"Ayden sayang~hari ni mama balik.Yahooo"diangkat tinggi tubuh kecil itu.Ayden tergelak sehingga tersembur air liurnya.
"Nah susu dia"botol susu disuakan kepada Hani.Taehyung yang sedang menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya tersenyum melihat Hani yang teruja untuk menyuakan botol susu itu ke mulut kecil Ayden.
Comel.
Tanpa aba-aba Taehyung duduk di hadapan Hani yang sedang memegang Ayden itu.Dia memerhati Hani yang asyik mengagah Ayden.
Ayden hanya minum sikit sahaja susu formula.Selepas itu bayi itu langsung tidak mahu minum formula itu.Hani mengeluh berat.
"Ayden minumlah lagi.Aduhh ini budak"keluh Hani.
"Dia taknak minum ke?"tanya Taehyung.
"Haah dia taknak.Ayden ni susah sikit nak minum susu formula.Dia nak susu ibu"jawab Hani sambil memuncungkan mulutnya.
"Awak takde susu ke?"tanya Taehyung polos.Hani terus menghadiahkan jelingan tajam kepada Taehyung.Apa jenis soalan lah dia ni?!Soalan KBAT ni😑hah sila lah jawab sorang.
"Soalan mintak penampar ni"Hani mengetap bibir geram.
"Orang tanya je pun.Itu pun nak marah"cebik Taehyung.Alahai comelnya.Sis suka😍
"Meh saya pulak tanya awak eh.Awak takde susu ke?"sindir Hani selamba.
"Apa jenis soalan lah awak ni!Saya lelaki mana ada susu!"balas Taehyung geram.Lelaki mana ada susu.Gila lah soalan pun.Hani dipandang dengan pandangan yang tidak berpuas hati.
"Hah tahu pun.Sama lah macam saya!Saya ni mana kahwin lagi.Anak pun takde lagi!"jeling Hani.
"Yelah yelah sorry"jeling Taehyung pula.
"Ni macam mana ni?Ayden tak nak minum susu"keluh Hani.Dipandang Ayden yang sedang bermain dengan jarinya.
"Paksa jelah"jawab Taehyung mudah.
"Eh gila!Ni anak orang bukan anak patung.Kang kena cop dera budak kang.Saya muda lagi okay.Taknak masuk lokap.Kalau awak nak masuk lokap tak payah heret saya sekali"tempelak Hani.
"Laaa taknak ke masuk lokap sekali dengan saya ke?Taknak teman saya?Sunyilah kalau awak takde"cebik Taehyung sambil membuat mimik muka comel.
"Ingat comel ke?"selar Hani.Tapi memang comel pun.
"Tak comel ke?Macam ni tak comel ke?"dikembangkan pipinya sambil bibirnya dicebikkan dan mata dikelipkan beberapa kali.
Hani tergelak."Yelah yelah comel"
Tiba-tiba Naura keluar dari biliknya dengan bersiap lengkap seperti mahu keluar.Dia kelihatan tergesa-gesa.Taehyung memandang Naura yang sedang melintasi mereka.Cantik.
Naura hanya memakai blouse labuh berwarna biru lain dan dikenakan seluar slack serta shawl putih di kepalanya.Tidak lupa beg sandangnya.Simple tapi still nampak cantik.
"Adik nak pergi mana tu?"tanya Hani.
"Adik nak pergi pekan kejap.Nak beli something.Nanti adik balik eh.Bye assalamualaikum"sejurus itu dia terus masuk ke dalam grab yang sedang menunggunya dari tadi.
"Ishh budak ni!"Hani menggelengkan kepalanya.
*****
Suha melangkah masuk ke dalam rumah sambil pinggangnya dipaut oleh Ian.
"Abang,saya boleh jalan sendiri lah"ujar Suha tidak selesa lebih-lebih lagi Hani dan Taehyung yang sedang perhatikan mereka berdua je sejak daripada tadi.
![](https://img.wattpad.com/cover/203136023-288-k858672.jpg)
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Roman d'amour{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...