109🌺Aysar×Naura

10.3K 355 90
                                    

Doktor Arisa memandang jejaka itu sambil menahan tawa melihat wajah sugul itu sebelum dia mengalihkan perhatian pada Naura yang sedang terbaring di atas katil.

"Naura cuma demam je.Jangan risau sangat"ujar Doktor Arisa.

"Macam mana dia boleh demam?Semalam sihat je"tanya Puan Sri Hajah Darliya.

"Auntie nak tahu ke?Tapi kalau saya bagitahu kang menantu auntie pulak yang malu nanti"mata Doktor Arisa melirik pada Aysar.

"Bagitahu je"

"Okaylah.Macam ni...badan Naura baru nak sesuaikan diri dengan hormon suami dia.Tu yang boleh demam tu"beritahu Doktor Arisa.

"Oooooooooo"

"HAHHAHAHHAAHAH!"

"Jadi ni salah suami dia lah?"tanya Ian selamba.

"Haahlah.Tu lah gelojoh sangat kenapa?Tak lari manalah isteri tu"sampuk Fayyad selamba.Aysar hanya tersengih menahan malu.

"For now,biarkan dia berehat.And you jangan bersama dengan dia lagi buat masa ni.Biar dia sembuh dari demam dulu.Dia demam pun disebabkan you"pesan Doktor Arisa kepada Aysar.

"Okay Doc.Btw thanks"balas Aysar.

"Tu dah jadi tugas saya sebagai seorang doktor.Oklah saya balik dulu.Saya takut anak saya tersedar pulak sebab saya tinggalkan dia tadi"pamit Doktor Arisa sambil tersenyum manis.

"Thanks doc.Jom kita ke ruang tamu.Naura ni biar suami dia yang uruskan"

Sejurus itu mereka berpusu-pusu keluar dari bilik tidur mereka berdua.

"Kau jangan terkam dia.Dia tak sihat lagi tu.Kang lunyai adik ipar aku kau kerjakan"pesan Ian sambil tersengih nakal.

"Aku tahu lah.Isteri aku jugak .Kau boleh blah"dengus Aysar.

"Hahahha yelah yelah"selepas itu Ian pun keluar dari bilik tidur mereka berdua.Meninggalkan pasangan suami isteri itu.

Aysar mula berjalan mendekati katil.Direbahkan badan disebelah isteri kesayangannya,Naura Camelia.

Tangan dilingkarkan pada pinggang Naura untuk mendekatkan dirinya dengan Naura.Sisi wajah isterinya dipandang tanpa jemu.

"I love you so much sayang"dikucup lembut pipi mulus Naura.

Melihat Naura masih lagi terlena,Aysar tersenyum nipis.Digeselkan hidungnya pada pipi isterinya itu.Wangi.Dia suka dengan bau dari tubuh itu.Wangi sangat kerana ada bau strawberry.

"Eii kenapa sayang abang ni wangi sangat?"geram Aysar.

"Apa abang ni?"

Aysar kelihatan terkejut melihat Naura yang tiba-tiba sahaja membuka matanya.Naura menoleh ke sisi untuk memandang suaminya.

Secara automatik muka Aysar kemerah-merahan kerana muka mereka sangat dekat sehinggakan hidungnya bertemu dengan hidung isterinya.

"Kenapa muka merah?Abang demam ke apa?"

"Takde pape lah"

"Abang,saya nak bangun ni.Abang nak peluk saya lagi ke?"tanya Naura saambil melirik pada tangan Aysar yang melingkari pinggangnya.

"Takyah lah bangun.Sayang rehat je.Sayangkan tak sihat still lagi demam.Rehat je sini.Boleh abang peluk"ujar Aysar sambil mengeratkan lagi pelukannya.

"Saya demam sikit jelah"Naura cuba menolak tangan suaminya itu namun Aysar semakin mengeratkan pelukannya.

"Tak boleh.I'm your husband so jangan nak melawan.Abang yang buat sayang sampai demam.Sorry sayang..."cebik Aysar dengan perasaan bersalah.

"You're my husband.So you're my priority now.Apa yang abang nak saya akan cuba untuk bagi"senyum Naura.

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now