Tiga hari berlalu namun Suha masih belum sedarkan diri.Ian banyak menghabiskan masa di hospital kerana mahu menunggu Suha sedar.Ayden pula dijaga oleh Hani buat sementara waktu.
Tangan Suha dipegang sebelum dikucup lembut tangan itu.Dia sayang sangat pada Suha.
"Sayang... cepatlah bangun.Sayang tak kesian kan abang ke.Kesiankan anak kita juga.Dia asyik menangis je sebab sayang takde kat sisi dia"kata Ian sebak.
"Assalamualaikum"pintu ditolak dari luar.
"Waalaikumussalam"sahut Ian seraya menoleh ke belakang.Kelihatan keluarga family isterinya datang.Dia tersenyum nipis.Tangan umi dan abi disalami dengan sopan sebelum menyalami tangan atuknya.
Ian memandang Fayyad yang memandang dirinya.Tanpa aba-aba Fayyad menyalami tangan abang iparnya.
"Sorry bang sebab ignore abang lately ni"Fayyad meminta maaf kepada abang iparnya.Setelah ditarbiah sentap oleh abinya, Fayyad cuba untuk menerima abang iparnya.
Naura memandang abang iparnya itu tanpa secalit senyuman.Dia mendengus kasar.Benci tapi...
"Kalau Ian tu jahat sangat dia takkan terimalah untuk kahwin dengan kakak awak.Bertindak dengan akal bukan bertindak dengan amarah semata-mata"
Kata-kata Taehyung masih lagi bergema di dalam telinganya.
"Adik minta maaf jugak.Adik marah sangat tu yang tertengking abang.Sorry eh"ujar Naura pula.
Ian tersenyum kecil."Sokaylah.Abang tak ambik hati pun.Lagipun memang salah abang pun"dia menghela nafas panjang.
"Jap Hani mana?Dia kata nak datang sini"kelibat Hani langsung tidak kelihatan."Kak Hani jaga Ayden.Kami tak bawa Ayden sekali sebab takut dia buat bising pulak kat sini"jawab Fayyad.
"Tae?"
"Dia ada dengan Kak Hani.Jaga Ayden"balas Naura.
"Ouhh..."
"Ian,Suha still lagi tak sedar ke?"
"Macam nilah.Still lagi tak sedar"Ian tersenyum hambar."Jangan risau.Nanti dia sedarlah tu.Ian jaga je kesihatan diri tu dulu.Jangan stres sangat.Tak elok"ujar Pak Hisham.
"Ian makan tak lagi?"tanya Tan Sri Haji Hakim.
Ian tersenyum sedikit seraya menggelengkan kepalanya.
"Ya Allah!Kenapa tak makan lagi?Dah sekarang Ian pergi makan.Suha ni biar kami yang tengok-tengokkan.Hah Yad pergi teman abang Ian ya"mata Tan Sri Haji Hakim melirik pada anak lelakinya.
"Okay abi.Jom abang kita pergi makan"ajak Fayyad.Selepas itu mereka berdua pun ke cafe hospital bersama-sama.
*****
"Abang"
"Hmm?"
"Abang memang nak Faris tu masuk penjara ke?"tanya Fayyad serba salah.Bukan apa...dia cuma kesiankan Yuhanis.Baru je selesai akad nikah terus Faris dibawa ke balai polis.
Terus berubah air muka Ian.Dia menyisip sedikit air bandung sejuk sebelum membuka mulut.
"Haah.Biar dia mereput dalam penjara.Lantaklah apa yang terjadi yang pasti abang nak juga dia masuk penjara.Dia tu dah melampau sangat.Bini orang pun dia nak.
Perempuan kat luar sana berlambak nak jugak kat isteri orang.Suka hati dia je nak isteri abang.Abang sayang kat dia tau tak"ujar Ian.
Fayyad tergelak kecil.Entah mengapa dia rasa yang abang iparnya comel.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...