Ian menelan air liurnya berkati-kati.Di hadapannya sekarang adalah seekor lembu yang besar fizikalnya.
'Besarnya lembu ni!'
Ian melangkah ke belakang kerana agak gerun melihat fizikal lembut itu.Mati lah aku!
"Mat ni kita akan tumbangkan hujung minggu ni.So kalau ada sape-sape nak bagi pesanan terakhir pada si Mat ni boleh lah cakap sekarang"ujar Tok Hisham sambil tergelak.Badan lembu itu diusap manja.
Mat?Nama manja si lembu ni sebenarnya.
"Mat...bini kau si Minah tu nanti aku carikan pengganti kau eh...Kau jangan risau nanti aku jaga si Minah tu dengan baik"ujar Pak Nik,pemilik lembu itu.Terburai tawa mereka melihat gelagat Pak Nik.
Si Mat pula mendengus kasar sambil menjeling ke arah Pak Nik.
Amboi lembu ni pandai pulak kau eh!
Ian tergelak melihat gelagat golongan tua yang asyik berbual sambil mengusik-ngusik lembu itu.Dia berasa tenang melihat masyarakat di kampung ini.
Walaupun ini adalah pertama kali dia datang ke Malaysia dan berada di kampung,dia tetap boleh menyesuaikan diri memandangkan masyarakatnya sangat peramah.
"Ni cucu menantu kau ke Sham?"tanya Pak Nik kepada Tok Hisham.Matanya melirik ke arah Ian.Kesemua mereka memandang ke arah Ian menyebabkan Ian berasa kekok.Dia cuba untuk tersenyum.
"Handsome nya dia"
"Putihnya kulit"
"Bukan orang Melayu ni"
"Mat saleh ke ni?"
Ian yang tidak memahami butir-butir bicara mereka hanya tersenyum.Dia melirik pada Fayyad yang menahan diri daripada meletuskan tawanya kerana dia tahu abang iparnya itu tidak memahami apa yang dibicarakan oleh pakcik-pakcik itu.
"Haah nilah cucu menantu aku.Dia bukan orang Melayu.Tapi aku tak kisah pun asalkan dia ni orang Islam dan boleh jaga cucu aku dengan baik"
"Ouhhh handsome gile dia.Ni konfem ramai anak dara kat kampung ni duk usha-usha dia nanti.Bahaya-bahaya "balas Pak Ali sambil tergelak besar.
"Tulah nasib baik aku ni tak handsome.Kalau tak berderet anak dara nak kat aku ni"celah Pak Nik pula.
"Kau tu dah lanjut usia.Umur pun nak mahu era 60-an.Tak payah nak berangan.Jangan nak perasan sangat!"tempelak Pak Hisham.Terus terletus tawa mereka.
"Yad!"
"What?"
"I can't understand what people are saying just now"beritahu Ian.Fayyad meletuskan tawanya.
"Seriously Fayyad... can you translate for me?"Ian menggulingkan matanya.Geram dengan sikap adik iparnya.Ian dan Fayyad boleh dikatakan sudah rapat memandang Ian pandai bergaul dengan Fayyad.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...