"Akak,scary lah tengok perut akak ni.Macam dah sarat sangat.Adik takutlah.Macam dah nak meletup.Kang meletup kat sini kang naya adik kena angkat akak"Naura memandang gerun perut kakaknya yang seperti mahu meletup.
Suha yang sedang makan buah epal hijau itu tergelak spontan.Sekali sekala pinggangnya diurut kerana berasa lenguh.
Sepatutnya Suha sudah check in hospital tapi dia je yang tak nak lagi.Katanya lambat lagi nak bersalin.
"Dik,akak tak bersalin lagi lah.Due date lagi dua minggu so takde nye nak bersalin sekarang.Chill lah dik.Yad rileks je akak tengok.Yang adik gelabah sangat kenapa?"bebel Suha.Sejak akhir-akhir ini Suha selalu membebel.Maybe sebab dah nak jadi ibu kot.
"Abang tu apa yang dia tahu?Asyik rileks je.Cheh!Kalau apa-apa jadi susahlah nanti.Adik dengan abang tu datang sini untuk seminggu je.Tu pun sebab adik cuti sekolah"gumam Naura.
"Adik janganlah risau sangat.Akak okay lagi lah.Kalau akak dah nak bersalin bawak jelah pergi hospital.Senangkan"
"Suka hati akaklah.Oh ya Abang Qayyum kirim salam.Dia minta maaf sebab tak sempat nak singgah sini sebelum pergi outstation"bibir Naura mula mengoyakkan senyuman nakal.
"Emmm okay"
"Okay je?"
"Dah tu adik nak akak cakap apa?"
"Cakaplah yang akak rindukan dia ke apa ke..."sakat Naura.Terus kemerahan-merahan wajah Suha mendengar ujaran daripada adik bongsunya itu.Dia malu sebenarnya.
"Apa adik ni..."
"Alah akak ni.Abang Qayyum kan bakal suami akak.Janganlah malu-malu.Aduh akak ni"tempelak Naura selamba.
"Bakal je bukan dah jadi okay!"geram Suha.
Ya,Suha telah menerima lamaran Qayyum.Dah sebaik sahaja Suha habis pantang,mereka berdua akan terus diijab kabul tanpa perlu bertunang.
Suha mengambil keputusan untuk menerima lamaran Qayyum kerana dia telah membuka hatinya untuk jejaka kacak itu.Lagipun Qayyum betul-betul sanggup menerimanya yang serba kekurangan ini.
"Yelah akak.Terserah!"
Terletus tawa mereka berdua selepas mata mereka berdua bertembung.
*****
"Jimin,aku nak cuti esok boleh?"tanya Taehyung kepada Jimin sebaik sahaja memasuki ruangan pejabat milik jejaka itu.
"Kau ni.Kalau kau nak cuti, dipersilakan.Aku takkan halang kalau kau nak cuti.Aku tak kisah pun.Kau kawan baik aku kot.Aduh kau ni.Macam tak biasa pulak"tempelak Jimin seraya ketawa kecil.
"Memanglah tapi aku still lagi pekerja kat syarikat kau ni cerdik!"balas Taehyung.
"Yelah yelah.Ni kau nak cuti ni apahal?Ada problem ke?"
"Takde lah.Keluarga aku nak balik kampung so aku kenalah ikut sekali"cebik Taehyung tidak berpuas hati.Dia bukan takde orang nak cuma hati dia tak terpaut pada mana-mana perempuan lagi.
"Blind date lah ni?"sakat Jimin.
"Kau diam sebelum aku lempang kau kat sini.Takdelah sebab eomma aku takkan paksa aku dah and now I'm free!"ujar Taehyung dengan berlagaknya.
"Pulak dah...Cepat-cepatlah kahwin Tae.Maka dengan ini terlepaslah aku dari rumor yang cakap kita dua ni gay"terletus tawa Jimin apabila mengingati semula rumor yang mengatakan mereka berdua gay sebab mereka berdua sentiasa bersama dan si Taehyung tidak pernah menunjukkan rasa minat atau suka kepada mana-mana perempuan selama dia hidup.
"Aku bukan gay bodoh!Aku straight okay.Aku bukan belok"tempelak Taehyung seraya mencerlung tajam ke arah Jimin.Jimin hanya ketawa.
"Aku tahu yang kau straight tapi kau kenalah buktikan yang kau tu straight Tae..."ujar Jimin selamba.
"Dah hati aku ni tak berkenan kat mana-mana perempuan lagi aku nak buat macam mana.Soal hati dan perasaan ni bukannya mudah"balas Taehyung senada.
Yelah cakap panjang-panjang dengan Jimin ni takde faedah pun.Membazir air liur je.
"Yelah Tae...Terserah kau.Dahlah aku nak keluar lunch.Kau nak ikut tak?"Jimin memandang Taehyung di hadapannya.
"Aku on je.Lagipun semua kerja dah siap.So...jomm!"Taehyung mengukirkan senyuman petaknya.Tanpa menunggu lama,mereka berdua berlalu pergi ke restoran berhampiran.
K done 👍
Hah amacam?Ok tak?Pendek je chapter kali ni🙊❤️
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...