"Ayden...duk diamlah.Papa nak pakaikan sabun ni"
Suha tersenyum sendiri.Dia memandang ke arah bilik air yang sedikit berbuka itu.Dapat dilihat yang Ian sedang berperang dengan Ayden yang sememangnya lasak sekiranya mahu mandi.
Ayden sangat suka bermain air.Kalau mandikan Ayden mesti Suha atau Ian yang akan basah kuyup gara-gara Ayden.
Tidak lama kemudian,Ian keluar bersama Ayden di dalam dukungannya.Baju t-shirt warna merah yang dipakai Ian kelihatan basah menyebabkan Suha meletuskan tawanya.
"Hahahaha!"
Ian menjeling tajam isterinya.
Bajunya yang basah itu dipandang sekilas.Memang patut pun kena gelak.Dahlah baju dah macam kena simbah dek air.Tapi yang basah hanya di bahagian depan tapi bahagian belakang kering je.
"Tulah.Saya dah cakap biar saya yang mandikan Ayden tapi abang nak jugak mandikan Ayden.Kang dah basah.
Dahlah.Now abang pergi tukar baju and seluar.Ayden biar saya yang uruskan"tubuh kecil Ayden yang dibaluti dengan tuala itu dipeluk oleh Suha sebelum merebahkan Ayden ke atas katil.
"Anak mama dah wangi.Emm wanginya Ayden"dicium dada kecil Ayden bertalu-talu.Ayden terkekeh ketawa kerana kegelian.Lebih-lebih lagi apabila rambut panjang mamanya mengenai badan kecil itu.
"Sayang..."dicium sekilas pipi Suha.Suha hanya tersenyum sahaja.
Ian yang sudah selesai menukar pakaiannya terus merebahkan badan di sebelah Ayden.
Mata Ian merenung Suha yang hanya memakai baju t-shirt putih bersama seluar palazo.Rambut panjangnya diikat tocang menyerlahkan leher putihnya.
Kalau orang lain mesti nak tengok isteri pakai baju yang seksi meksi tapi kalau Ian...dia tak kisah pun sebab Suha pakai apa pun still nampak seksi di matanya🙈💜
Lagipun dia tahu yang Suha tidak selesa pakai baju yang tak serupa baju tu.
Ayden yang perasan akan kehadiran papanya terus memanjat badan sasa papanya dalam keadaan yang telanjang bulat.Dia duduk di atas perut papanya itu dengan sengihan yang menampakkan gigi kecilnya.
Ian pula memegang kaki kecil Ayden agar anaknya itu tidak terjatuh.
"Ayden,turunlah.Mama nak pakaikan baju ni"Suha cuba menurunkan Ayden dari perut Ian.
Ayden merengek tidak mahu.Dia terus membaringkan badan ke atas dada bidang Ian.
Ian tergelak melihat telatah anaknya yang manja itu.
"Tak nak pakai baju sudah.Biar papa yang pakaikan Ayden baju.Now mama nak turun masak"baju dan seluar Auden diletakkan di sebelah Ian sebelum dian bangun untuk berdiri.
"Tak payah masaklah.Kita makan kat luar je.Lagipun bukan selalu kita makan kat luar"balas Ian sambil tangannya mengusap lembut kepala anaknya.
"Emm okay tapi jap saya nak kasitahu adik"Suha keluar dari bilik mereka berdua untuk ke bilik adiknya.
Melihat figura isterinya sudah tiada,Ian mengangkat tubuh Ayden dari dadanya untuk memakaikannya pakaian.
Ayden menendang kembali seluar yang baru sahaja masuk hingga ke lututnya.Dia terkekeh ketawa melihat wajah bengang papanya.
"Eii apasal nakal sangat ni?"nak marah pun tak boleh sebab rasa macam nak ketawa.
Hampir 20 minit Ian cuba memakaikan Ayden pakaian dan akhirnya berjaya.Macam mana nak sarungkan Ayden pakaian kalau anaknya itu asyik bergolek-golek di atas katil.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Storie d'amore{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...