Bukk!
Qayyum tersungkur di atas lantai setelah ditumbuk oleh Ian.Wajah Ian pada ketika itu sangat tegang kerana terlalu marah dengan Qayyum.Tapi kenapa dia marah sangat?Apa yang Qayyum buat sampai Ian marah?
"Don't you dare Qayyum!Nasuha is my wife now and forever is mine until I'm died! She's mine and never be yours!"berang Ian.Wajahnya kemerah-merahan kerana terlalu bengang dengan jejaka di hadapannya.Rasa mahu dipecahkan je muka lelaki itu.
Siapa yang tak mengamuk kalau ada lelaki lain yang meminta isterinya seperti meminta barang.
"Calm down!"Fayyad cuba menahan abang iparnya daripada kembali membelasah Qayyum.Tan Sri Haji Hakim pula menarik Qayyum daripada Ian yang sedang berang dengan jejaka itu.
"Qayyum?!"
Semua mata memandang ke arah Suha yang sedang berjalan mendekati mereka.
"Apa awak buat kat sini?Ian!Kenapa dengan pipi awak?!"Suha terus meluru ke arah suaminya.Pipi Ian dipegang dengan raut wajah risau.Fayyad melepaskan abang iparnya bagi memberi ruang kepada mereka berdua.
"Suha..."Qayyum memandang Suha dengan pandangan yang sayu.Hatinya sakit melihat Suha dan Ian.Pedih.Terluka.Cemburu.Dia mahu Suha menjadi miliknya namun sekarang Suha telah menjadi milik orang lain.
Suha memandang Qayyum.Dia berasa terkilan dengan jejaka itu.Kenapa Qayyum berubah dengan terlalu mendadak...
"Kenapa awak buat macam ni Qayyum?"lirih Suha.Dia tidak sanggup melihat Qayyum seperti ini.
"Tolonglah Suha...saya nak awak"rayu Qayyum dengan pandangan yang sayu.Sungguh dia berasa terseksa dengan semua ini.
"Qayyum...saya dah jadi isteri orang.Dan awak sendiri dah jadi suami orang.Lebih baik awak jaga isteri awak.Lagipun dia sedang mengandungkan anak awak.Dan saya takkan dapat terima awak kembali"ujar Suha dengan nada memujuk.
"Saya tak cintakan dia.Saya cintakan awak. Awak cintakan saya.Saya tahu yang awak langsung tak cintakan lelaki ni.Tak mungkin awak akan bahagia dengan dia"sempat lagi Qayyum merenung tajam ke arah Ian yang sedang memandangnya dengan pandangan yang membunuh.
Nafasnya turun naik gara-gara Qayyum.
Suha memandang Ian dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.Ian turut membalas pandangan isterinya.Mereka bertatapan untuk seketika.Suha mengeluh berat.
"Ya memang saya tak cintakan dia.Tiada langsung perasaan saya pada dia.Walaupun sekelumit.Saya mengaku tu.Tipulah kalau saya cakap yang saya dah takde perasaan pada awak.
Tapi sekarang ni dah berubah.Dia suami saya.Saya isteri dia yang sah dari segi agama.
Sebagai isteri...saya wajib cintakan suami saya.Jadi tolonglah Qayyum...saya merayu pada awak.Lupakan saya.Move on.Dan pesanan saya,jaga Huda dengan baik.Allah dah amanahkan dia pada awak.
Jangan sakiti dia.Jaga dia dengan baik.Awak akan jadi bapa.Jadilah contoh yang baik kepada bakal anak awak.Saya tahu awak baik.Awak baik sangat.
Terima yang kita takde jodoh.Saya doakan awak bahagia dengan Huda"Suha memandang Qayyum dengan pandangan yang redup.Apapun hidup mesti diteruskan.
"Awak pergilah balik. Ian...pipi awak lebam.Bibir awak luka.Jom saya rawat luka awak"sejurus itu Suha terus menarik tangan Ian agar mengikutinya.
"Qayyum,kamu balik ye.Atuk sayang kamu.Jaga diri baik-baik"Encik Derek menasihatinya agar pulang ke rumah sekarang.
*****
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...