"Sayang?"suara Ian kedengaran.Derapan kaki kedengaran di cuping telinganya.
"Abang!"
Terus terlepas cengkaman tangan Faris pada penggelangan tangan Suha.Faris merengus kasar.Raut wajah Ian terus berubah tatkala melihat Faris berada agak dekat dengan isterinya.
"Kau buat apa kat sini?"tanya Ian sedikit kasar.Tangannya menarik lembut tangan Suha sebelum dirangkul erat pinggang wanita itu.
Sejujurnya dia tidak menggemari lelaki itu.Pada matanya nampak sangat yang lelaki itu menyukai Suha.Lebih-lebih lagi apabila melihat Suha yang kelihatan takut dengan Faris.
"Aku nak minum air"jawab Faris selamba.
"Tapi biarlah.Aku minum air kat luar je"sejurus itu Faris terus beredar dari situ.Namun dia sempat menjeling tajam ke arah tangan Ian yang terletak elok pada pinggang wanita yang dicintainya.
Melihat figura jejaka itu sudah hilang,Ian terus memeluk tubuh kecil itu.Suha menangis di dada Ian.Sungguh dia takutkan Faris.
"Shuhhh...sayang,abang ada dengan sayang.Beritahu abang apa yang Faris dah buat pada sayang?"tanya Ian dengan nada yang risau.
"Abang...saya takut.Faris tu jahat"teresak-esak Suha menangis.
"Dia buat apa?"rahangnya mengeras menandakan dia benar-benar marah pada tika ini.Kau sentuh isteri aku mati kau aku kerjakan!
Suha mendongakkan kepalanya untuk menatap mata kelabu milik suaminya.
Suha mengeluh berat."Malam ni.Malam ni saya akan ceritakan semuanya.Termasuklah macam mana lengan saya boleh tercedera"
"Ada kaitan dengan Faris?"
Suha menganggukkan kepalanya lemah.Riak wajah Ian bertukar menjadi tegang dan kemerahan-merahan.Suha yang dapat mengesan bahang kemarahan daripada Ian terus menyentuh lembut pipi Ian.
Suha menghadiahkan senyuman manis kepada suaminya.Dia cuba untuk meredakan api amarah Ian dengan sentuhan lembut daripadanya.
Berdasarkan apa yang umi pernah katakan,apabila seorang suami sedang marah cuba tenangkan dia dengan sentuhan fizikal daripada isterinya.
Tangan Suha yang masih menyentuh pipinya disentuh lembut.Dia tersenyum sedikit.
"Abang okay cuma rasa nak meletup je sikit"ujar Ian lembut.Air mata di tubir mata Suha diseka dengan jarinya.
"Janganlah marah.Saya tak suka abang marah-marah.Abang sayang saya kan?So janganlah marah-marah"ujar Suha seraya menyentuh kedua-dua pipi lembut suaminya itu.
"Yelah tapi kalau abang tahu dia sentuh walaupun hujung jari sayang...mati dia abang kerjakan.You're mine sayang.Abang tak suka hak abang disentuh sesuka hati.Abang cintakan sayang"tulus Ian.
Mereka berdua saling berpandangan sehinggalah....
"Rosak mata aku woii!Kalau tak tahan sangat pergilah cari bilik wehh!Rosak mata aku yang suci ni"rosak terus moment romantik mereka gara-gara kehadiran Hani yang tiba-tiba melangkah ke dapur.
Ian dan Suha terus menoleh ke arah Hani yang sedang menutup kedua-dua belah matanya.
"Mulut kau tu kan!"geram Suha.Tangannya diturunkan namun sempat pula Ian mencium sekilas tangan Suha.Suha terkejut dengan tindakan Ian.
"Walaweii bersemut gila!Dahlah kau terbantut aku nak ambik kek kat dapur.Alih-alih dapat tengok drama free pulak kat sini"selepas itu dia terus melarikan diri dari situ.
"Abanglah ni!"
"Ehh abang pulak.Sayang tu yang sentuh-sentuh pipi abang"
"Whatever.Now jom kita makan"ajak Suha ceria.Dia cuba untuk melupakan Faris untuk sementara waktu.Dia tidak mahu gara-gara Faris moodnya kelaut.
