{COMPLETE}
Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!!
Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...
Naura menjeling tajam ke arah Taehyung kerana menyedari mata Taehyung asyik mencuri pandang ke arahnya.Aihh aku cucuk jugak mata dia ni kang!
Yang umi ni apasal pergi ajak dia makan tengah hari sama-sama?Buat semak je.Aduhlahh kalau bukan atuk dengan nenek ada memang aku terajang jugak mamat ni!
"Dik!Apasal kau makan sikit je?Bukan selalu kau makan banyak ke?Ke kau diet dik?Bukannya diet tak pernah wujud ke dalam kamus hidup kau"usik Fayyad yang duduk bersebelahan dengan Naura.
Naura menjeling tajam ke arah abangnya sebelum memijak kuat kaki abangnya itu.Orang tengah panas boleh pulak dia buat lawak!
"Sakitlah adik!Apa kau ni?"berang Fayyad.
"Sibuk je abang ni!"tempelak Naura selamba.Gadis berusia 17 tahun itu hanya mempamerkan wajah selamba badaknya.
Taehyung menyembunyikan senyumannya tatkala melihat telatah Naura yang mencuit hatinya.
Ian mengerling ke tepi melihat Suha yang mengalami kesulitan untuk menyuap Ayden dengan makanan bayi.Suha mengeluh perlahan namun dapat ditangkap oleh Ian.Ayden yang banyak bergerak itu menyebabkannya sukar menyuap Ayden.
"Suha,biar saya pegang Ayden.Awak suap dia"beritahu Ian sambil mendukung Ayden ke ribanya.
"Thanks"Suha tersenyum
"Anything for you"Ian mengenyitkan matanya kepada Suha.Wanita cantik itu terpana.
"Ehem ehem!"Fayyad berdehem bagi menyedarkan mereka.Nasib baik Suha memakai purdah kalau tak memang nampak muka Suha yang kemerah-merahan kerana malu.
"Biarlah diaorang.Sibuk je Yad ni!"celah Puan Sri Hajah Darliya kepada anak lelaki tunggalnya.
"Umi...bersemut tau tak.Kalau semut gigit Yad macam mana?Matilah Yad nanti.Tak sempat nak kahwin"balas Fayyad selamba.
"Amboi~belajar pun habis lagi ada hati nak kahwin"sampuk Tan Sri Haji Hakim pula.Lelaki itu tergelak seketika.
"Macamlah ada orang nak kat abang!Perasan..."ejek Naura selamba.
Taehyung hanya memerhati perbualan yang langsung tidak difahaminya.Sekali sekala dia tergelak juga lebih-lebih lagi melihat mimik muka Fayyad yang menggelikan hatinya.
"Suka suki kau je ehh!Abang kau ni handsome so mestilah ada orang yang berkenan"Fayyad tersenyum bangga.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"See?Perasan"selar Naura.
Suha hanya tergelak kecil malas mahu masuk campur pertengkaran kecil adik-adiknya.Fayyad dan Naura memang selalu bergaduh tapi gaduh-gaduh manja je bukanlah sampai tak bercakap berhari-hari.
Suha kembali menyuapkan Ayden dengan makanan bayi.Dia mengelap tepi bibir Ayden yang sedikit comot.Dia tersenyum sendiri.
Ian yang sudah selesai makan memusingkan badannya mengadap Suha untuk memudahkan Ayden makan.