P/s: lps ni saya akan guna nama IAN ehh
"Sebenarnya...saya ada jumpa dengan ayah awak minggu lepas"beritahu Ian serba salah.
Terbuntang mata bulat Suha."Kenapa awak jumpa abi?"
"Saya dah tak sanggup pendam rasa bersalah saya jadi saya jujur pada ayah awak.Even dapat penampar free tapi alhamdulilah saya rasa tenang lepas saya luahkan kepada ayah awak"ujar Ian serba salah.
"Abi tampar awak??Sakit tak?"laju aja tangan Suha ditekupkan pada pipi Ian.Tuala di wajahnya jatuh ke riba.Jelas pada wajah Suha yang dia risau dengan keadaan Ian.
Ian agak terkejut dengan tindakan Suha namun dia gembira kerana Suha risaukan dia.Tangan Suha yang masih melekat di pipinya disentuh dengan lemah lembut sebelum dibawa ke riba.Eh suka suki dia je pegang tangan orang.
"Tak sakit pun.Macam kena gigit semut je.Risau juga awak kat saya"
Suha yang baru menyedari ketelanjuran perbuatannya terus terbuntang matanya.Dia cuba menarik tangannya dari genggaman Ian namun jejaka itu menggenggam erat tangannya.Ia tersenyum manis.
Wajah Suha berona merah kerana ini kali pertama dia menyentuh tangan lelaki.Mahu gugur jantungnya tatkala Ian memegang erat kedua-dua tangannya.
Wahai jantung janganlah kau buat hal kat sini!
"Tangan awak lembut.Saya suka"tempurung tangannya diusap lembut menggunakan ibu jari Ian.Kulit Suha memang lembut.
"Macam mana awak boleh ada kat masjid tu?"tanya Suha mahu menghilangkan rasa malunya.Suha tidak memandang ke arah Ian sebaliknya dia hanya memandang lantai.
"Ayah awak yang jemput.Dia dah tak marahkan saya.Saya pun dah menyesal dengan perbuatan saya dulu.And the end muncul lah Ian Naufal Park Abdullah"jawab Ian selamba.
"Abi dah tak marahkan awak?"
"Tak"
Selepas itu kedua-duanya terdiam seribu bahasa.Wajah Suha masih lagi kemerah-merahan."Boleh tak awak lepaskan tangan saya?"pinta Suha.Dia tersipu malu.
"Kalau saya tak nak macam mana?"Ian mendekatkan dirinya dengan Suha.Sengajalah mamat ni!
"Aw..wak jangan macam-macam eh"Suha mula berasa gerun dengan Ian.Aihh menyeramkan.
"Wae?Kita dah jadi suami isteri dah pun.Kalau saya nak buat apa-apa pun...tak salahkan?"Ian mengukirkan senyuman menggodanya.Dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Suha.Melihat wajah Ian yang mendekati mukanya,Suha terus memejamkan matanya.Takut.
Ian pov..
Wajah dia sangat sempurna.Aku betul-betul terpesona melihat wajah dia.Sebenarnya aku saja je nak mengusik dia tapi last-last aku jugak yang tak tentu arah tengok muka dia ni.
Ya wajah Suha sangat cantik dengan kulitnya yang putih bersih tanpa sebarang cela.Hidungnya mancung tapi sedikit kecil.Tapi still nampak comel.
Pipi Suha yang kemerahan-merahan kerana malu membuatkan aku semakin mahu mencium pipinya.Sabar sabar.
Mata aku turun sehingga ke bibir merahnya.Suha menggigit sedikit bibirnya.Bibir bawahnya agak menggigil kerana terlalu gementar.
'Damn!I want to taste that lips so bad!'
Air liur ditelan kasar.Mata aku betul-betul berminat dengan bibir dia yang basah itu.Mahu sahaja dia menyambar bibir kecil itu.Tapi kang jadi benda lain pula.
Jangan-jangan!
Dengan dia bendera merah.
Jangan buat hal Ian!
'Kalau aku sentuh sikit takpekan?'
Sikit sahaja lagi bibir Ian mahu menempel di bibir Suha dan...
Cup!
End pov
Cup!
Mata Suha terbuntang luas tatkala terasa sesuatu yang lembut dan kenyal menempel pada bibirnya.Namun dia kaku tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang.Dia buntu.
Ian melakukannya dengan sangat lembut menyebabkan Suha sendiri hampir tersungkur.Ini kali pertama dia berada dalam situasi yang sedemikian menyebabkan dia kaku di situ.
Namun ciuman Ian menjadi semakin....errr ghairah.Tangan Ian memegang belakang lehernya bagi memperdalamkan ciumannya.Dia seperti ketagih mahukan yang lebih lagi daripada itu.
Dada Ian mula berombak-ombak tidak teratur.Nafasnya juga tidak teratur.Tapi kenapa?
Suha yang mula tidak selesa terus menolak tubuh Ian sedikit kuat sehingga tautan bibir mereka diputuskan.
Ian agak terkejut namun dia menyedari ketelanjuran dirinya.'Apa aku dah buat ni?' dia berasa agak kesal.
Wajah Suha berona merah.Dia malu dengan suaminya itu."Sorry"kata Suha perlahan sebelum berlari memasuki tandas.
'Damn it!'
"Suha.."
"Suha!"
Tangan Suha cuba dicapai namun ditepis perlahan oleh wanita itu.Ian cuba untuk menahan pintu itu namun tidak berhasil.
"Suha... please buka pintu ni.Saya minta maaf.Saya tak sengaja.Saya tak boleh kawal diri saya tadi.Saya betul-betul minta maaf.Please...buka pintu ni.Jangan buat saya macam ni..."pintu bilik air itu diketuk banyak kali namun tiada balasan daripada Suha.
Ian merengus kasar.Dia sangka pulak yang dia boleh hilang kawalan.Nasib baik sempat stop.Kalau tak habislah...
Dia tak nak Suha membencinya.Dia tak nak Suha takut dengan dirinya.
*****
Masuk sahaja dalam bilik air itu Suha terus terduduk di atas kerusi dalam bilik air tersebut.
Tangannya yang agak menggeletar itu menyentuh perlahan bibirnya.Seperti tidak percaya tentang kejadian tadi.
Masih terasa hangat bibir Ian di bibirnya.
Sebenarnya dia berasa berdosa kerana menolak suaminya.Namun apakan daya dia tidak bersedia.Tambahan pula dia dalam proses bulan mengambang.
"Umi!!!Malu nyaaa!"Suha menekup mukanya kerana terlalu malu.
"Bila aku nak keluar eh?Takkan nak keluar sekarang.Aihhh harap-haraplah dia dah keluar.Kalau tak buat malu je"gumam Suha perlahan.
Selepas setengah jam barulah Suha keluar dari bilik air dan...yeahhh!
Ian dah takde dalam bilik ni!Oyeahh!
Suha menarik lafaz lega.Tiba-tiba dia terdengar bunyi bising di bawah seperti berlaku pergaduhan."Ya Allah!Apa pulak yang terjadi ni?"dengan pantas Suha memakai purdahnya sebelum turun ke bawah untuk melihat apa yang terjadi.
P/s : huwaaaa sorry saya tak pandai buat scene2 macam tu🤧😅😬tpi siyess meremang bulu roma nii😑😶
Sokay cite ni xde mature content ok😌
Harap maklum terima kasih
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...