"Jom tapi..."
"Tapi apa?"
"Abang nak makan sayang"
"Eii gatal!Dahlah malas nak makan dengan abang.Baik saya pergi makan dengan adik"perut Ian dicubit kuat kerana geram dengan suaminya itu.
"HAHAHAHAHAHA!"
*****
Zzasss!
Mata tajam Naura dan Taehyung saling berlaga.Masing-masing masih lagi tidak berpuas hati.Hani hanya buat bodoh.Lantak koranglah asalkan tak terbalik meja ni.
Taehyung duduk berhadapan dengan Naura.Manakala Hani duduk di sebelah Naura.Apasal Taehyung duduk di bahagian perempuan?
Ni semua gara-gara gadis-gadis yang duk menggedik je dengan dia menyebabkan dia memilih untuk duduk dengan Naura dan Hani walaupun dia dan Naura memang seperti anjing dan kucing.
"Aduh korang dua ni..."keluh Hani.
"Si beruk ni yang duduk sini apahal?Ke dah amnesia?Takut-takut dah lupa jantina sendiri"bidas Naura smabil tersenyum sinis.
"Beruk?Mulut awak memang takde insuran eh?Eii budak ni aku debik kang"cerlung Taehyung.
"Apa budak-budak?Hah?Nak debik orang...lupakan niat anda sebab awak takkan boleh debik saya"Naura tersenyum penuh makna.
Betul apa yang dikatakan oleh Naura kerana gadis cantik itu merupakan juara taekwondo sejak darjah satu sehinggalah dia tingkatan lima.
"Dah dua-dua diam boleh tak?Nak makan pun tak senang.Aku kahwin korang dua kang!"
"Sape nak kahwin dengan budak hingusan ni?!"
"Sape nak kahwin dengan beruk ni?!"
Hani menghela nafas berat.Bila lah nak habis ni?Aku nak makan pun tak senang.Eiii sila meninggal lah Naura dan Taehyung oiii!
"Korang dua ni tak boleh berdamai ke?Penatlah aku duk tengok korang asyik bertekak je kerja"keluh Hani.
"Dia yang cari pasal dulu!"
"Budak katik nilah!
Hani menepuk kuat dahinya.Pening kepala aku dengan perangai dua orang makhluk niii.
*****
Nek Dahlia dan Pak Hisham dari tadi duk perkenalkan Ian kepada penduduk kampung yang datang.Ian hanya melayan sahaja.Senyuman manisnya sentiasa menghiasi bibir merahnya.
Sedang dia sibuk melayan tetamu yang dapat, baru dia sedar yang Suha tiada di sisinya.
"Nek,Ian nak cari Suha kejap"pinta Ian kepada Nek Dahlia.
"Pergilah.Takpe orang kampung pun dah makin berkurang"balas Nek Dahlia lembut.
Selepas itu Ian terus pergi mencari kelibat isteri kesayangannya.Tiba-tiba matanya terpaku pada figura Suha yang sedang bercakap dengan seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya.
Ian mempamerkan riak muka tidak senang.Rasa cemburu mula dirasainya.Rasa macam nak pergi heret je Suha dari situ.Tapi dia cuba untuk menenangkan dirinya sebelum bergerak mendekati mereka berdua.
"Sayang~"pinggang Suha dirangkul oleh Ian.Suha agak terkejut dengan tindakan Ian namun dia hanya membiarkan sahaja.
Dapat dilihat jelas pada wajah Ian yang dia tidak menyenangi kehadiran jejaka itu.Suha berasa tidak sedap hati.
Jejaka itu hanya tersenyum nipis memandang pasangan suami isteri itu.Walaupun terasa sakit pada hatinya namun apa yang boleh dia lakukan?Suha telah menjadi hak milik orang lain.
"Aku Ian Naufal.Suami Suha"dihulurkan tangan untuk berjabat sebagai tanda perkenalan.
"Aku Dashriq Irfan.Kawan lama Suha"
Ohooo ni last untuk malam ni😌💥
Next chapter esok lah pulak 🌸💁
Sayonara gaisss💁🌸
Enjoy it 😆👋💜

YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...