46🌺

11K 411 58
                                    

Suha termenung di atas sofa.Kesemua ahli keluarganya tidak berani untuk menegurnya setelah apa yang berlaku tadi.Pasti sukar untuk dia menerima apa yang berlaku tadi.

Cincin yang bertahtakan mutiara yang tersarung cantik di jari manisnya dipandang dengan perasaan yang bercampur baur.Tak tahu apa yang harus dia rasai sekarang.Marah?Sedih?Galau?Kecewa?Entahlah.

"Akak..."

Suha tersentak lalu berpaling ke arah adik perempuannya yang duduk di sebelahnya.Suha mengukirkan senyuman pahit.

"Akak sabar eh.Adik sedihlah tengok akak macam ni.Pedulikan jantan tak guna tu.Adik ingat dia tu baik tapi...jauh panggang daripada api.Kalau diikutkan memang adik rasa nak tumbuk je jantan tu.

Aihhh sib baik abang pegang adik tadi"geram pula dia dengan si Qayyum itu.Rasa macam nak tumbuk je.Ehh bukan!Rasa nak bunuh.

"Tak.Akak tak marah sangat pun pada dia.Akak just rasa kecewa dengan sikap dia.Lepas apa yang jadi dia sepatutnya bertanggungjawab.Bukannya melarikan diri daripada masalah.Akak tahu dia baik.Sangat baik tapi semua manusia lakukan kesilapan.Tiada manusia yang maksum.

Jadi...biarlah dia tu.Akak cuma harap dia bahagia dengan isteri dia hingga ke Jannah kelak"ujar Suha.

"Akak senyumlah sikit.Abang ipar adik lagi handsome daripada mamat tak guna tu.Dahlah handsome...putih pulak tu.Akak!Adik jealous lah tengok kulit dia.Licin!!!Adik yang perempuan ni pun takleh kulit macam dia"cebik Naura.Dia jealous tu...

"Adik pergilah tanya dia.Apa rahsia kulit licin macam dia.Kata nak kulit licin ann"sakat Suha selamba.

"Taknak lah adik.Buat malu je.Dia tu lelaki.Adik ni perempuan.Agak-agak ah nk tanya pasal kulit.Hilang macho adik nanti"balas Naura.

"Ehh kata perempuan.Macho ke bendanya"tempelak Suha selamba.

"Kakak..."panggil Puan Sri Hajah Darliya kepada anak sulungnya.

"Ye umi?"Suha menuju ke arah uminya.Dia duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan wanita cantik itu."Kakak dah jadi isteri orang.Dah jadi milik suami kakak.Bukan milik umi dan abi lagi..."mata Puan Sri Hajah Darliya mula berkaca-kaca.

"Umi janganlah macam ni...Jatuh air mata ni kangg"

"Ingat pesan umi sayang.Jangan menderhaka kepada suami.Taat pada dia selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.Cintakan dia.Jaga hati dia.Layan semua kerenah dia.Jaga maruah kakak sebagai seorang isteri.Besar pahalanya nanti.

Kakak...walaupun dia bukan pilihan hati kakak tapi belajarlah untuk menerima dia.Cinta selepas kahwin kan lagi indah"nasihat Puan Sri Hajah Darliya.

"Inshallah umi.Kakak akan ingat semua nasihat umi.Umi doakan kakak eh"balas Suha sambil mengukirkan senyuman yang manis.Oh ya Suha masih belum membuka purdahnya.

"Kakak naik atas ya.Tukar baju tu lepastu mandi.Menantu umi pun dah naik dah tadi"suruh Puan Sri Hajah Darliya kepada Suha.

"Perlu ke umi?"

"Kakak...dia dah jadi suami kakak yang sah.Janganlah takut sangat.Suami kakak jugak.Aduh kakak ni"

Suha kelihatan serba salah namun tetap dituruti arahan uminya.Anak tangga didaki untuk ke biliknya.Perasaan berdebar-debar kian terasa.

*****

Sampai sahaja di biliknya,Jimin terus membasahkan badannya.

Rambut ditolak ke belakang.Mukanya kelihatan agak tegang dan sedikit berserabut.

Dibiarkan air-air itu mengalir di setiap lekuk badan sasanya sehingga turun di enam ketul 'coklat' yang cantik terbentuk.Uiii cekci wehh!

Uiii cekci wehh!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now