Mata Jimin memerhati langkah beberapa orang lelaki yang memakai kopiah dan songkok yang sedang melangkah masuk ke dalam bangunan yang berkubah besar itu.
Sejak dia pulang daripada Kanada,itulah rutin hariannya.Terdengar sahaja suara yang menenangkannya itu,dia terus datang mencari arah suara yang merdu itu.Entah mengapa dia berasa tenang mendengar suara tersebut.
Dapat dilihat mereka berpusu-pusu memasuki bangunan berkubah itu.
Terdetik mahu memasuki juga namun dia berasa tidak layak untuk memasuki bangunan yang dirasanya seperti tempat suci itu.
Kereta yang dipandu diberhentikan berdekatan dengan masjid itu.Jimin berada di situ sehinggalah dia terlelap di dalam kereta.Agak lama dia terlelap di situ.
Knock! knock!
Tingkap keretanya diketuk dari luar.Jimin yang sedang tidur itu terus mencelikkan matanya.Cermin diturunkan kerana melihat terdapat seorang lelaki tua mengetuk tingkap keretanya.
"Kenapa tidur kat sini?"tanya pakcik itu ramah.Senyuman menghiasi bibir.Wajah pakcik itu seperti bercahaya dan berseri-seri menyebabkan Jimin berasa segan.
"Err saya...emmm maaf saya tertidur tadi"balas Jimin serba salah.Bikin malu aja ini orang.Dasar Park Jimin.
"Ouh bukan apa pakcik cuma pelik anak ni dari tadi kat sini.Takut orang lain mengata pula nanti.Takpelah kalau macam tu.Pakcik balik dulu ye"pamit pakcik itu.
"Pakcik!"panggil Jimin tiba-tiba.Dia keluar dari keretanya lantas menghampiri pakcik itu.
"Ye kenapa?"dapat dilihat bahawa Jimin dalam keadaan gelisah.Sebenarnya Jimin mahu bertanya tentang sesuatu yang sering kali mengganggu fikirannya namun dia berasa segan.
"Beritahu je pakcik.Kamu ni gelisah semacam je pakcik tengok.Cakap je kalau pakcik boleh tolong pakcik tolong"ujar pakcik itu setelah melihat anak muda di hadapannya itu masih mendiamkan diri.
"Ajarkan saya tentang Islam"
*****
"Apa?!"
Suha kelihatan serba salah."Kami dah ambil keputusan untuk tangguh tarikh wedding hingga lagi dua bulan"
"Tapi kenapa?"
"Sebenarnya saya terpaksa ke New York selama sebulan lebih gara-gara ada masalah yang berlaku tapak projek.
Kalau diikutkan bukan saya yang handle tapi disebabkan orang yang handle projek ni sedang bercuti lama kerana accident kelmarin saya terpaksa menggantikannya" Qayyum menerangkan situasi yang dihadapinya.
Sungguh dia berasa bersalah kerana menyusahkan semua orang.
Semua orang terdiam mendengar penerangan daripada Qayyum.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...