5 tahun telah berlalu dan tidak disangka yang Ayden dan Mikayla dah besar.Ian pula semakin menua ehh😌🤭Tua apa?Baru 30 tahun tapi tua lah tu kan😌
Suha menyediakan baju dan seluar untuk suaminya memandangkan jejaka itu akan keluar bersama anak-anaknya.
Bukan selalu mereka berdua dapat meluangkan masa dengan papa mereka.Now mereka berada di Malaysia kerana lagi seminggu Naura akan berkahwin dengan seseorang yang dia sendiri tak kenal.
Tapi Naura tak kisah pun.Asalkan lelaki tapi bukan suami orang sebab Naura bukan seorang perampas.
Al kisahnya ada seorang lelaki telah membawa rombongan meminang kerana dia telah lama berkenan pada Naura.Tan Sri Haji Hakim bukan semudah itu untuk melepaskan anak perempuan tunggalnya.
Kebetulan pada ketika itu Naura tiada di rumah kerana ada kes yang memerlukan dia turut sama ada.Eh jap kini Naura telah menjadi seorang peguam yang disegani ramai.
#sisbangga
Ramai yang berminat untuk menjadikan Naura sebagai suri hati tapi...tak lulus ujian abinya.
Rukun iman ada berapa?
Rukun Islam ada berapa?
Itu hanya soalan basic jadi kalau tak boleh jawab sila hapuskan angan-angan nak jadi menantu kepada Tan Sri Haji Hakim.
Selepas itu lelaki tua itu akan menguji lagi dengan beberapa ujian tapi ujian biasa-biasa je sebenarnya.Suruh jadi imam solat,baca doa makan and something like that.
*****
"Sayang..."
Terkejut Suha apabila tiba-tiba sahaja Ian memeluk pinggangnya daripada belakang.Sejak berkahwin dengan Ian,Suha tahu akan tabiat Ian yang suka sangat peluk dia daripada belakang.
Apa?Pikir sweet ke?
"Abang... janganlah.Basah saya nanti.Abang dahlah baru selesai mandi"Suha cuba meleraikan pelukan Ian yang agak erat itu.
"Alah sekejap je.Abang nak manja-manja dengan isteri abang ni"disembamkan pada leher jinjang Suha.Dikucup lembut bahagian itu sehingga Suha merengek kegelian.
"Abang stop.Nanti lambat pulak abang nak keluar dengan budak-budak tu"Suha cuba menolak kepala Ian dari lehernya.
"Kejaplah sayang"
Terbuntang mata Suha apabila Ian menggigit lehernya sehingga meninggalkan kesan merah keunguan.
"Abang!"
Ditilik lehernya yang kemerah-merahan itu dengan perasaan sebal.Ni kalau ada orang nampak ni matilah aku!
"Sayang nampak sedap sangat tu yang terbuat kat situ"ujar Ian tidak bersalah.Dia bergerak menjauhi isterinya yang seperti mahu meletus itu.
Dengan selamba badak dia memakai pakaiannya seperti tiada apa yang berlaku.
"Abang ni memanglah!Dah tua-tua pun nak menggatal!"jeling Suha.
"Aipp apa tua-tua ni!Abang muda lagi okay!Still handsome and hot"dikenyitkan mata kepada isterinya itu.
"Please lah..."Suha menggulingkan matanya tanda menyampah.
"Hek eleh...Abang tahulah yang abang ni hot.Kalau tak macam mana Ayden dan Mikayla tu boleh wujud kalau bukan sebab abang"Ian tersenyum nakal.
"Eii abang ni gatal lah!"
"Abang gatal eh?Meh sini abang tunjuk macam mana abang punya gatal"tangan Suha ditarik oleh Ian lantas dibaringkan isterinya di atas katil.Ditindih selamba tubuh kecil isterinya itu.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...