Naura dan Ian tercengang.Mereka saling berbalas pandangan sebelum memandang Suha yang khusyuk betul makan.
Suha makan tanpa memperdulikan mereka berdua.
Ayden yang sedang makan makanannya juga berhenti sambil matanya memandang mamanya.Berkerut-kerut dahinya.
Diambil ayam goreng.
Diambil daging salai.
Diambil ikan masak merah.
Ian ternganga.Ni betul ke isteri dia ni?Suha bukan jenis yang kuat makan tapi...sekarang ni apa?
"Sayang..."
Suha mengangkat mukanya memandang suaminya sambil tersengih.
"Tak kenyang lagi ke?"
"Tak"
Suha menyambung 'kerjanya' yang tergendala tadi.Ian memandang Naura."Adik rasa ni bukan kakak"ujar Naura selamba.
"Hah?"
"Maybe ni bukan kakak.Kakak bukan jenis yang kuat makan.Lainlah kalau adik"kata Naura sambil memandang kakaknya yang begitu berselera menyantap makanan.
"Sayang...stoplah makan.Sayang dah makan banyak dah ni"tegur Ian dengan lembut.
"Saya lapar lagi..."cebik Suha.Secara automatik Suha berhenti makan.Matanya mula berkaca-kaca.Tercebik-cebik bibirnya gara-gara menahan diri daripada mengalirkan air mata.
"Ehh kenapa pulak ni?"Ian mula kalut melihat mata isterinya yang berkaca-kaca.
"Akak ni dah kenapa?"Naura tercengang.
"Nak makan tapi abang tak kasi"air matanya mengalir.
Naura menepuk kuat dahinya.
"Hah???"
"Seriously ada something yang tak kena dengan akak ni"ujar Naura serius.
"Janganlah nangis.Okay fine sayang makanlah.Teruskan teruskan"Ian mengukirkan senyuman paksa.
"Okay!"Suha terus tersenyum lebar.
Sekali lagi Ian dan Naura tercengang.
Ian betul-betul tidak faham dengan emosi Suha yang tiba-tiba sahaja berubah.
"Kenapa dengan mama tu?"Ian memandang anaknya.
"Bbabba!"
"Mama ni pelik kan?"
"Bbabba!"
Ian meletuskan tawanya.Entah apa ynag dikatakan oleh Ayden pun dia tak tahu.
*****
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam.Apasal call abang ni?"Fayyad kepelikan.Naura jarang menelefonnya melainkan dia terdesak sangat-sangat.
"Call pun salah ke?"
"Tak salah.Cuma pelik.Adik takkan call abang melainkan adik terdesak sekarang"tempelak Fayyad.
"Bijaknya abang.Memang adik terdesak pun sekarang.Mana umi?Adik nak cakap dengan umi.Buat apa cakap dengan abang.Membazir air liur adik je"ujar Naura selamba.
"Amboi kau dik..."
"Cepatlah mana umi?Adik call umi tak angkat pun"
"Phone umi tertinggal kat rumah.Umi dan abi keluar tadi.Hah adik nak cakap apa dengan umi?"
"Adalah...Sibuk ahh!"
"Ehh budak ni aku cekik kangg!"
"Nak cekik orang?Cekik lahh tu pun kalau boleh lah"Naura meletuskan tawanya.Suka menyakat abangnya itu.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...