2🌺

21K 654 46
                                    

Kaki digagahkan untuk mencapai telefon yang terletak di atas meja.Setelah itu dia segera menelefon sahabatnya, Hani.

"Hani,esok aku rasa aku tak pergi kelas lah. Aku tak berapa sihat sekarang" beritahu Suha di corong telefon. Kepalanya dipicit dengan perlahan-lahan.

Terasa berdenyut-dengut kepalanya kini. Suha memejamkan matanya seketika.

"Kenapa pulak??? Kau demam ke??"

Hani bertanya dengan nada yang risau. Pada tika ini Hani telah berada dalam dewan kuliah. Dikerling sekilas pada kerusi kosong di sebelahnya. Selalunya Suha yang bakal mengambil tempat di sebelahnya.

"Taklah. Aku sakit kepala lepas tu asyik muntah-muntah je dari semalam" jawab Suha perlahan.

"Kau salah makan kot"

"Maybe..."

"Kalau macam tu, nanti habis kelas aku pergi rumah kau eh"

Dia risaukan keadaan Suha. Suha jarang nak jatuh sakit.

"Rajin pulak kau nak datang sini" sakat Suha.

Suha tergelak kecil.

"Kau ingat aku ni teruk sangat ke? Kau kawan aku kan...Takkan aku tak nak datang jenguk nanti aku bawakan kau buah epal hijau favorite kau tu"

"Hahahahaha!" terletus tawa Suha dibuatnya.

"Alah kau ni. Aku gurau jelah. Takyah lah ambil serius" balas Suha.

"Yelah yelah. Ehh Madam Ema dah masuk ni aku dah kena letak phone. Bye. Assalamualaikum" talian diputuskan.

"Waalaikumussalam"

Sejurus sahaja talian diputuskan, tekak Suha mula berasa loya menyebabkan dia terus berlari ke tandas. Perlakuannya berlaku selama hampir sejam sehingga tubuh badan berasa sangat lemah. Oleh sebab terlalu penat dia tertidur di atas katil.

*****

Kaki dihayun bagi mendekati sang remaja lelaki kegilaan ramai.

"Danish"

Pelajar lelaki yang sedang berbual dengan beberapa orang pelajar perempuan itu terus berpaling ke arah gerangan yang memanggil dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pelajar lelaki yang sedang berbual dengan beberapa orang pelajar perempuan itu terus berpaling ke arah gerangan yang memanggil dirinya.

"Yes my beloved Camelia?"

Naura berdecit perlahan. Menyampah dengan lelaki itu. Rasa macam nak lempang pun ada.

"Nah" buku itu diserahkan kepada Danish.

"Buku apa ni?" diambil buku itu daripada tangan Naura. Macam pernah nampak buku tu.

"Buku apa? Buku rahsia kau" balas Naura selamba sebelum senyuman sinis tersungging di bibirnya. Rahsia kau...patutlah rapat sangat dengan minah gedik tu rupa-rupanya ada hubungan ehem-ehem.

Air muka Danish terus berubah dengan serta merta.

"Nasib baik aku yang jumpa. Kau memang bernasib baik sebab aku malas nak pergi jumpa cikgu jadi lain kali jaga baik-baik. Kang dah terbongkar rahsia kau. Kalau orang lain yang jumpa... selamat kau kena buang sekolah" sambung Naura selamba.

"Aku-"

"Kau apa?"

"Aku-"

"Kau ni memang tak gunalah Danish Izraf. Kau tu baru 16 tahun.Kau sedar tak? Kau tu bawah umur lagi. Jangan nak buat macam kau tu dah dewasa sangat. Aku malas nk masuk campur dalam urusan kau sebab tu aku diam je but you know what... seriously aku jijiklah dengan kau" hambur Naura dengan nada yang penuh sinis.

"Tak. Semua ni salah faham je. Aku sukakan kau je Camelia"

"Jangan ucapkan kata-kata cinta kalau kau sendiri tak maksudkan. Lagipun aku memang tak pernah sukakan kau pun"

Sejurus itu Naura terus beredar dari situ. Walaupun dia tidak suka Danish namun timbul perasaan kecewa terhadap jejaka itu.

"Aargghhhh!"

"Camelia!"

Danish mengetap gigi menahan geram. Macam manalah dia boleh tertinggal buku ni? Bodoh betul kau ni Danish Zhafran!

*****

Lamunan jejaka berambut blonde itu terganggu dek kerana kehadiran kawan baiknya di dalam pejabatnya.

"Jom keluar lunch" ajak kawannya itu.

"Malaslah...Kau ajak orang lain lah. Siyes aku betul-betul malas sekarang" tolak jejaka itu dengan suara yang lembut. Disandarkan badan ke kerusi yang didudukinya.

"Kau fikirkan perempuan tu lagi kan?" tebak kawannya itu.Lelaki itu hanya mengeluh berat.

"Entahlah...Aku tak kenal pun dia tu siapa tapi apasal dia asyik muncul kat fikiran aku ni. Haihhhh aku benci tau tak!Kepala aku ni macam nak pecah sebab asyik teringatkan perempuan tu" luahnya seraya meraup kasar wajahnya.Stres!

"Kau fikirkan tentang apa yang jadi antara kau dengan dia kan?" tebak kawannya lagi. Jejaka berambut hitam itu melabuhkan punggung di atas sofa yang berdekatan. Kaki disilangkan sambil tangannya memeluk tubuh.

Terus berubah wajahnya namun segera dikawal dengan secepatnya. Debaran pada dadanya kian terasa.

"Kalau kau rasa serba salah sangat...kau pergilah cari dia. Kan senang. Tak pun kau upah jelah sesiapa suruh cari perempuan tu" cadang kawannya itu.

"Memang taklah! Perempuan tu bukan ada kena mengena dengan aku pun so buat apa aku nak cari dia. Buang masa je..." cehhh dasar ego.

"Suka hati kau lah...Aku tak nak kau menyesal je nanti. Kau tahukan kenapa...Dia tu bukan macam perempuan yang pernah kau tidur. Dia tu lain sangat daripada perempuan-perempuan tu...

One more thing...agama dia lain dengan agama kita" balas kawannya itu sambil menyelitkan sedikit peringatan. Kali ini dengan nada yang sedikit serius.

"Kau ni bukan nak senangkan aku...Makin tambahkan serabut aku adalah" bentak jejaka itu.

"Aku cakap je..." kawannya itu tersengih mempamerkan senyuman petaknya. Cehh nasib baik handsome.

"Lantaklah apa nak jadi yang pasti dia takde hubungan dengan aku. Apa yang jadi antara aku dengan dia...hanyalah kesilapan aku sendiri. Lagipun dia tak tahu apa yang jadi kat dia...dia tak tahu apa-apa pun" ayat di belakang sekali diperlahankan sedikit. Namun kawannya itu dapat menangkap butir bicara jejaka itu.

"Apa maksud kau?" mata jejaka yang berambut hitam berkilat itu dikecilkan. Sepertinya ada sesuatu yang dia sorokkan daripadanya.

Jejaka itu merengus kasar.

Kawan baiknya itu sepertinya dapat menangkap apa maksud rengusan tersebut.

"Wait! Kau...you raped her????"

Membulat terus mata kawan baiknya itu dek kerana terlalu terkejut. Tak pernah-pernah kawan dia ini membuat perkara bodoh tu.

"Park Jimin! Kau dah gila ke apa hah?!" berang kawan baiknya itu.



Tbc♥️

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now