"Nak cakap apa?"
Taehyung masih memandang Naura yang tidak mahu memandang wajahnya.Dia mengeluh berat.Naura masih lagi bersikap dingin dengannya.
"Esok saya dah kena balik sana"beritahu Taehyung perlahan.
"So?"
"I gonna miss you Naura"sayu Taehyung.Naura mengeluh panjang.Dia menatap wajah Taehyung yang sayu itu.Dia tak ada langsung perasaan pada jejaka kacak itu.
Ya memang dia handsome,baik,hormat orang tua,peramah,comel dan nakal.Semua orang suka dia tak kira tua ataupun muda.
Tapi maaf aku tak boleh...
Naura dan Taehyung saling berpandangan.Mereka berdua saling berbalas pandangan.Taehyung memandang Naura dengan pandangan yang redup.Jujur dia sangat mencintai gadis itu.
Walaupun Naura seorang yang agak baran dan tegas namun di sebalik itu ada kelembutan dan kemanjaan dirinya yang tersendiri.Namun semua itu hanya ditunjukkan kepada mahramnya sahaja.
"Kim Taehyung..."
"Hmm?"
"Lupakan perasaan awak yang tak pasti tu.Saya ni tak sesuai dengan awak.Perempuan kat luar sana berlambak kenapa awak pilih jugak saya ni?Kak Hani ada.Awak dengan Kak Hani secocok apa"
"Saya suka Hani tapi hanya sebagai kawan tapi saya cintakan awak Naura.Ini perasaan saya.Saya betul-betul serius tentang hal ni"
"Kenapa saya?Kenapa bukan orang lain?"
"Sebab awak ialah Naura Camelia.Satu-satu yang berjaya menapak dalam hati saya"
"Saya bukan seorang perempuan yang mudah.Awak tahu kan?Prinsip saya...no love relationship before marriage.Saya takkan jatuh cinta pada mana-mana lelaki selain daripada bakal suami saya"
"Saya tahu.Sebab tu saya suka awak.Awak bukan macam perempuan lain.You're so different."
Naura terdiam seperti sedang berfikir akan sesuatu sebelum dia kembali bersuara.Muka dinginnya digantikan dengan muka yang tidak berperasaan.
"If you really love me...then halalkan saya"ujar Naura tenang walaupun tanpa sebarang senyuman yang terukir di bibirnya.
Ps: kalau nk feeling dengar lagu ni and hadam apa yg lagu ni cuba sampaikan.Melalui ini korang akan tahu apa yang Naura rasai dan mahukan.
Bukan sekadar melalui kata-kata sahaja buktikan dengan perbuatan."Hah?"
"Halalkan saya.Melalui itu sahaja awak akan dapat hati dan cinta saya"usai itu Naura terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Taehyung yang terpinga-pinga mendengar kata-kata gadis itu.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...