"Hani,semua orang dah tahu ke?"tanya Suha tanpa memandang ke arah Hani.Hani melabuhkan punggung di birai katil kawan baiknya itu.Dia menghela nafas berat.
Sebenarnya semua orang telah tahu tentang berita ini.Dan siapa yang menyampaikan berita tersebut?Tidak lain daripada Yuhanis punya kerja.
Mendengar helaan nafas gadis itu,Suha tersenyum pahit."Mesti diaorang mengata aku kan?"
"Suha..."
Dengan apa yang berlaku kepada Suha sungguh membuatkan Hani berasa risau dan kesian.
"It's okay lah.Aku just rasa terkilan sebab nama baik umi dan abi tercemar sebab aku.Semua orang dah tahu yang aku mengandung anak luar nikah...Aku memang anak yang tak gunakan?"lirih Suha.
Perutnya yang masih kempis itu dipandang lama.
"Janganlah cakap macam tu.Aku tak sukalah.Stop cakap macam tu.Lantaklah diaorang nak cakap apa pun.Mulut orang memang susah nak tutup.Now,kau fokus pada pelajaran dan bakal anak buah aku ni"mata Hani melirik pada perut Suha yang masih kempis.
Hani seperti tidak percaya sahaja bahawa sekarang Suha sedang mengandung.
Suha tersenyum kecil.
"Hani,aku tak rasa yang aku boleh hadap diaorang.Kalau boleh aku nak pergi jauh dari sini.Kat sini ramai yang benci aku.Jijik dengan aku..."luah Suha.
Sha menggigit bibir bawahnya.
"Kau nak pergi mana? Pengajian kau kat sini macam mana?Janganlah tinggal aku kat sini.Aku dah takde kawan dah lepas ni kalau kau takde"cebik Hani tidak berpuas hati.
"Kanada.Aku nak pergi Kanada"
*****
"Apa?!"
Suha hanya menunduk memandang lantai."Kakak serius ke nak pergi??"tanya Tan Sri Haji Hakim kepada anak sulungnya.
Riak wajah Tan Sri Haji Hakim berubah menjadi serius.
"Haah.Tolong abi...Kakak nak pergi jauh dari sini.Semua orang dah benci kakak.Tapi ni bukan bermakna kakak nak lari dari masalah cuma for now...kakak nak tenangkan fikiran kakak.Jangan risau abi...kakak akan balik sini semula.
Kakak janji lepas kakak dah habis belajar and bersalin...kakak balik sini"terang Suha tenang.
Suha sangat berharap yang abinya akan membenarkan dirinya ke Kanada.
"Kakak,jangan tinggalkan umi.Kakak tak sayangkan umi ke?"lirih Puan Sri Hajah Darliya.Sungguh dia tak sanggup berjauhan dengan anaknya.
"Umi...kakak sayang sangat umi.Janganlah cakap macam tu.Kakak akan balik sini semula.Kakak janji dengan umi.Lepas je kakak bersalim nanti kakak balik sini"pujuk Suha kepada ibunya.
Fayyad dan Naura mengeluh perlahan.Nak halang pun rasa macam kasihan.
"Kakak,nanti sape nak jaga kakak kat sana?Yad risaulah"terluah jugak apa yang lahir dari lubuk hatinya.
"Alolololo adik manja akak ni.Yad ni bertenang lah sikit.Lagipun atuk dengan nenekkan ada kat sana.Akak tinggal dengan diorang je pun"tutur Suha seraya ketawa kecil.
"Haah.Abang ni pun calm down lah sikit.Lagipun kalau akak pergi sana ada jugak benefit untuk adik"Naura tersenyum penuh makna.
"Means???"
"Kalau akak ada kat sana,bolehlah adik pergi sana jugak nanti cuti sekolah.Ada jugak alasan nak pergi sana"jawab Naura selamba.
Naura ni orang tengah serius boleh pulak nak demand macam-macam.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...