan dapur dipandang dengan penuh tanda tanya.Melihat muka Taehyung yang seperti kerisauan itu makin menimbulkan tanda tanya kepada mereka.
"Naura mana?"
"Dia dah masuk bilik dia"
"Aduh!"
"Apasal ni?Kenapa Naura macam nak makan orang?Seram aku tengok dia tu"tanya Ian lagi.
"Memang dia nak makan orang pun.Aku sendiri seram dengan dia.Sebenarnya tadi Naura hampir je mengamuk tapi nasib baik aku sempat tahan dia.Kalau tak memang lunyai aku kena belasah.
Tu pun aku dah makan penumbuk dia dah"jelas Taehyung sebelum dia menunjukkan lebam pada pipinya angkara Naura.
Jelas kesan merah kebiruan pada pipi mulus Taehyung.Sakit wehh!
"Ya Allah!Kenapa sampai macam tu sekali?Dia bergaduh ke?"Suha mula dihurung perasaan risau terhadap adik bongsunya itu.
"Ada seorang budak lelaki yang cari pasal dengan dia.Nama dia Danish kalau tak salah"jujur Taehyung.
"Danish?!Budak tu lagi!"Suha mengetap giginya kerana berasa sangat sakit hati sekarang.
"Calm down sayang.Ingat sayang pregnant sekarang"Ian pula dihurung perasaan risau melihat isterinya yang seperti mahu meletup itu.
"I can't abang.Budak tu selalu ganggu adik.Sejak sekolah rendah lagi dia sukakan adik tapi adik je yang tak layan dia.Adik memang tak suka dia.Atau lebih tepat lagi dia bencikan Danish sangat-sangat"keluh Suha.
"Dia sukakan Naura?"Taehyung dijentik perasaan cemburu dalam hatinya namun segera dikawal.
"Budak tu buat apa pada Naura?"tanya Suha dengan nada yang risau.
Taehyung berasa serba salah untuk memberitahu wanita berpurdah itu.Namun dia tetap menceritakan semuanya kepada Suha.
"Dengan dia boleh pulak kau keluar berdua-duaan tapi dengan aku tak nak pulak.Kau ni kan nampak je macam alim tapi sebenarnya kau lagi teruk daripada pelacur!"
"Jaga mulut kau Danish..."pinta Naura dengan nada yang ditahan-tahan.
Ye sekarang dia berhadapan dengan Danish Izraf dan jujur dia cakap yang dia rasa macam nak tumbuk je muka jantan tak guna tu.
Dasar munafik!"hambur jejaka itu dengan perasaan cemburu yang membuak-buak dalam dirinya.
Hatinya sakit melihat Naura yang kelihatan akrab dengan jejaka Korea yang kacak itu.
Pang!!!
Taehyung terpana.Dia berasa sangat terkejut melihat tangan Naura melayang tepat pada pipi lelaki yang tidak dikenalinya.
Tapi memang dia layak untuk menerima tamparan padu daripada Naura.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...