103🌺

8.2K 319 13
                                    

Sekujur tubuh Suha dipandang sayu oleh Ian.Sungguh dia berasa lemah sangat sekarang.

Doktor telah mengatakan bahawa bila-bila masa sahaja Suha akan bersalin namun bukaan baru sahaja 2cm.Mereka perlu menunggu bukaan nya 10 cm untuk menjalankan proses bersalin.

Ian sudah mengkhabarkan kepada ibu bapanya serta keluarga mertuanya di Malaysia tentang keadaan Suha.Ian menghela nafas berat.Ibu bapanya dalam perjalanan ke hospital sementara adik lelakinya menjaga Ayden di rumah.

Keluarga mertuanya pula akan tiba di Korea esok memandang hari sudah lewat.Kalau diikutkan uminya mahu datang ke sini sekarang juga tapi dihalang oleh abinya.

Air matanya mengalir tanpa dipinta.Tangan Suha yang sejuk itu dipegang lantas dibawa ke bibirnya.

"Sayang... please wake up"

Lama juga Ian menangis di situ sehinggalah Suha tersedar dari lenanya.Suha memandang suaminya dengan senyuman.

"Abang..."

Dengan pantas Ian mengangkat mukanya.

"Ya Allah!Sayang dah sedar"dikucup lembut dahi Suha dengan perasaan syukur yang tidak terhingga.Ini bermakna Suha tidak akan dibedah jika Suha telah tersedar.

"Maafkan abang sayang...Abang tak patut balik lewat tadi.Kalau tak semua ni takkan terjadi"Ian menghamburkan tangisan di situ.Rasa menyesal menimpa dirinya.

"Abang janganlah nangis.Saya okay jelah.Biasalah tu...saya akan bersalin.Tapi tak sangka pulak akan berdarah macamni sekali.Tapi takpe...tak lama lagi abang akan jadi papa lagi.Ayden akan jadi abang"sengih Suha.Boleh pulak dia tersengih time macam ni.

"Abang janganlah nangis.Nanti abang nampak buruk tau.Baby tak suka nanti tengok papa dia buruk macam ni"diambil tangan Ian lantas diletakkan pada perutnya.

Suha cuba menceriakan suaminya yang kelihatan sangat risau terhadapnya.

"Sayang..."

"Hmm?"

"I love you so much sayang.Jangan tinggalkan abang"dikucup berulang kali tangan Suha seperti tidak mahu melepaskan isterinya itu.

"Selagi jodoh kita berkekalan...selagi tu saya takkan tinggalkan abang"dielus lembut rambut Ian dengan perasaan yang bercampur baur.

Jujur dia berasa berdebar.Ye memang ajal maut di tangan Allah tapi... jujur sahaja dia tak sanggup untuk meninggalkan Ian.Dia cintakan Ian.

"Ya Allah!"

Tiba-tiba sahaja Suha mencengkam kuat katil tersebut dengan muka yang menyeringa menahan sakit pada bahagian bawahnya.

Ian yang terkejut itu terus memanggil doktor.Jujur dia berasa gementar melihat isterinya dalam keadaan seperti itu.

Ian cuba untuk menenangkan isterinya dengan menggosok belakang isterinya.

Tidak lama kemudian doktor datang bersama beberapa orang jururawat.Setelah memeriksa apa yang patut dia mengabarkan bahawa itu hanyalah kontraksi untuk bersalin.

Bukaan telah mencapai 4 cm namun Suha masih belum bersalin.

Doktor menyarankan agar Ian menggosok belakang Suha berulang kali setiap kali kontraksi dirasainya.

Selepas doktor keluar dari wad tersebut,Ian terus memeluk isterinya yang kelihatan lemah itu.

"Hiks hiks hiks!"

Suha menghamburkan tangisan pada dada Ian.Sakit pada kali ini sangat berbeza daripada kontraksi semasa melahirkan Ayden.

"Sakit..."

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now