Suha kelihatan gementar dan takut.Tapi kenapa?
Ibu bapanya sudah keluar dari kereta menuju ke arah neneknya yang tersenyum lebar melihat kedatangan mereka semua.Suha berasa seperti mahu menangis pada ketika itu.Tangannya meramas kuat jubah berwarna peach yang dipakainya.
Tokk!tokk!
Tingkap kereta diketuk oleh Fayyad."Stay strong kak.Yad akan tetap sokong akak.Don't worry Yad akan back up akak kalau apa-apa terjadi nanti"Fayyad menuturkan kata-kata semangat.
Suha tersenyum hambar.Matanya berkalih pada Ayden yang masih lena di pangkuannya.
"Kenapa ni?Awak macam...takut"Ian berpaling ke arah Suha.Dia kepelikan.
"Eh taklah.Jomlah keluar.Saya okay je"Suha cuba menyembunyikan perasaan gusarnya itu bersemuka dengan sanak saudaranya.Ian tidak mahu bertanya lebih lanjut melihat Suha seperti itu.Bimbang takut isterinya tertekan pula nanti.
Turun sahaja daripada kereta,semua mata terus memandang seperti mahu tembus.Ada juga yang memandang sinis kepadanya.Suha berasa kerdil di situ.Kakinya terasa berat untuk melangkah.Dia terpaku di situ.Matanya memandang ke tanah.
Tiba-tiba dia berasa ada orang memeluk bahunya.Suha terus mengangkat muka.Rupa-rupanya Ian yang bertindak sedemikian.
"I'm always here for you.So please don't be like this.Don't worry okay"ujar Ian sambil tersenyum manis kepada isterinya itu.
Tidak lama selepas itu Ian melangkah berasa Suha menuju ke arah ibu bapa mereka sambil memeluk erat bahu isterinya itu.Suha masih lagi mendukung Ayden dengan erat.
"Cucu nenek!Nenek rindu sangat pada kakak"Nek Dahlia memeluk cucu kesayangannya itu.Tubir matanya pecah dengan tangisan.
"Nenek..."Suha turut sama sebak.Dia rindukan neneknya itu.
"Ni cicit nenek ke?"air mata dihapus lantas matanya berkalih pada bayi yang sedang didukung oleh cucunya itu.Suha menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan.
"Comelnya cicit nenek ni"pipi Ayden dielus lembut.
"Alah comel pun tak guna jugak kalau budak tu anak haram!"sampuk Yuhanis yang sedang memerhati mereka sejak daripada tadi dengan nada yang meluat dan sinis.
Terus memudar senyuman Suha.Ian yang tidak memahami apa yang dituturkan oleh wanita itu hanya terpinga-pinga.Sorry aku tak faham apa kau cakap.Namun dia melihat ada ketegangan yang berlaku.Biarlah nanti aku tanyalah dia balik.
"Jaga mulut kamu berdua!"tegas Nek Dahlia.
"Kan...jijiklah aku dengan anak haram kau ni Suha.Eiiii"Widad,sepupu Suha turut menyampah sama.Siap buat gaya geli geleman lagi.
"Hoi perempuan! Mulut kau jaga-jaga sikit.Jangan sampai kau makan penampar aku macam perempuan tak guna kat sebelah kau tu"Fayyad bersuara selamba sambil melirik kepada Yuhanis.Dia tersenyum sinis.
Puan Sri Hajah Darliya dari tadi menahan marah sehingga merah menyala wajahnya.Dia benci apabila anaknya diperlekehkan sedemikian rupa.Namun suaminya,Tan Sri Haji Hakim menghalangnya agar tidak berkata apa-apa.
"Anis,Widad,masuk dalam rumah sekarang.Kamu berdua jangan duk mengata orang kalau diri sendiri tak betul.Jangan sampai nenek yang naik hantu.
Ingat sikit yang semua ni bukan kemahuan dia.Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"tegur Nek Dahlia kepada cucu-cucunya itu.
"Nenek ni kan!Kalau pasal perempuan kotor tu mesti ada je nak back up!Bencilah!"balas Widad kegeraman dengan sikap berat sebelah neneknya.
"Biarkan dia..."Nek Dahlia mengelus lembut pipi Suha.
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...