"Mama,kenapa Ciksu pakai baju cantik?"tanya Mikayla sambil melirik pada Naura yang sedang ditata rias oleh mak andam.
"Ciksu akan kahwin hari ni"jawab Suha sambil mengusap lembut kepala anak perempuannya yang nampak cantik mengenakan jubah dress tersebut.
"Kahwin?Kahwin tu apa?"tanya Mikayla.
"Kalau Ciksu kahwin nanti Kayla dapatlah baby baru"sampuk Fayyad yang tiba-tiba sahaja masuk ke dalam bilik Naura.Fayyad kelihatan sangat segak mengenakan baju melayu moden pada tubuh tough miliknya.
Anak saudaranya itu didukung dengan selambanya.
"Wahh!Nanti Ciksu boleh bagi Kayla baby"Mikayla menepuk tangannya berulang kali tanda dia berasa gembira.
"Apa abang ni!Eii geli lah!"bidas Naura.Cemberut terus muka Naura.
"Apa?Betul lah abang cakapTakkan kahwin tak dapat baby kot.Imposibble tapi kalau bakal suami adik tu gay...memang lambatlah dapat baby"sakat Fayyad sambil mencubit pipi gebu milik Mikayla.
"Diamlah abang!Dahlah masuk bilik orang.Dah keluar lah!"halau Naura.
"Amboi mentang-mentang dah nak jadi isteri orang...kau halau terus aku ehh"disekeh kepala adik perempuannya itu.
"Sakitlah abang!"Naura menarik muka masam.
"Hmph!Takpelah abang dah nak keluar dah.Abang datang ni nak kacau adik je.Hahahha okay jom Kayla ikut pakngah.Papa ada kat luar dengan Abang Ayden.
Akak,Yad ambik Kayla eh"pinta Fayyad.Anak orang ni takkan nak ambik macam tu je.
"Hah ambik lah"
Selepas itu Fayyad segera keluar dari bilik adiknya itu bersama Mikayla.
"Akak...abang tu kurang asamlah!Eii geramlah dengan abang tu.Rasa macam nak tumbuk je dia tu"dengus Naura tidak berpuas hati.
"Biasalah dia tu.Jangan dilayan sangat perangai tak semengah dia tu.Macam tak kenal abang Fayyad tu macam mana"
"Oh ya akak!Kak Hani datang tak?"
"Kak Hani?Dia kat otw tapi entahlah tak muncul-muncul lagi dia"Suha sendiri bingung tidak tahu Hani datang ke tidak.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...