"Eii kesayangan Ciksu ni makin tembamlah"tubuh Ayden yang semakin membesar itu didukungnya.
Pipi gebu anak saudaranya itu digomol sehingga Ayden terkekeh ketawa.Geli mungkin.
"Adik duk sini berapa lama?"tanya Ian sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.
"Maybe sampai bulan tiga tahun depan.Adik malaslah duk kat rumah.Bosan so baik adik datang sini.Boleh round satu Korea.Mana tahu boleh terserempak dengan artis Korea yang hot-hot macam Gong Yoo ke Rowoon SF9 ke!"ujar Naura dengan perasaan teruja.
Tersenyum lebar gadis cantik itu.Well...dia peminat kdrama so jangan rasa pelik sangat.Lagi-lagi drama Goblin dan Extraordinary You.
"Jangan dilayan sangat adik ni.Dia ni hantu drama Korea"bidas Suha yang datang ke ruang tamu bersama dulang yang berisikan air."Mana ada!"geram Naura.
"Suka hati adiklah.Oh ya adik nak pergi jalan-jalan ke nanti?"
"Naklah!Tapi bukan hari nilah.Adik baru je sampai sini.Maybe lusa baru adik keluar jalan-jalan"jawab Naura.
"Sorry lah adik sebab akak tak boleh teman adik.Akak ada kelas pagi sampai petang.Abang Ian pun kerja"Suha berasa bersalah.
"Haah.Abang busy sikit lately ni"celah Ian pula.
"Sokaylah nanti adik pergilah sorang-sorang"balas Naura selamba."No mana boleh adik pergi sorang-sorang.Bahayalah.Adik tu perempuan bukan lelaki.Kalau jadi apa-apa macam mana"Ian tidak bersetuju dengan kata-kata adik iparnya itu.
"Adik mana kenal sape-sape kat sini.So adik jalan sorang-soranglah"mudah betul budak ni kalau berfikir.
"Biar kawan abang yang temankan adik.Adik jangan risaulah.Kawan abang tu baik.Abang percayakan dia untuk jaga adik"Ian mengukirkan senyuman penuh makna.
"Siapa?"
"Siapa?"
Naura dan Suha terpinga-pinga.Kalau kawan Ian maknanya...takkan lah mamat tu🤪
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...