87🌺

7.9K 342 107
                                    

"Naura!"

"Naura!

Taehyung cuba mengejar langkah kaki Naura yang laju di hadapannya.Naura langsung tidak mempedulikan panggilan jejaka itu.

Su Hyun pula cuba menyaingi langkah Taehyung tapi agak susah memandangkan dia memakai kasut tumit tinggi.

Oleh kerana gadis itu tidak mahu berhenti maka penggelangan tangan Naura ditarik oleh Taehyung menyebabkan satu tumbukan yang agak kuat hinggap pada muka Taehyung.

Tapi Taehyung tahu kenapa gadis itu bertindak sedemikian.Naura ialah seorang gadis yang sangat menjaga batasnya dengan lelaki.Memang patutlah Taehyung kena tumbuk.

Terus terlepas pegangan Taehyung.Jejaka itu terduduk sambil memegang pipi dan hidungnya.Pedih.Sakit.Taehyung menyeringa kesakitan.

"Taehyung!"

Su Hyun berlari ke arah Taehyung.Jelas di mukanya yang dia risau akan keadaan jejaka itu."Hoi perempuan!Kau ni dah kenapa?!"berang Su Hyun.Dia menolak kuat bahu Naura dengan wajah yang bengis.

Siapa tak marah kalau orang yang dia sayang terluka.

"Kau tak tahu apa-apa baik kau diam"bidas Naura geram.

"Kau tu yang diam!Apa salah dia sampai kau tumbuk dia?!Kau ni kalau dah perempuan buat cara perempuan!Jangan nak jadi macam lelaki!"selar Su Hyun.

"Sekurang-kurangnya aku tak plastik macam kau!"sinis Naura.

Pang!!!

"Kau ni memang kurang ajar!"satu tamparan melekat pada pipi mulus Naura.Terteleng muka Naura dibuatnya.Naura terdiam seketika sebelum dia tergelak kecil walaupun kedengaran agak hambar.

Pipinya terasa kebas dan tepi bibirnya terasa pedih.Disentuh bahagian itu.Ada sesuatu cecair yang pekat mengalir.Darah!

"Wow.Sakit jugak eh.Sampai berdarah mulut aku kau tampar"walaupun Naura  nampak macam ok tapi hakikatnya...

Taehyung yang terkejut melihat perbuatan Su Hyun itu."Su Hyun!Apa yang kau dah buat ni?!Kau dah gila ke apa?!"berang Taehyung.Sakit pada pipi dan hidungnya tidak dihiraukan.Tumpuannya teralih pada Naura.

Taehyung cuba untuk mendekati Naura namun Naura mengundurkan diri ke belakang.

"Naura..."

Tiba-tiba esakkan kecil kedengaran.Taehyung terpana.Dia terbungkam.

Naura mengangkat mukanya.Taehyung terkaku di situ.Mata bulat Naura basah dengar air mata yang mengalir dari tubir matanya.

Ini adalah kali pertama dia melihat gadis dingin itu mengalirkan air mata.Sakit pada hatinya semakin terasa apabila melihat wajah sayu gadis itu.Tapi kenapa gadis itu menangis?

"Berhenti"

"Apa?"

"Berhenti cintakan saya.Saya merayu"lirih Naura dengan air mata yang mengalir tanpa henti.Lidah Taehyung kelu untuk membalas.

"Awak cintakan dia Tae..."air mata Naura semakin lebat.Hatinya sakit sangat pada saat ini.Tapi kenapa?

"Apa awak cakap ni?"Taehyung cuba menenangkan hatinya yang mulai resah.

"Awak cintakan dia..."ulang Naura sambil melirik pada Su Hyun."No I'm not!"berang Taehyung.

"Yes you're...Saya faham apa yang awak cakap dengan dia.Jangan ingat saya bodoh.Walaupun awak layan dia kasar,saya tahu awak sayangkan dia.

Awak cintakan dia dan awak juga cintakan saya.Saya tahu awak ikhlas. Tapi...tak elok cintakan dua perempuan dalam satu masa.Sebab akan ada hati yang terluka.

And orang tu ialah saya..."Naura tersenyum dalam tangisan.

"Sa..saya..."Taehyung mula bingung.

"Jangan bagi saya harapan kalau awak sendiri yang memusnahkannya.Sakit sangat.Hati saya sakit sangat.Saya cuba buka hati saya untuk awak.

Tak ada lelaki yang pernah berjaya memecahkan tembok dalam hati saya selain daripada awak.

Sebab tu saya cakap pada awak.Halalkan saya..."luah Naura dengan linangan air mata.

Taehyung terbungkam.Dia benar-benar terkejut mendengar luahan hati Naura.Lidahnya kelu.

"Nau...Naura..."

"For now on...halalkan dia.Marry her Kim Taehyung.Lupakan saya.Lagipun dunia kita berbeza.Sangat sangat berbeza.

Lepas ni saya takkan muncul lagi dalam hidup awak.Saya minta maaf sebab dah kacau hubungan korang. Su Hyun,dia cintakan kau.You are so lucky.Good luck for both of you.Bye..."

Taehyung terkaku di situ.Kakinya ibarat digam di situ.Figura Naura yang beredar dari situ dipandang dengan perasaan yang terbelah bahagi.Air matanya mengalir tanpa dipinta.

Ye memang dia bodoh kerana mencintai dua orang gadis dalam satu masa tapi...dia tak sanggup melihat air mata Naura jatuh gara-gara dirinya.Setitis air mata Naura yang jatuh ibarat menghiris hatinya sendiri.

Aku sayang kan Naura tapi....

"Naura...."

"Maafkan saya..."


















K done for this chapter 😌
Naura and Taehyung only 😌
Jangan marah Tae🤧🙈💕🤭
Tpi kesian pulak kat Naura😫🙏🤧

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now