"Adik dengan Widad pergi ambik barang-barang yang nenek dah tempah kat kedai runcit"suruh Nek Dahlia kepada dua orang cucunya itu.
"Okay nek"
"No!Widad taknak.Dengan panas-panas ni.Burn kulit Widad nanti"bentak Widad tidak mahu.Dia menghentakkan kakinya tanda protes.
"Ehh kamu ni!"Nek Dahlia sudah bercekak pinggang.Geram pulak dengan perangai cucunya yang mengada ni.
"Fayyad ada kak?Suruhlah dia tu"kata Widad selamba.
"Fayyad takde.Fayyad keluar dengan atuk.Dah tak payah nak banyak songeh.Pergi je.Bukannya lama sekejap je pun.Aihh budak ni"balas Nek Dahlia.
"Kan.Jomlah.Takut betul kulit burn.Bukannnya dia tu cantik sangat.Kak Widad...baik burn kulit kat dunia ni daripada burn kulit kat neraka tu"sempat lagi Naura menempelak kakak sepupunya itu.
"Kau!"
"Dah pergi sekarang.Tak payah ank bergaduh"halau Nek Dahlia.Dengan perasaan tidak berpuas hati Widad membuntuti adik sepupunya itu.
"Macam-macamlah budak zaman sekarang"Nek Dahlia menggelengkan kepalanya.
*****
"Cepatlah Naura!Dahlah panas ni"bentak Widad sambil mengipas rambutnya yang keperangan itu kerana panas.Gedik punya perempuan.
Naura menjeling tajam ke arah Widad.Bukan nk tolong ke apa.Melalak je kerja.Eiii dasar perempuan plastik.Kenapa plastik?Sebab tengok hidung pun dah tahu plastik.Ingat elok ke buat plastic surgery?Tulah orang pergi sekolah belajar.Bukan pergi menggatal!
Dua plastik yang berisi rempah itu dibawa keluar dari kedai runcit itu.Dia mendengus kasar.
"Kau ni kan!Dah ambil satu"satu plastik diberi kepada Widad.
Setelah itu mereka berdua berjalan pulang ke rumah.Kenapa jalan kaki?Sebab si Widad ni konon-kononnya nak menikmati suasana kampung😒
Padahal nak usha lelaki-lelaki kat kampung ni.Gatal!
Semasa dalam perjalanan pulang,mereka terserempak dengan sebuah teksi yang terdampar di tepi jalan.
Tanpa menunggu.Widad,Naura terus menuju ke arah teksi tersebut.Kelihatan dua orang lelaki sedang berdiri di tepi teksi tersebut.
"Ehh Naura!Kau nak pergi mana tu?!"jerit Widad seraya mengikuti langkah remaja perempuan itu.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"pemandu teksi itu menjawab salam gadis cantik di hadapannya itu.
"Kenapa ni pakcik?Kereta ada masalah ke?"tanya Naura prihatin.
"Haah.Tiba-tiba kereta ni buat hal.Pakcik nak hantar penumpang kat depan tu.Sikit lagi nak sampai tapi kereta ni buat hal pulak dah"kesal pemandu teksi itu.
"Ouhh takpe pakcik.Biar saya call mekanik ya.Oh ya penumpang pakcik ni nak pergi kat depan tu je kan?Biar saya hantar dia takpe.Tu pun kalau dia naklah"pelawa Naura sambil tersenyum.Telefon dikeluarkan lantas mendail nombor telefon Abang Mail,mekanik di kampung itu.
Kelihatan pemandu teksi itu bercakap dengan penumpangnya yang berdiri membelakanginya.
"Pakcik,saya dah call mekanik.Nanti lagi 10 minit dia sampai"
"Terima kasih nak.Ni takpe ke anak ni hantar abang ni? Menyusahkan anak je"pemandu teksi itu kelihatan serba salah.
"Boleh je.Lagipun rumah saya kat depan tu je"
"Kalau macam tu terima kasih banyak nak"ucap pakcik itu.
Lelaki yang tinggi itu membalikkan badannya untuk melihat gerangan yang baik hati untuk menghantarnya walaupun hanya dengan berjalan kaki.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...