55🌺

10.6K 384 36
                                    

Sebaik sahaja Ian masuk ke dalam bilik mereka,figura isterinya langsung tidak kelihatan.Melihat pintu bilik air yang tertutup rapat dan aliran air kedengaran menyebabkan Ian mengetahui keberadaan isterinya itu.

Knock!knock!

"Suha..."

Pintu bilik air diketuk olehnya. Mengharapkan Suha keluar dari situ.

"Please Suha...Keluar lah.Jangan buat saya rasa bersalah macam ni.Hati saya sakit sangat tengok awak macam ni"pujuk Ian sambil mengetuk pintu bilik air itu.Dia mengeluh berat.

Suha yang berada di dalam bilik air itu hanya mendiamkan diri.Dia menggigit kuat tangannya kerana tidak mahu esakkan kedengaran.

Purdahnya yang telah lencun dengan air mata itu ditanggalkan lantas diletakkan ke atas kerusi yang terdapat dalam bilik air itu.

Air matanya dibiarkan mengalir.

Hatinya sakit.

Sakit dengan kata-kata ibu saudaranya sendiri yang lancang berbicara tanpa memikirkan perasaannya.

"Kenapa?Kenapa maklong benci sangat pada aku?Sampai hati maklong...aku tak buat semua tu!Kenapa dia langsung taknak percaya?"rintih Suha.

Lama juga Suha berada di dalam bilik air.Ketukan pintu sudah berkurangan.Mungkin Ian telah keluar dari bilik ini.

Suha menarik nafas panjang sebelum menghembuskannya.Dia cuba mengawal esakan yang terbit di bibirnya.Air mata dihapus dengan segera.Dia memandang wajahnya di cermin yang terdapat di dalam bilik air itu.

Suha mengeluh perlahan.

Muka dan matanya nampak sembab dan matanya merah kerana banyak menangis.

"Harap-harap Ian dah keluar"harap Suha.Dia tidak mahu Ian melihat dirinya yang sedemikian.Dia berasa tidak selesa kalau Ian melihatnya dalam keadaan seperti ini.

Krekk!

Suha keluar dengan berhati-hati.Matanya meliar mencari kelibat Ian.Fuhh!Dia takde...

Suha menarik nafas lega.Dia melangkah ke arah meja yang menempatkan barang-barangnya.Dicapai bedak untuk menutupi sembab pada muka dan matanya.

Tiba-tiba ada sepasang tangan melingkari pinggangnya.Terus terkaku Suha sebaik melihat figura yang memeluk erat pinggangnya.

OMG IAN?!

'Aduhh aku ingat kan dia dah keluar'

Ian memandang Suha dengan pandangan yang redup yang terbias pada cermin di hadapannya.Mata mereka beradu untuk seketika.

Suha yang berasa tidak selesa cuba untuk meleraikan pelukan pada pinggangnya.Sebenarnya dia nak melarikan diri je.Aihhh time-time macam ni lah air mata nak keluar lagi🙄👊

Belum apa-apa Suha terus melarikan diri.Mahu keluar dari bilik itu namun...

Arghh!

Terjerit kecil Suha apabila tubuhnya di sudah selamat landing atas katil.Lidahnya kelu melihat Ian yang berada di atasnya.Berkelip-kelip matanya memandang Ian.

Ian menahan tubuhnya daripada menghempap tubuh Suha.Matanya merenung dalam anak mata Suha.Mereka saling bertatapan.

Suha perasan yang mata Ian menjelajah ke seluruh mukanya.Dia berasa tidak selesa lagi-lagi dengan kedudukan mereka yang agak...emm intim.

"Awak bol..."

"You're hurt me"

"Hah?"

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now