Qayyum merenung cincin yang dibelinya.Cincin yang bertahtakan berlian itu sangat cantik sekiranya disarungkan ke jari Suha,fikir Qayyum.Bibir mengukirkan satu senyuman yang lebar.
Cincin dimasukkan kembali kotak berbaldu warna merah.Telefon dicapai dengan serta merta Gambar Suha sebagai wallpaper telefonnya ditatap dengan penuh kasih.
Sebenarnya Suha tidak tahu yang Qayyum ada mengambil gambarnya tanpa dia sedari.
Sekiranya Suha mengetahui tentang hal ini pasti dia akan marah.
Sebenarnya dia sudah tidak sabar untuk disatukan dengan perempuan yang dicintainya itu.Lepas Suha habis pantang dia akan disatukan dengan Suha.
"Suha,saya janji saya akan jaga awak hingga akhir hayat saya.Saya akan lindungi awak dan sayangkan awak"tutur Qayyum dengan penuh tulus.
Sudah hampir 2 minggu dia tidak dapat berjumpa dengan Suha gara-gara dia terpaksa outstation ke luar kota.
*****
Malam ini Suha tidur bersama Naura kerana Naura yang memaksanya tidur dengannya.Takut apa-apa jadi pada bakal mak orang ni.
Suha yang sedang tidur itu terjaga gara-gara perutnya yang terasa sakit secara tiba-tiba.Di celah kangkangnya terasa basah.Tangannya melekat pada permukaan perutnya yang membulat itu.Berkerut-kerut dahinya menahan sakit.Bahgian wanitanya terasa sangat sakit seperti disiat-siat.
"Ya Allah!Kenapa sakit sangat ni?Air apa ni?"kesakitan pada perutnya kian terasa.Suha cuba menahan sakit yang dirasainya namun tidak berjaya menyebabkan Naura terjaga gara-gara terganggu dengan pergerakkan kakaknya.
Terpisat-pisat mata Naura sewaktu bangun dari lenanya.
"Akak?Akak kenapa ni?"terus hilang rasa kantuknya melihat Suha dalam kesakitan itu.Dia menumpukan perhatian kepada kakak kesayangannya itu.
"Adik.Perut akak rasa sakit.Tolong akak!"adu Suha sambil menahan sakit.Menitis air matanya pada tika ini.
"Akak dah nak bersalin ke?!Alamak!Air ketuban akak dah pecah ni!"Naura mula kalut apabila menyedari katil itu basah.Naura bangkit dari katil dengan segera.
"Akak tunggu sini!Adik pergi panggil atuk dan nenek!"tanpa melengahkan masa Naura terus melangkah keluar menuju ke bilik tidur atuk dan neneknya.
"Aargghh!!!"
*****
"Ya Allah...sakitnya"air matanya mengalir tanpa henti.Walaupun Suha sudah tiba di hospital dia masih tidak bersalin kerana bukaan hanya 3 cm.Selama 5 jam dia menahan sakit kerana dia masih tidak bersalin.
"Istighfar Suha..."suruh Puan Olivia sambil menggenggam tangan cucunya.Sayu hati wanita tua itu melihat keadaan cucunya yang kesakitan itu.
"Nenek...kalau apa-apa jadi pada Suha,tolong tengokkan anak Suha nek.Didik dia jadi insan yang berguna"sempat lagi Suha menitipkan pesan kepada neneknya.
"Jangan cakap macam tu Suha.Inshaallah Suha akan selamat.Nenek nak Suha yang didik dia jadi orang yang berguna.Suhakan mama dia.Nenek sayang Suha sangat-sangat.
Please Suha...jangan cakap macam ni.Umi dan abi akan sampai dalam petang ni.So you need to be safe my dear"tutur Puan Olivia sayu.
"Nenek...ampunkan Suha kalau Suha ada buat salah pada nenek dan atuk"air mata Suha berlinangan kembali.Sungguh dia takut yang dia akan pergi terlebih dahulu sebelum atuk dan neneknya.
"Akak..."
Kelihatan Fayyad memasuki ruangan yang menempatkan kakaknya itu.Mukanya kelihatan basah dengan air mata.Suha tersenyum pahit.Dia tahu yang Fayyad tidak sanggup melihatnya dalam kesakitan.
"Janji dengan Yad yang akak akan selamat"pinta Fayyad.Dua duduk di birai katil Suha sambil merenung redup wajah kakak kesayangannya itu.
"Yad..."
"Promise me..."
Suha tersenyum pahit sebelum menganggukkan kepalanya.Tiba-tiba...
"Aargghhhh!Ya Allah!"
Contractions mula dirasai kembali namun kali ini lebih menyakitkan.Sekiranya bukaan masih lagi tidak terbuka dengan lebih besar,Suha perlu dibedah bagi menyelamatkan nyawanya dan anak yang dikandunginya.
"Akak!"Fayyad mula kalut.
"Yad!Panggil doktor sekarang!"arah Puan Olivia dengan segera.
Fayyad terus melangkah keluar mencari doktor.Puan Olivia pula cuba untuk menenangkan cucunya itu.
K done 😌
Jimin junior is coming 😗🤭😌💕
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...