"Hiks hiks hiks!"
Taehyung menggulingkan matanya.Dia ni tak habis-habis lagi ke?
Su Hyun asyik mengelap air matanya yang mengalir dengan menggunakan tisu.Taehyung merengus kasar.
"Stop stop lah nangis!Semua orang tengah pandang kita sekarang.Tak pasal-pasal orang ingat aku yang buat kau nangis"ujar Taehyung yang kegeraman itu.
"Tapi memang sebab you pun I nangis!"bentak Su Hyun.
"Kau tu yang manja sangat.Aku cakap je pun...tu pun nak sentap.Jiwa tu kasi kental lah ni lembik"cemuh Taehyung selamba.
Su Hyun memandang Taehyung dengan mata yang berkaca-kaca sambil bibir yang tercebik-cebik mahu menangis.
"Huwaaaaaa!"
Maka pecah lagi tangisan gadis itu.Semua orang dalam restoran itu memandang ke arah mereka.
"Aduhh masalah betul lah minah ni!"dengus Taehyung sambil menutup sedikit mukanya."Okay fine! Sorry!Dah stop nangis.Kau ni buat malu aku jelah"cerlung Taehyung.
Dengan perlahan-lahan tangisan Su Hyun mula reda tapi bibirnya masih lagi tercebik-cebik.Air matanya dikesat dengan segera.
"Stop nangis.Makan"arah Taehyung sambil menyandarkan badannya pada kerusi.Makanan di hadapan mereka dipesan oleh Taehyung semasa Su Hyun menangis tadi.
"Banyak sangatlah"
"Makan jelah.Banyak cekadak pulak minah ni!Tadi duk menggedik nak Jimin teman kau makan"tempelak Taehyung.
"Eii you ni kan apasal menyakitkan hati sangat? Cakap dengan I tak pernah elok"geram Su Hyun.
"Takde faedah jugak kalau aku cakap elok dengan kau.Aku bukan tak suka kau cuma aku meluat menyampah dengan perangai gedik kau tu "balas Taehyung selamba
"Suka hati you lah!"Su Hyun muka menyantap makanan dengan perasaan geram.Suka hati dia je cakap aku gedik!Aku tak gedik lah!
"Ingat Su Hyun.Jangan ganggu Jimin lagi.Biarlah dia bahagia dengan family dia.Kau carilah lelaki lain.Kau tu bukannya hodoh sangat.Ada jugak rupa walaupun perangai tak berapa"
"Tapi I cintakan dia..."
"Kalau kau cintakan dia sekalipun,belum tentu yang dia akan cintakan kau.Dia tu dah separuh mati cintakan Nasuha.Kau buat apa pun dia memang takkan pandang kau"
"Jadi I kena move on lah ni?"
"Haahlah!Aduh kau ni!Tak payah yang jadi macam dalam dramalah nak rampas suami orang.Ni bukan drama"
"Kalau dalam drama watak antagonis akan ditimpa something sebab dia jahat tapi I bukannya jahat okay.I cuma sakit hati je dengan dia"
"Ye aku tahu kau tak jahat so tak payah nak acah jadi watak antagonis sangat.Diri sendiri pun lembik ada hati berangan nak jadi watak antagonis"
"Yelah yelah.Nanti I trylah move on tapi lepas ni boleh tak you teman kan I kalau I nak pergi mana-mana?"Su Hyun tersengih.
![](https://img.wattpad.com/cover/203136023-288-k858672.jpg)
YOU ARE READING
[C]Nasuha Cassandra
Romance{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki!!! Dia masih belum berkahwin dan dia tidak mengenali mana-mana lelaki kerana...