102🌺

7.6K 293 19
                                    

Jujur dia katakan yang dia bosan sangat sekarang.Dengan Ayden tiada di rumah sekarang.Setiap hari Ayden akan dihantar ke rumah ibu bapa Ian memandang Ayden agak lasak sekarang.

Bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,Ian meminta ibu bapanya untuk menjaga anak lelakinya itu.

Ian turut mengupah pembantu rumah untuk membantu Suha di rumah kerana tuntutan kerja.Pembantu rumah itu hanya dibenarkan pulang selepas Ian pulang dari tempat kerja.

Suha merenung perutnya yang memboyot itu.Dia mengusap lembut sambil tersenyum lebar.Cepatlah masa berlalu.Aku dah tak sabar ni!

"Puan"panggil Hyemi.

Suha berpaling ke arah Hyemi.Dia menghadiahkan senyuman manis kepada wanita yang berusia 20-an itu.

"Ye saya?"

"Kalau saya nak balik awal sikit boleh tak?"pinta Hyemi serba salah.

"Kenapa?Awak ada masalah ke?"tanya Suha prihatin.

"Nenek saya tak sihat.Dia call saya tadi.Tu yang saya nak minta balik awal.Saya dah cuba call Tuan tapi Tuan tak angkat.Sebab tu saya tanya puan.Boleh tak Puan?"jelas Hyemi serba salah.

Suha terdiam seketika sebelum dia tersenyum manis.

"Takpelah.Awak balik je sekarang.Lagipun sekarang dah lewat sangat.Awak balik je.Nanti saya bagitahu suami saya"ujar Suha lembut.

"Terima kasih Puan!"Hyemi berasa sangat gembira kerana dapat pulang awal.

*****

Jam menunjukkan pukul 11 malam.Namun Ian masih lagi belum pulang dari pejabat.Suha mengeluh panjang.

Tiba-tiba perutnya terasa sakit namun Suha cuba untuk mengurangkan rasa sakit dengan mengusapnya lembut.Takkan dah nk bersalin?Due date lagi dua minggu.Hmmm...

"Sayang...kenapa ni?"

Suha bercakap dengan anak dalam kandungannya.Dia cuba untuk menenangkan anaknya.

Jujur yang perutnya berasa agak sakit namun masih boleh dikawal lagi.Pinggangnya turut terasa lenguh menyebabkan dia tidak boleh duduk terlalu lama.

Suha mengambil keputusan untuk berdiri sahaja sambil mengurut pinggangnya yang terasa lenguh.

Suha mengelap peluhnya yang merenik di dahinya.

Telefonnya dicapai untuk menelefon suaminya memandangkan rasa sakit pada perutnya masih belum berkurangan.

"Assalamualaikum abang"

"Waalaikumussalam sayang"

"Abang lambat lagi ke balik?"tanya Suha lembut walaupun rasa sakit pada perutnya semakin mencengkam.

"Haah sebab abang kena siapkan proposal untuk meeting esok.Sorry sayang..."

"Ye ke?Emm takpelah.Sorry ganggu abang"Suha berasa serba salah pula terhadap suaminya.

"Sayang?Kenapa suara sayang macam tu?Sayang sakit ke?"

"Taklah..srtt!Ya Allah!"telefonnya terjatuh daripada genggamannya.Suha terduduk di situ.Perutnya disentuh kerana rasa sakit itu kian bertambah.

Kainnya terasa basah.Terbuntang mata Suha melihat darah mula menuruni kakinya.

"Ya Allah!"

*****

Ian segera mengemas barang-barangnya dengan perasaan risau terhadap isterinya.

Selepas talian terputus,Ian dihurung perasaan risau yang teramat sangat.Dia takut apa-apa terjadi pada anak dan isterinya.

Taehyung memasuki ruangan Ian bersama beberapa fail.

"Kau dah nak balik ke?"

"Haah.Aku risaukan anak dan isteri aku kat rumah.Aku rasa tak sedap hati sekarang"

"Takpelah.Kau balik je.Proposal ni biar aku yang siapkan"

"Thanks Tae.Apa-apa nanti aku roger kau"dengan segera Ian melangkah keluar dari ruangannya.Di benak fikirannya sekarang hanya ada Suha dan anaknya sahaja.

Taehyung masih belum pulang ke rumah memandangkan kerjanya belum siap sepenuhnya.

Tiba-tiba telefonnya mendendangkan lagu Inner Child menandakan ada panggilan yang masuk.

Su Hyun is calling...

Dengan perasaan malas dia menjawab panggilan tersebut.

"Nak apa?"

"Bila you nak balik?Dahlah you tinggalkan I sorang-sorang kat rumah you ni"

"Aku balik lambat sikit.Tak payah nak tunggu aku.Dah pergi tidur"talian diputuskan oleh Taehyung.Jejaka itu menghela nafas berat.Dia tidak mahu melayan Su Hyun seperti itu namun sikap Su Hyun yang seakan-akan memaksanya membuatkan dia berasa rimas.

Lagi-lagi selepas ibu bapa mereka bertanyakan soal anak.Dia tahu yang orang tua mereka berdua mahukan cucu tapi...

Macam mana nak dapat anak kalau Taehyung tak pernah sentuh pun Su Hyun walaupun Su Hyun sendiri cuba menggoda dirinya.

Kini sudah hampir 5 bulan mereka bergelar suami isteri tapi Taehyung hanya melayan Su Hyun acuh tak acuh.

Taehyung tahu yang Su Hyun banyak kali mengalihkan air mata selepas berkahwin dengannya.Jujur dia berasa sangat bersalah terhadap isterinya itu namun perasaan cinta itu tak pernah hadir tatkala bersama Su Hyun.

Kalau cakap sayang yes memang di sayangkan Su Hyun tapi hanya sebagai seorang kawan sahaja.

Taehyung meraup kasar wajahnya.Dia berasa agak tertekan memikirkan rumah tangganya yang agak goyah kebelakangan ini.

"I'm so sorry Su Hyun..."

*****

"Sayang?"

Ian memasuki rumahnya.Dilemparkan sahaja bagnya ke atas sofa.Tali leher dilonggarkan kerana terasa sesak nafas.

Kaki Ian mula melangkah laju ke arah bilik tidur mereka.

"Sayang?Ya Allah!"

Terbuntang matanya melihat Suha yang terbaring di atas lantai tidak sedarkan diri.Diterpa ke arah isterinya itu.

Jantungnya ibarat berhenti berdetak melihat keadaan isterinya yang lemah itu.Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada isterinya itu.

Dipanggung kepala isterinya dengan tangan yang bergetar-getar kerana terlalu terkejut.

Wajah pucat isterinya menambahkan luka di hatinya.Sekali lagi mata Ian terbuntang melihat cecair merah pada kain yang dipakai oleh Suha.

Luluh hatinya melihat darah yang mengalir dari celah paha isterinya.

Anak aku...

Ian cuba untuk menenangkan dirinya sebelum dia mencepung tubuh isterinya untuk dibawa ke hospital.Sebelum itu dia sempat mencapai tudung sarung untuk melindungi aurat isterinya itu.

Tanpa menunggu lama Ian memecut laju ke hospital kerana terlalu bimbangkan keadaan isterinya itu.




















K done 👍
Adik Ayden dah otw tuu🙈🤭♥️
Su Hyun dan Taehyung dah sah so jngn marah2 yaaa😬
Pape pon enjoy lh yer✌️💜

[C]Nasuha CassandraWhere stories live. Discover now